Ramai orang tak tahu, satu ketika dulu, Amerika Latin pernah hampir jadi satu entiti besar. Mereka hampir jadi satu gabungan negara-negara yang bersatu di bawah impian yang sama.
Tapi… semua itu gagal. Persoalannya: siapa yang halang? Dan kenapa?
Jawapannya bermula dengan seorang tokoh penting: Simón Bolívar. Beliau dikenali sebagai “El Libertador” atau Pembebas, kerana berjaya pimpin perjuangan kemerdekaan dari cengkaman penjajahan Sepanyol.
Bolívar bukan saja mahu merdeka, beliau ada impian lebih besar: satukan Amerika Latin jadi satu konfederasi yang kuat, macam “Amerika Syarikat versi Amerika Latin”.
Dalam Kongres Panama tahun 1826, Bolívar cuba satukan negara-negara baru merdeka, seperti Gran Colombia (gabungan Colombia, Venezuela, Ecuador), Peru, Bolivia dan Mexico dalam satu pakatan politik dan ketenteraan. Tapi rancangan tu gagal.
Kenapa?
Pertama, perbezaan dalaman. Setiap negara baru merdeka ada identiti dan pemimpin sendiri yang tak semua sanggup tunduk pada visi Bolívar. Mereka lebih suka kuasa terletak di tangan tempatan, bukan dalam pakatan pusat.
Kedua, kuasa luar. Britain dan Amerika Syarikat tak setuju dengan idea penyatuan Amerika Latin. Mereka lebih suka rantau itu kekal berpecah. Sebab lebih senang dikawal, senang dikuasai secara ekonomi.
Malah, AS waktu tu dah mula gunakan Doktrin Monroe: “Jangan ada campur tangan Eropah di benua Amerika”, tapi sebenarnya mereka sendiri mula nak mendominasi hemisfera barat. Padahal mereka nak ambil alih peranan kuasa Eropah, kini AS pula mahu mendominasi Amerika Selatan.
Akhirnya, Bolívar kecewa. Sebelum meninggal dunia pada 1830, beliau berkata: “Amerika Latin tidak layak untuk bersatu.” Maka sejak itu, impian Amerika Latin untuk bersatu menjadi satu kuasa besar berkubur di situ.
Hari ini, kita lihat rantau itu masih terpecah, bergelut dengan isu politik, ekonomi dan campur tangan luar, seolah-olah bayangan kegagalan impian Bolívar masih ada menghantui.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.