Media sosial sekarang bergegar habis katanya 72.1 peratus anak muda tiada minat sambung belajar. Dapatan ini diperolehi melalui sebuah kajian yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019. Kalau tengok balik intipatinya, ada dua benda penting yang wajar diberi perhatian:

  • 8 peratus rakyat Malaysia tidak pernah bersekolah (atau tercicir daripada sistem pendidikan negara)
  • 1 peratus rakyat negara pilih untuk tidak melanjutkan pelajaran pasca-SPM.

Banyak pendapat dilontarkan. Ada yang menggunakan petikan daripada penulis G. Michael Hopf dalam bentuk gambar:

Begitu mudah isu nasional diremehkan. Ibaratkan generasi Baby Boomers meninggalkan zaman kegemilangan (good times) yang menjadi punca generasi Millennials dan Zoomers naik lemak (jadi weak men). Perbandingan ini boleh nampak jugalah kejituannya kalau banding dengan isu ibu bapa yang mengharamkan para guru sebat anak. Jadi tarik tolak, kesimpulannya – generasi sekarang lemah; generasi lampau kuat.

Untuk memudahkan pemahaman (Cmglee/CC BY-SA 4.0.)

Tanpa disedari, Baby Boomers dengar benda sama daripada ibu bapa mereka… yang dengar benda sama daripada ibu bapa mereka pula. Kitaran ini berterusan, kononnya the Greatest Generation berjuang dalam Perang Dunia Kedua. Jadi the Silent Generation adalah lemah.  Kehebatan the Silent Generation membangunkan ekonomi dan teknologi  membuat mereka hidung tinggi terhadap Baby Boomers.

Sikap tunding jari sebegini sudah ada definisi khas: “generational blame”, sesuatu yang agak hipokrit kerana kaedah pukul rata tidak pernah adil (Nelson, 2021). Zaman sekarang, Baby Boomers menuduh generasi anak cucu mereka lemah. Tetapi generasi Millennial dan Zoomer pula melihat kerakusan Baby Boomer dalam berebut ekonomi sebagai asbab hidup susah. Cuba fikir balik – harga rumah mula melambung semasa generasi mana yang dewasa? Alam sekitar dikerjakan begitu teruk semasa generasi mana jadi dewasa sampai sekarang kesan iklimnya dirasai?

Saban tahun amalan “generational blame” melebarkan “generational divide” yang semakin kronik. Nampak tidak? Pihak Barat sudah membawa definisi-definisi baharu bagi memahami isu berbangkit. Jadi atas alasan apa perlu kita tunggang gambar meme semata-mata?

Pendidikan Semakin Lemah

Isu melibatkan pendidikan tinggi bermula dengan tanggapan “sambung belajar, hidup senang”. Ramai dalam kalangan ibu bapa mengasuh anak dengan pemikiran tersebut. Tidak wajar untuk kita salahkan ibu bapa tersebut. Apa mereka cakap bukan sama sekali salah… takkan kita tergamak mahu menghentam penoreh getah kerana asuh anak dengan tanggapan sedemikian? Punca di sebalik isu ini terletak pada mentaliti negara. Malaysia adalah sebuah negara pengguna, bukan perintis. Jadi peluang pekerjaan untuk “data analyst” misalnya pasti lebih laris untuk dibandingkan dengan “rocket engineer”.

Andaian di atas jangan diterima secara bulat-bulat. Faham intipati di sebaliknya. Ambil contoh dengan ciapan Twitter yang berikut:

Apa yang Dr Thanussha cakap adalah benar…

Kes di atas bukan satu-satunya yang ada. Cuba tengok lagi.

Orang yang kurang akal pasti akan cakap “janji ada kerja! Orang lain tiada kerja!” Masalahnya, perkara sebegini berlaku dengan kerap. Anak muda sudah lama bekerja di luar bidang – belajar benda lain; kerja benda lain (King, 2016). Jika buat atas dasar kerelaan, itu tidak mengapa. Namun kalau dasarnya atas unsur keterpaksaan, maka persoalan sekarang:

  1. Macam mana nak bayar hutang PTPTN? Bila tak bayar, kena bahan tidak bersyukur.
  2. Apa guna timba ilmu kemahiran tinggi kalau tidak guna untuk pembangunan negara? Ini namanya human resource wastage. Kepakaran sudah ada; peluang pula hilang entah ke mana macam jodoh hanyut dibawa orang ketiga.

Jadi pokok pangkalnya, cuba tanya – kenapa anak muda enggan sambung belajar? Gaji! Gaji! Gaji! Itu saja puncanya.Anak muda mempunyai persoalan yang penulis dasar kena jawab. Apa guna sambung belajar jika gaji lebih kurang sama dengan lepasan SPM? Peluang semakin kurang. Gaji pula tiada beza. Mana pelajar sekarang tidak terbuai tengok gerak-geri influencer bagai?

Sekadar contoh.

Nak cakap terima saja gaji sedia ada kerana ekonomi merudum? Woi. Sejak zaman Pak Lah lagi aku dah dengar “economy is very bad”. Sebab kata-kata beginilah orang #rinduzamantun.

RUJUKAN:

King, Y. (2016, Mac 27). Pilih kerja di luar bidang pengajian satu perkembangan baik. M Star.

Nelson, J. (2021, Oktober 6). OPINION: People need to stop blaming different generations and start thanking them. The Sunflower.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply