Waktu Senju Hashirama dan Uchiha Madara nak wujudkan Konoha, depa buat sebuah ikatan sosial, di mana puak Uchiha tidak lagi akan dianggap sebagai “the other”. Sebaliknya, mereka akan assume sebuah identiti bersama.

Pendek kata, nak mula hidup baru, keadaan politik yang baru di mana tiada lagi pembunvhan dan pep3rangan sesama mereka. So yeah, mereka tubuhkan Konoha atas harapan ini dan mereka bina ikatan sosial ini. Segala persengketaan mereka sebelum ini akan dicairkan dan mereka akan cuba untuk hidup bersama.

Tapi itu semua sekadar perjanjian ‘atas kertas’. Ya, pemimpin depa si Madara dan Hashirama memang setulusnya nak bentuk sebuah ikatan yang baharu dan bersama. Tetapi pada peringkat akar umbi akan sentiasa ada sentimen dan kecurigaan.

Yalah, mereka dah berp3rang sekian lama dan Hokage pertama pun dilantik daripada puak Senju, bukan Uchiha. Of course akan ada sedikit kecurigaan di situ. Tambahan, kecurigaan yang berakar lama tak akan dapat dipadamkan melalui persetujuan politik semata-mata. Bahkan, persetujuan itu bersifat ‘punitive’ , i.e. kalau dilanggar akan ada hukuman-hukuman tertentu.

Sekali lagi nak emphasize, kecurigaan waktu itu tetap ada. Dan benda ni nampak obvious ada pada Tobirama, adik Hashirama si Hokage pertama Konoha. Aspirasi, sangka baik dan idealisme Hashirama tidak dikongsi sama oleh Tobirama. Sebab itulah sewaktu Hashirama kata nak bagi sedikit autonomi dan kuasa kepada Madara (and by extension, kepada puak Uchiha), Tobirama memang tentang habis-habisan.

Tobirama siap kata puak Uchiha adalah puak yang pendendam dan pembenci, jadi kalau bagi kuasa kat depa memang akan merosakkan. Madara pun sedar dan tahu akan kecurigaan Tobirama ini. Sebab itu Madara decide nak tinggalkan Konoha. Yalah, sampai bila puak Uchiha nak dilayan macam itu?

Ya, faham je dua puak tu dah bermusuh sekian lama, tapi itulah tujuan persetujuan tadi tu. Nak letak tepi, dan start fresh. Tapi kecurigaan antara satu sama lain, i.e. Tobirama terhadap puak Uchiha dan Madara terhadap Senju adalah sebuah konflik dalam diam. Retak menanti belah, mungkin. Madara kata kat Hashirama sebelum tinggalkan Konoha, “cooperation is merely a quiet form of conflict”.

Dan macam apa yang Madara ramalkan, benda tu berlaku waktu zaman Hokage ketiga. Puak Uchiha yang macam tak dapat kuasa pentadbiran yang cukup dan cuma dapat peranan yang secondary, akhirnya membuatkan puak Uchiha nak lancarkan coup d’état terhadap pemerintahan Konoha.

Mereka nak rampas kuasa sebab pada mereka, memang Uchiha akan di-anak tirikan sampai bila-bila. And we know what happened next. Uchiha Itachi lagi pentingkan kepentingan Konoha dan nak jaga keamanan sedia ada. Dia pergi lancarkan pre-empt attack kepada keseluruhan puak Uchiha. Selebihnya ialah sejarah.

Realiti politik di Konoha ini secara kasarnya adalah realiti politik di mana-mana. Lagi-lagi dalam negara yang berbilang identiti. “Kesepakatan” , “toleransi” , “kesaksamaan” adalah idea-idea yang ahli-ahli politik cuba abadikan atas dokumen undang-undang dan dalam pembentukan polisi. Tapi semua itu tidak akan dapat menghilangkan sentimen dan kecurigaan.

Ya, idealisme itu perlu ada dan patut dizahirkan dalam dokumen-dokumen politik dan undang-undang. Tetapi usaha yang terlebih perlu adalah pada peringkat akar umbi. Menerima “the other” dalam membentuk sebuah identiti bersama dan melakar sempadan identiti yang tidak boleh dilanggar harus dilakukan dalam keadaan yang lebih organik.

IKLAN: Klik gambar untuk terus ke Shoppee kami bagi buat pembelian.

Ia perlu dilakukan melalui individu, public figure, influencers, cikgu, jiran, dan seumpamanya, tanpa melalui jalan politik. Kerana politik adalah tentang kuasa dan kekuasaan. Manakala hubungan organik ini adalah tentang etika. Dan etika, bukan tentang kuasa. Ia adalah tentang keluhuran jiwa dan budi. Setelah itu, barulah “cooperation” politik itu menjadi sebuah ikatan yang lebih lunak.

Kalau tidak, kata-kata Madara kekal relevan: “cooperation is merely a quiet form of conflict”.

Artikel dinaikkan selepas mendapat izin daripada penulis asal, Sophia Liebe. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Sarjana Sains Politik, UKM (2015 - 2018). Berkerja sebagai Penganalisis Penyelidikan di sebuah badan penyelidikan.

Comments are closed.