Sekitar tahun 90-an, setiap kali mendengar lagu Sha Na Na, saya pasti akan teringat gerak tari oleh penyanyinya yang kecil molek, iaitu Amy Mastura. Lebih 20 tahun kemudian, lagu ini masih lagi malar segar da masih dingati oleh para peminat.

 

Ini cerita penyanyinya, Amy Mastura yang masih aktif dalam dunia seni sehingga ke hari ini. Amy Mastura Suhaimi dilahirkan pada 10 Mei 1971, dan memulakan kerjayanya sebagai pramugari MAS. Namun, kemenangannya dalam pertandingan nyanyian Asia Bagus mengubah segalanya.

 

Amy Mastura memulakan langkahnya dalam kerjaya seni. Sesiapa yang menonton drama bersiri popular 90-an, iaitu Cinta Korporat pasti kenal dengan lagu OST nyanyian Amy menerusi drama ini, seperti Kembalilah dan Kasih Kita. Malah, ini antara sebab yang melonjakkan lagi populariti Amy pada pertengahan 90-an.

 

Amy Mastura merakamkan album dan genre muziknya ketika itu memang sangat diminati oleh anak-anak muda. Tahun 1994, Amy meraih Anugerah Penyanyi Popular ABPBH mengalahkan penyanyi senior yang lain seperti Fauziah Latiff dan Shima.

 

Malah, sekitar tahun 1996, Amy turut mendapat peluang untuk berduet dengan penyanyi antarabangsa, Tommy Page menerusi lagu The Best Part. Dan beliau turut menceburi bidang lakonan dengan filem seperti Impian, Puteri Impian dan Tragedi Oktober.

 

Bakatnya menyerlah dalam filem komedi Puteri Impian dan Puteri Impian 2 hasil bimbingan pengarah Aziz M.Osman. Hasilnya, Amy dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-14, menewaskan calon lain seperti Vanidah Imran.

 

Amy mendirikan rumahtangga bersama teman lamanya, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Ia menamatkan segala spekulasi gosipnya bersama Ajin Blackrose. Selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata, Amy masih kekal aktif dalam bidang seni dengan album baharu dan filem.

 

Pada hari ini, Amy Mastura masih aktif sebagai seorang pelakon meskipun telah tampil sopan bertudung. Dalam usia 53 tahun, Amy Mastura masih kekal dengan imej kecil moleknya dan mesra dengan para peminatnya.

 

Dalam kalangan orang media dan wartawan, Amy dikenali sebagai seorang artis berdisiplin, tiada gosip liar, mempunyai hubungan rapat dengan ramai rakan artis serta menjaga hubungannya dengan peminat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply