Angin politik Amerika Syarikat akan berubah setiap 20 tahun. Kalau tengok semasa pentadbiran George W. Bush dulu, Amerika Syarikat berkelakuan seperti polis dunia.
Pendekatan ini berpunca daripada kejayaan antara 1980 hingga 1990, apabila Amerika Syarikat secara sistematik membebaskan bumi Eropah daripada cengkaman komunisme. Maka gelagat White House adalah untuk mempertahan dominasi ini sebagai kuasa tunggal.
Kerana dominasi ini, Amerika Syarikat bergabung dengan Liga Arab untuk membebaskan bumi Kuwait daripada pendudukan haram Iraq.
Bala yang dicetuskan Saddam Hussein malangnya berterusan hingga hari ini. Pembukaan semula negara Kuwait pada tahun 1991 mengharumkan nama Amerika Syarikat. Namun ia merencanakan pepe.r.angan baru pada tahun 2003.
Skop pep.eran.gan ini berjaya, kerana Saddam berjaya digulingkan. Walau bagaimanapun, pengusiran seorang pemimpin bukan satu perkara mudah. Kesatuan Soviet menunjukkan contoh sangat jelas.
Apabila dibubarkan, ramai pelabur mengerumuni sektor ekonomi hingga menjadi tangan tersembunyi. Kalau di Iraq, ramai Saddam kecil mengerumuni sektor sosial untuk mencetuskan kacau bilau.
Jalal Talabani mengharungi apa yang pernah dialami Boris Yeltsin dan Leonid Kuchma yang menjatuhkan Mikhail Gorbachev.
Amanah pada bahu Jalal demikian hari barangkali lebih berat, kerana Yeltsin dan Kuchma tidak menjatuhkan Gorbachev dengan cara peper.a.ngan. Dan beliau memimpin Iraq dalam menangani kebangkitan kumpulan pengganas seperti ISIL, sebelum melepaskan kuasa pada tahun 2014.
Hari ini Iraq jauh lebih stabil berbanding keadaan semasa kepimpinan Jalal. Dan Joe Biden yang menuruti arus anti-pepe.ran.gan sekarang mencapai persetujuan dengan kerajaan Iraq. Bahawa Amerika Syarikat akan keluar daripada Iraq pada penghujung 2021 (Kheel, 2021).
Pengunduran Amerika Syarikat boleh menggalakkan keganasan. Banyak pembesar sedang menanti-nantikan saat ini. Walau bagaimanapun, kerajaan Iraq dibawah Barham Salih sekarang pandai. Mereka hanya mahu Amerika Syarikat berundur daripada medan pepe.ran.gan sahaja. Amerika Syarikat diminta berkekalan di Iraq dengan hanya peranan sebagai penasihat dan pelatih… tidak lebih dari itu.
Sebenarnya permintaan ini adalah sebahagian daripada realpolitik yang mewarnai hubungan dua hala antara dua negara ini. Pada bulan Jun, pihak Biden meluluskan serangan udara terhadap pihak Iran.
Pengebo.m.an itu berlaku di bumi Iraq. Lalu kerajaan Barham pun naik berang dan mengecam tindakan Biden yang melanggar kedaulatan Iraq (TRT World, 2021).
Bagi yang tidak arif dalam bidang politik antarabangsa, mereka pasti akan kata ini adalah wayang. Namun ia jauh sekali suatu dongengan. Kerana memang Iraq dan Amerika Syarikat akan kekal menyimpan rasa curiga antara satu sama lain.
Dengan Amerika Syarikat hampir di jalan keluar, cita-cita politik Iraq pun semakin kukuh. Barham sekarang ingin berpakat dengan Bashar Assad untuk membebaskan rantau tersebut daripada kumpulan keganasan yang dibiayai Amerika Syarikat (Sweeney, 2021).
Maka di sini, semua boleh nampak yang realpolitik memang semakin jelas. Pengunduran Amerika Syarikat akan mendedahkan kanser yang wujud dalam peringkat sosial Iraq.
Andainya tiada kumpulan pengganas keluar, Iraq akan akhirnya bebas daripada masalah yang dicetuskan Saddam dulu… dalam perjalanan ke arah pemulihan demi kebajikan dan kebaikan rakyat sendiri.
Banyak benda perlu dibuat untuk merangsangkan semula ekonomi Iraq supaya boleh berkembang semula. Iraq sekarang ini masih lagi berada dalam kancah ekonomi sumber alam yang melemahkan daya saingan (Celiku & Mansour, 2020).
Sementara Arab Saudi sendiri sedang berhempas pulas ingin mempelbagaikan ekonomi, Iraq sudah ketinggalan jauh. Memang banyak benda kena buat. Tetapi andainya berjaya, Iraq akan bangkit mengaum sepertimana pernah dibuat dulu… cuma kali ini tanpa penguasa yang bergelagat seperti raja di Baghdad.
RUJUKAN:
Celiku, B., & Mansour, W. (2020, Oktober 27). What will it take to bring back growth in Iraq? Brookings.
Kheel, R. (2021, Julai 26). Biden, Iraqi prime minister to announce end of US co.mbat mission in Iraq. The Hill.
Sweeney, S. (2021, Julai 16). Iraq and Syria vow to ‘join hands’ in fight against US-sponsored terro.rism. The Morning Star.
TRT World. (2021, Jun 28). Iraq slams US strikes as ‘unacceptable violation of sovereignty’.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih