US sekarang dah jauh tinggalkan Arab Saudi dari segi oil production. Tu tanpa Willow Project. Kalau buat projek ni? Lagilah banyak US akan hasilkan. Jadi asal tak buat jer? Sebelum ulas panjang, saya kena bagitau satu benda dulu. Ramai salah faham kenapa US jadi pengeluar minyak terbesar dunia.

Tak. US tak jadi pengeluar terbesar ‘sebab curi minyak Iraq’. Memang ada korupsi dalam kerajaan Iraq pasca-Saddam. Antara 2003-2021, sebanyak AS$150 bilion diseludup keluar (Tawfeed, 2021). Tapi itu duit. Bukan minyak mentah. Duit tu disonglap banyak pihak. Bukan US semata-mata.

US jadi oil power sebab rizab buminya kaya dengan minyak. Top 10 paling banyak, ikutlah standard EIA, OPEC atau BP sekalipun. Saban zaman, Dunia Arab dah hilang dominasi utama dalam industri minyak. Sebab teknologi makin maju. Kos pula makin turun. Maka US boleh produce sendiri.

Dulu Dunia Arab sekat perdagangan minyak, US patah kaki terus. Sekarang?

  1. US produce lagi banyak dari Arab Saudi.
  2. Strategic Petroleum Reserve mampu simpan 714 juta tong nak harungi sebarang gangguan macam sekatan. Sekarang ni pun SPR diisi tak penuh. Cukup untuk sustain apa-apa isu jer.
  3. Rusia tutup gas asli ke Eropah. US ambil alih jadi supplier.

In short: US ni merdeka dari segi bahan api (energy independent). Masih terkesan kalau ada gangguan. Tapi takkan patah terus. Semua sebab US sendiri cipta teknologi rekahan hidraulik (hydrofracturing). Teknologi ni betul-betul gamechanger untuk US. Saya rumuskan:

US terlalu merdeka bahan api sampai geng environmentalists boleh bising pasal impak alam sekitar.”

Bayangkan. Minyak ni semua orang perlu. Tapi ada geng selamba jer bawa hujah menentang industri minyak dan geng ni ada sokongan besar. Tu betapa US ni energy independent. Setiap tahun pula ada yang cakap US akan habis minyak. US akan habis gas asli. Ramai cakap US akan habis sumber ni sekitar 2000-an (Meyer, 2022). Tapi sampai harini, US oil power.

Dah ada gambaran jelas ni, boleh kita sama-sama faham pasal Willow Project… dan juga kontroversinya. Alaska ni sangat kaya dengan minyak. US beli negeri ni dari Rusia pada tahun 1867 bayar $7.2 juta ($151 juta nilai sekarang). Masa tu orang US marah gila. Kata mereka, “US beli tanah tak boleh pakai”.

Ya lah. Tempat tu kan sejuk gila. Nak tanam satu mende takkan tumbuh. Bagi side Rusia pula, Tsar Alexander II tak dapat nak maintain Alaska. Populasi Rusia kat situ cuma ada 800 orang jer. Climate pula sangat teruk (jauh lagi teruk banding zaman sekarang). Teknologi tak ampuh. Kapal kayu tersiksa nak harungi Laut Bering.

Dah tu Rusia kalah pada tangan Uthmaniyah+ dalam Perang Crimea. Duit nak habis. Satu lagi, US masa tu benci British. Jadi Rusia dan US sebenarnya allies masa tu. Jadi nampak macam idea bagus kalau jual. Ulang balik, “nampak macam”. Lepas jual, Rusia rasa lega.

Tapi tu cuma perasaan sekejap jer.

Pakar mereka anggarkan Alaska bernilai AS$10 juta jer. Runding dapatlah AS$7.2 juta. Sekali tengok 29 tahun kemudian, mereka mula berputih mata. Sebab George Carmack dan Skookum Jim jumpa emas punya banyak! Sensasi habis sampai jadi gold rush.

Asalnya mereka rilek dulu. Sebab nak lombong memang susah.

Kos tinggi:

  • $1,500 nak bakar kayu untuk cairkan tanah.
  • $1,000 nak buat empangan.
  • $1,500 nak buat longkang
  • $600 nak turunkan.

Mengancam nyawa lagi. Tapi dalam masa tiga tahun, pelombong-pelombong US turunkan $29 juta. Sebab emas kat Alaska sangat padat.

