Tidak sangka puak konspirasi terkulat-kulat apabila kami naikkan hujahbalas berkaitan perkaitan dangkal melibatkan Brummie the Bull. Sudahlah tidak mampu jawab balik, mereka serang katanya kami tak percaya Qur’an. Lawak. Kami buat program tadarus online; mereka tidak muncul pun. Tetapi dalam lambakan komen, ada yang bertanya – kenapa Malaysia masuk Sukan Komanwel sedangkan Amerika Syarikat enggan?

Nada pertanyaan agak panas juga. Dan renung balik, nampak macam Amerika Syarikat mahu menjaga maruah dan enggan bersangkut-paut dengan bekas penjajah. Untuk faham kedudukan Amerika Syarikat, kena renung balik sisi sejarah. Kerana ada jawapan di sebalik timbunan masa.

Sebelum tu, kami nak galakkan korang beli buku POLITIK UNTUK PEMULA. Dalam buku ni, ada segala ulasan mengenai kerajaan, kepimpinan dan pentadbiran yang menjadi sebahagian daripada politik. Korang boleh tahu terus pasal demokrasi, autokrasi, monarki bagai. Malah ada juga ulasan tentang kerajaan berparlimen dan berpresiden. Link pembelian: https://bit.ly/3vK4xw5

Jalinan Hubungan Komanwel

Sebelum Perang Dunia Pertama, tiada kuasa mampu menandingi Empayar British dari segi pengaruh. Amerika Syarikat pada masa ini adalah sebuah negara pencabar tetapi belum berpengaruh. Empayar Rusia pula sudah berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. British memegang 23 peratus daripada populasi dunia, sebagai empayar paling besar dalam sejarah sampai digelar “empayar yang Matahari takkan terbenam” (Jackson, 2013).

Matahari naik di Australia… kemudian berada di India… dan pada wkatu malam Australia dan India, Matahari naik di Canada pula.

Perang Dunia Kedua mengakhiri segala-galanya, dan British menerima hakikat zaman penjajahan mereka sudah habis. Pada tahun 1926, mereka mengumumkan semua ‘Komuniti’ (senang cakap, negara) dalam Empayar British adalah sama taraf dan bersatu dengan sumpah setia pada Takhta London, sekali gus adalah ahli Komanwel Kebangsaan (Commonwealth of Nations). Jadi asal-usul temasya yang dipanggil Commonwealth Games (Sukan Komanwel) berputik daripada pengisytiharan ini.

Komanwel Kebangsaan masih wujud sampai sekarang, diketuai Elizabeth II dengan bakal pengganti adalah Putera Charles (BBC, 2018). Ketua Komanwel ini simbolik semata-mata – tiada kuasa pada negara lain, walau sedikit pun.

Urat Amerika Syarikat Daripada Saraf Inggeris… bukan British

Pertama sekali, kena faham sebuah negara ikut pembentukannya. Amerika Syarikat tidak pernah menjadi sebahagian daripada Empayar British. Persekutuan Tanah Melayu misalnya diasaskan pada tahun 1948, tetapi merdeka 11 tahun kemudian. India pula katanya merdeka pada tahun 1947… tetapi sebenarnya 1950. Mana mungkin India merdeka 1947, sedangkan itulah tahun British membelah “British Raj” menjadi India dan Pakistan. Jadi antara 1947 hingga 1950, India wujud sebagai wilayah jajahan British dipanggil Dominion of India (Pakistan pula Dominion of Pakistan).

Dominion of India… nampak India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar?

Jadi ada satu zaman yang mana London melepaskan negara-negara dijajah… tetapi masih lagi sebahagian daripada Empayar British, sepertimana diisytihar pada tahun 1926. Persekutuan Tanah Melayu, Dominion of India dan Dominion of Pakistan bersifat sama rata, tetapi tiada siapa terlalu bodoh percaya mereka sama rata dengan United Kingdom.

Amerika Syarikat tidak pernah mendapat pelepasan sedemikian. George Washington menggabungkan The Thirteen Colonies dalam perjuangan untuk keluar daripada cengkaman British. Ini bermakna, Amerika Syarikat diasaskan semasa zaman peperangan anti-British bermula tahun 1776. Ia mencapai kemerdekaan susulan Perjanjian Paris tujuh tahun kemudian. Apabila keluar daripada cengkaman British, kerajaan Amerika Syarikat memastikan negaranya setaraf dengan semua negara di dunia ini.

Angan-angan politik bertukar menjadi cita-cita geopolitik, kini meletakkan Amerika Syarikat di atas kepentingan semua negara. Sebab itu mereka tidak kisah mendaratkan Nancy Pelosi di Taiwan, tanpa mempedulikan kata-kata China. Dan tiada siapa boleh buat apa-apa, sekalipun gandingan George W. Bush dan Dick Cheney membinasakan Iraq… padahal Jerman selamba bertempik pada Donald Rumsfeld cakap “kami tak percaya” (berkenaan tuduhan Amerika Syarikat terhadap Iraq).

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Dari segi bahasa, Amerika Syarikat tidak pernah wujud sebahagian daripada Empayar British. The Thirteen Colonies bukan sebuah negara. Anggap ia sebagai rahim yang mengeluarkan Amerika Syarikat. Dan Perang Pembebasan Amerika (American Revolutionary War) adalah ‘sakit beranak’. Kalau bukan Empayar British, macam mana Amerika Syarikat boleh masuk Commonwealth of Nations pula. Mereka hanya masuk Komanwel tersebut sebagai “ahli bersekutu” (associate member) saja… tak pernah jadi “ahli penuh”. Jadi Amerika Syarikat tidak boleh masuk Sukan Komanwel… atau lebih tepat sekali, Amerika Syarikat tidak ingin pun.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

BBC. (2018, April 20). Prince Charles to be next Commonwealth head. BBC.

Jackson, A. (2013). The British Empire: A Very Short Introduction. OUP. Halaman 5-6.

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply