Loji nuklear mampu menghasilkan tenaga yang banyak. Pengeluaran Stesen Jana Kuasa Robert Emmett Ginna mencecah 580 MW, setahun, cukup untuk kegunaan 377,000 buah rumah.

Berganding dengan loji lain serta sumber sampingan, semua rumah, kedai dan kilang terjamin mempunyai bekalan elektrik. Nuklear dikatakan lebih bersih untuk dibandingkan dengan bahan api fosil.

Walau bagaimanapun, loji nuklear meninggalkan sisa radioaktif yang perlu dilυpυskan dengan betul. Setakat ini saintis sepakat berpendapat pelυpυsan di perut bumi adalah cara paling baik.

Contoh stesen jana kuasa nuklear.

Tetapi banyak pemain industri sekadar membina tangki penyimpanan sisa. Satu saja masalah dengan tangka. Ia adalah infrastruktur yang lama-kelamaan mesti gagal.

Sekarang ada tangki penyimpanan di negeri Washington yang sudah bocor (Geranios, 2021).

Jujur cakap, kesan kebocoran memang teruk. Namun masalah ini sangat kecil untuk dibandingkan dengan krisis-krisis besar yang pernah berlaku dulu.

Semua sudah tahu pasal Chernobyl, yang berlaku kerana kedangkalan kerajaan Soviet di Ukraine. Kes Fukushima Daiichi pula adalah kemαlαηgαη buruk angkara tsunami dαhsyαt.

Tempias daripada Fukushima masih menghantui Jepun, yang ingin melepaskan 1.25 juta tan air kumbahan nuklear ke laut (Normile, 2021). Pendekatan sama digunakan Amerika Syarikat, apabila Stesen R.E. Ginna mengalami kebocoran. Tetapi cakap pasal Amerika Syarikat, kerajaannya pernah goyah dulu kerana kes persis Chernobyl.

Kegagalan Makmal Di Ontario

Canada amat menyokong tenaga nuklear untuk tujuan pemelbagaian pengeluaran (diversified production). Untuk mengelak sebarang kejadian buruk, kerajaan mereka menetapkan piawaian ketat.

Ini adalah kerana Canada pernah ada satu kes sangat teruk yang berlaku pada 12 Disember 1952 di sempadan antara Ontario dan Quebec. Canadian Nuclear Laboratories mempunyai sebuah reaktor penyelidikan yang lebur teruk kerana kegagalan mekanikal (dan keralatan manusia).

Ketika itu mereka sedang menguji beberapa rod nuklear yang terlalu panas tanpa sistem penyejukan cukup.

Akibatnya, rod-rod tersebut cair yang menyebabkan kebocoran produk radiasi sebanyak 10,000 Curie. Sebanyak 3.7 juta liter air digunakan untuk menyejukkan rod-rod ini.

Datangnya Hero Amerika

Dengar saja kejadian ini, Presiden Harry S. Truman (yang bakal berundur diganti Dwight D. Eisenhower) menghantar sebuah pasukan untuk bantu selesaikan masalah.

Pasukan ini pernah terlibat dalam pembersihan sisa nuklear daripada kapal selam USS Sea Wolf. Dan ketua pasukan ini adalah Leftenan James Earl Carter, Jr.

James Earl Carter.

Pasukan Carter dihantar untuk bantu semua pihak di Sungai Chalk dalam usaha pengurusan bencana (Martel, 2008).

Sampai saja, pasukan Carter terus buat kerja. Mereka mengenakan pakaian radiasi dan diturunkan ke reaktor selama beberapa minit sebelum naik balik. Usaha ini memerlukan koordinasi dan komunikasi yang berterusan.

Kerana anggota-anggota Carter bekerja secara silih ganti. Ini adalah untuk mengurangkan pendedahan pada bahan radioaktif. Satu demi satu anggota menjalankan kerja selama 90 saat.

Tempat kejadian.

Mereka sudahpun berlatih dengan sebuah replika reaktor dibina di sebuah lapangan tenis. Setiap skru betul dikeluarkan; skru sama dibuang daripada replika… untuk berkoordinasi dengan cepat. Semua tindakan dilaporkan untuk Carter tentukan apa patut buat seterusnya.

Dan akhirnya, masalah selesai dengan kegigihan pakatan Amerika-Canada. Pihak yang terlibat pula menanggung kesan begitu lama. Selama enam bulan, bahan radiasi ditemui dalam air kencing Carter.

Berkali-kali mereka menjalani terapi pasca-radiasi. Pengalaman di sini mendidik Carter tentang bαhαγα nuklear. Beliau memenangi pilihan raya presiden 25 tahun seterusnya. Dan sebagai Presiden Jimmy Carter, pentadbiran beliau menghentikan pembuatan sebuah seηjαtα neutron (Milnes, 2009).

RUJUKAN:

Geranios, N. (2021, April 30). US: Nuclear waste tank in Washington state may be leaking. AP News.

Martel, P. (2008). Memoirs of a Hayseed Physicist. Strategic Book Publishing. Halaman 64.

Normile, D. (2021, April 13). Japan plans to release Fukushima’s wastewater into the ocean.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.