Susah nak keluarkan. Tapi kalau dah keluarkan, dapat banyak. Ni belum kira arang batu, kuprum, zink, perak dsb. Dan belum kira minyak lagi.

Tahun 1968, US jumpa minyak kat Alaska. Lagilah Rusia berputih mata. Masa tu dah jadi musuh. Jumpa minyak sini sana… dan timbul isu berkaitan alam sekitar. Sebab banyak juga minyak ni ditemui dalam kawasan rizab haiwan liar. Salah satunya adalah Arctic National Wildlife Refuge (ANWR).

Kawasan ANWR ni sedikit besar dari Sabah. Khas untuk haiwan. Dan kat sini jugalah jumpa minyak. Tak jauh dari ANWR adalah National Petroleum Reserve in Alaska (NPRA). Kawasan ni lagi besar dari ANWR. Tapi milik kerajaan bahawa Biro Pengurusan Tanah (BLM). Kat sinilah ConocoPhillips jumpa rizab minyak Willow project. ConocoPhillips plan nak buat 250 telaga minyak kat sini. Mereka nak berpakat dengan kerajaan US untuk bina segala infrastruktur diperlukan.

Jalan raya. Lapangan terbang. Pelabuhan sementara nak bawa kapal. Mencabar sikit kat situ sebab ada ubun abadi (permafrost). Geng environmentalist macam Earthjustice menentang projek ni. Sebab mereka dapati Willow project akan hasilkan karbon yang banyak. Tapi Team Biden dan parti-parti politik US amat menyokong Willow project. Maka dah ada pertembungan. Sebab nak go tu bukan mudah.

Betul, Willow project boleh bagi minyak lebih kurang 300,000 tong sehari. Banyak gila. $17 bilion tau nilai tu. Tapi masalahnya, projek ni akan buat pencemaran alam sangat teruk. Semua ni ditanggung kaum peribumi situ… dan haiwan kat hutan-hutan tebal Alaska. Kat situ jer ada 13 perkampungan peribumi. BLM dah berbincang dengan mereka ni. Setelah berbincang, ConocoPhillips diberi lesen untuk beroperasi kat situ.

Cuma cara perbincangan tu kita boleh persoalkan. Sebab kaum Nuiqsut dah bising. Walaupun semua kampung dapat duit mereka paling teruk menanggung kesan, sebab kedudukan mereka tu. Sangat hampir dengan zon operasi minyak (Nilsen, 2023). Jadi pihak Earthjustice dok bising kerana impak persekitaran sangat teruk.

Serupa asap dua juta kereta kat situ. Bunyi pun satu hal – akan mengganggu haiwan. Dan paling teruk sekarang ni, Biden tak boleh buat apa-apa selain bagi ‘kelulusan operasi’. Sebab kelulusan asal dah termeterai zaman Trump. Waktu tu Conoco boleh buat lima drill pad. Biden kurangkan jadi tiga. Kalau Biden halang, Conoco boleh heret US ke mahkamah. Confirm menang.

Bila menang tu, Conoco akan dapat pampasan berbilion (dan kelulusan projek) daripada duit pembayar cukai. Jadi buat masa ni, Conoco terima injunction untuk stop operation selama setahun. Tak pasti selama mana operasi ni boleh dihalang. Tengok pada cara, projek ni susah nak halang. Geng pro-Willow ni sangat suka projek ni. Sumber minyak sangat banyak. Puak kerajaan Alaska lagilah suka. Ekonomi Alaska dah slow sejak kebelakangan ni. Willow akan bagi anjakan.

Biden tahu benda ni. Sebab tu Team Biden menjaga hati Lisa Murkowski dan Mary Peltola. Mereka ni wakil rakyat sangat penting bagi Biden. Walaupun Republicans, mereka mudah sokong agenda Democratic atas nama “nation-building”. Masa runding debt default ni pun, Murkowski dan Peltola menyokong Biden.


PBAKL dah tamat. Kami kembali beraksi di Shopee macam biasa. Buku-buku kami boleh dibeli di bit.ly/bukupatriots

RUJUKAN:

Meyer, R. (2022, Mac 8). America Is the World’s Largest Oil Producer. So Why Is Losing Russia’s Oil Such a Big Deal? The Atlantic.

Nilsen, E. (2023, Mac 14). The Willow Project has been approved. Here’s what to know about the controversial oil-drilling venture. CNN.

Tawfeeq, M. (2021, Mei 23). Iraq estimates that $150 billion of its oil money has been stolen from the country since US-led invasion of 2003. CNN.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply