Baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi China menemui lokasi sebenar makam Maharaja Liu Heng dari Dinasti Han Barat. Makam baginda terletak di Jiangcun, sebuah perkampungan di luar bandar Xi’an dan ditemui pada 2006. Bagaimanapun, kerja-kerja ekskavasi hanya dimulakan pada 2017 selepas mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang struktur berkenaan.

Selepas lebih banyak kajian dibuat, para pengkaji percaya di sinilah lokasi persemadian maharaja ketiga Dinasti Han Barat itu. Liu Heng atau gelaran dirajanya Han Wen Di memerintah dari 180 hingga 157 SM. Baginda merupakan putera keempat pengasas dinasti, Liu Bang dan nenda kepada Maharaja Wu (Liu Che) yang meneroka Laluan Sutera.

Ramai percaya makam Liu Heng sukar dijumpai kerana makam baginda tidak mempunyai timbunan berbentuk anak bukit seperti makam maharaja-maharaja terawal China lain. Ia mempunyai empat buah tanjakan yang membawa kepada pintu masuk makam yang terletak 2 hingga 4.5 meter di bawah tanah.

Ruang makam yang terletak kira-kira 27 hingga 30 meter di bawah tanah berkeluasan 5.326.75 meter persegi. Selain makam Liu Heng, makam isteri dan bonda baginda turut ditempatkan di situ. Menurut Ma Yongying dari Akademi Arkeologi Shaanxi, makam baginda berkongsi persamaan dengan makam-makam Dinasti Han dari segi skala dan struktur. Skala, formasi dan struktur menunjukkan ia makam yang dibina khusus untuk pemerintah Han seperti Liu Heng.

Pengkaji arkeologi turut menemui ribuan patung kecil yang diperbuat daripada tanah liat, artifak besi dan gangsa serta cap-cap diraja. Disebabkan kekurangan barang berharga ditemui dalam makam Liu Heng, ia dilihat menyamai personaliti baginda semasa hayatnya. Semasa hayat Liu Heng, baginda dikenali kerana berjiwa rakyat dan amat menitikberatkan aspek kewangan. Di bawah pemerintahan baginda, ekonomi dan populasi rakyat ketika itu berkembang.

Rajah 1: Ribuan patung tanah liat yang ditemui di makam Liu Heng di Jiangcun. Sumber: IC.

Selepas lokasi sebenar makam ditemui, ramai pengkaji arkeologi percaya lokasi sebenar makam Liu Heng sengaja dikelirukan bagi mengelakkan ia daripada menjadi sasaran pero.mp.ak makam. Ini berdasarkan berita enam patung tanah liat kecil diperlihatkan kepada tatapan umum pada 2002 – terima kasih kepada pero.mp.ak makam.

Hal ini diketahui oleh kerajaan China selepas enam patung ini diletakkan dalam sesi lelongan Sotheby tahun sama. Bagaimanapun, usaha melelong patung-patung ini berjaya dihentikan 20 minit hasil campur tangan Beijing sebelum lelongan bermula. Setahun selepas itu, ia dipulangkan semula ke China untuk dikaji oleh pengkaji arkeologi. Kajian patung-patung ini membawa kepada lokasi makam Liu Heng di Jiangcun.

Makam baginda bukan satu-satunya penemuan arkeologi terbaru di Xi’an. Baru-baru ini, dua buah patung Buddha kecil ditemui di kawasan perkuburan Hongduyuan di utara Xi’an.

RUJUKAN

Yuen Hui, B. (2021, 20 Disember). Royal tomb discovered. The Star.

Sumber gambar: Xinhua


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.