Gerakan Neo-Na.zi atau National Socialist Movement ialah organisasi radikal yang juga merupakan sayap politik parti Na.zi dan cabang gerakan politik berhaluan kanan Neo-Fasis di Amerika Syarikat.
Organisasi ini bertunjangkan idea radikalisme, rasisme dan supremasisme sebagai identiti kumpulan mereka.
Manakala kumpulan Proud Boys merupakan sub atau ‘pecahan’ dalam cabang Neo-Fasis, kumpulan ini dianggap sebahagian daripada gerakan alt-right yang tidak menerima superioriti bangsa, berbeza dengan National Socialist Movement(NSM) yang secara radikal lebih mengangkat ketuanan kulit putih sebagai ‘bangsa power’ mengatasi bangsa-bangsa lain.
National Socialist Movement
National Socialist Movement (NSM) ialah sebuah organisasi supremasi kulit putih berhaluan kanan, ia juga merupakan sebahagian dari cabang ‘National Front’ iaitu gabungan kumpulan radikal berhaluan kanan.
Semua organisasi gabungan National Front adalah di bawah Parti Na.zi Amerika di mana parti tersebut diasaskan oleh George Lincoln Rockwell pada 1959. Namun parti ini dinamakan semula sebagai ‘New Order’ pada tahun 1983 oleh Matthias Koehl.
Ahli-ahli NSM boleh terdiri dari pelbagai latar belakang, jangan hairan jika terdapat di antara mereka yang terdiri daripadai golongan profesional, memandangkan organisasi ini bersifat rasisme dan radikalisme maka penglibatan golongan seperti mereka tidak sepatutnya berlaku.ia lebih diterima oleh masyarakat kulit putih yang secara ekonomi berstatus rendah.
Walaupun NSM dianggap organisasi ‘terrorist’ paling rasis dan ganas, namun tindakan atau aktiviti mereka tidak seteruk ANTIFA (Gerakan Anti-Fasis) yang selalu membuat onar yang sering terlibat dengan keganasan politik dan vandalisme semasa protes atau demostrasi.
Ahli kumpulan NSM paling ramai boleh dikesan di negeri seperti Virginia, Nevada, Arkansas atau di kawasan majoriti penduduk ‘traditionalist’ yang agak terpinggir dari bandar, berbeza dengan bandar besar seperti New York atau California di mana penduduk di sana lebih liberal dan city-centric.
Antara faktor kewujudan gerakan NSM baru-baru ini adalah disebabkan perasaan ‘siege mentality’ yang wujud pada golongan supremasi kulit putih, selain ia turut didorong oleh faktor politik.
Dalam istilah Sosiologi, siege mentalitiy atau mentaliti pengepungan ialah perasaan di mana seseorang berasa terancam atau terasa seolah menjadi mangsa penganiayaan. secara tak langsung ia sebenarnya mewujudkan sifat defensif dan asabiyyah kaum.
Perasaan terancam ini timbul setelah melihat kesan lambakan pendatang asing dari Afrika, Amerika Latin dan Asia, sama ada berhijrah atau berstatus pelarian p3rang. Keadaan ini menyakitkan mata, hati dan perasaan mereka apabila melihat manusia ‘sub-human’ dengan mudah “buat semak” dekat negara mereka.
Peluang pekerjaan mereka dirampas oleh imigran dan kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh masyarakat tempatan turut ‘tergadai’, selain itu ia menimbulkan perasaan marah terhadap sikap kerajaan dilihat banyak memberi layanan istimewa kepada orang luar berbanding mengutamakan kepentingan rakyat tempatan.
National Socialist Movement turut menyokong dalam kempen Donald Trump kerana manifesto menjanjikan keutamaan rakyat dan polisi yang menguntungkan Amerika Syarikat.
Antara pegangan asas penganut NSM/Neo-Na.zi termasuklah kecenderungan menjadi Anti-Zionism, Islamophobia, Anti-LGBT, Anti-Globalism, Anti-Communism, Xenophobia dan White Separatism And Nationalism.
Ada banyak lagi faktor kebencian mereka sejak penubuhan parti Na.zi Amerika. Ia adalah proses untuk ‘menyucikan’ Amerika Syarikat dari anasir-anasir luar.
Proud Boys
Proud Boys adalah organisasi Neo-Fasis berpengkalan di Amerika Syarikat dan Canada, bagaimanapun Proud Boys di Canada dibubarkan sepenuhnya pada bulan Mei 2021.
Menurut ICCT (International Centre For Counter-Terrorism) Proud Boys disenaraikan sebagai organisasi terrorist berbahaya.
Proud Boys diasaskan oleh Gavin Miles Mcinnes dari Canada. Beliau merupakan aktivis politik berhaluan kanan yang juga dikenali sebagai individu yang begitu lantang menyuarakan kenyataan berbaur ‘kekerasan’.
Jurang perbezaan antara NSM dengan Proud Boys dapat dilihat apabila Proud Boys secara rasmi menolak ideologi White Supremacy dan lebih ‘mengejutkan’ lagi adalah organisasi ini diterajui oleh seorang lelaki berdarah Cuban-America berkulit gelap bernama Enrique Tarrio, dan organisasi ini boleh disertai oleh masyarakat berbilang kaum yang bersifat patriotik melampau, walaupun begitu masih terdapat di kalangan majoriti ahli kulit putih masih terbawa-bawa dengan elemen ‘white genocide conspiracy theory’ atau siege mentality yang sudah diterangkan di atas.
Apa-apa pun Proud Boys lebih ‘terbuka’ berbanding NSM dan mereka cuba untuk menjanamakan semula organisasi ini.
Secara literal ia adalah sama seperti NSM, tetap memiliki sifat Anti-Communism, Anti-Left, Anti-Zionism, Chauvanism, Islamophobia dan lebih Pro-Trumpism. Namun tanpa elemen White Supremacy dalam pegangan penubuhan mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih