Trump baru saja ugut akan serang Iran kalau negara itu teruskan program nuklear. Kenyataan ini keluar sehari lepas ketegangan meningkat di Majlis Keselamatan PBB. Dunia kecam Iran, tapi diam bila Yesbiol dan AS langgar undang-undang antarabangsa.
Tapi apa yang ramai orang tak tahu, Amerika ialah negara pertama dan satu-satunya yang pernah guna bom nuklear dalam perang. Dua kali. Hiroshima dan Nagasaki hancur tahun 1945. Dan dari situ, mereka tak pernah berhenti.
Program nuklear Amerika bermula dalam era Perang Dunia Kedua di bawah projek Manhattan. Hasilnya: bom atom pertama meletup di padang pasir New Mexico, dalam ujian dikenali sebagai Trinity.
Lepas tu, AS jalankan ratusan ujian lagi. Dari Nevada sampai Bikini Atoll, dari bawah tanah sampai ke atmosfera. Lebih 1,000 ujian dilakukan sepanjang dekad.
Mereka kata ujian ini untuk pertahanan. Tapi kesan radiasi dan penyakit barah masih dirasai sampai hari ini, terutama dalam kalangan komuniti asal dan penduduk pulau-pulau Pasifik.
Sekarang, anggaran rasmi menyebut Amerika ada lebih 5,200 kepala nuklear. Sebahagian diletakkan dalam peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), sebahagian lagi dibawa kapal selam dan jet pejuang.
Senjata ini mampu sampai mana saja di dunia dalam masa beberapa minit. Sistem “triad nuklear” mereka merangkumi darat, laut dan udara. Tiada negara lain sekuat itu dalam aspek ketenteraan.
Yang pelik, mereka ada ribuan nuklear tapi tak mahu negara lain ada satu pun. Iran, misalnya, baru mula proses uranium untuk jana tenaga. Tapi itu pun dah cukup buat AS ugut nak serang.
Kenapa AS takut? Kerana senjata nuklear bukan semata bom. Ia simbol kuasa. Negara yang ada nuklear tak mudah ditekan. Tak mudah diugut. Dan susah nak dijajah secara halus.
AS mahu kekalkan monopoli. Mereka gunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan untuk lindungi sekutu mereka, terutamanya Yesbiol. Tapi bila negara lain cuba bangun, terus dilabel ancaman.
Yesbiol sendiri disyaki ada antara 90 hingga 200 kepala nuklear. Tapi mereka tak tandatangan Perjanjian Non-Proliferation Treaty (NPT). Tak pernah benarkan IAEA buat audit.
Iran pula dah bertahun beri kerjasama dengan IAEA. Banyak kali lulus audit. Tapi masih dikekang, dikenakan sekatan, dan kini diugut secara terbuka.
AS pula ada sejarah panjang hipokrasi. Mereka kecam negara lain kononnya langgar undang-undang antarabangsa, tapi sendiri serang Iraq tanpa mandat PBB. Libya pun mereka hancurkan.
Sekarang, mereka mahu ulang skrip sama terhadap Iran. Tapi kali ini dunia lebih celik. China dan Rusia mula bersuara. Negara-negara membangun makin berani soal balik.
Trump mungkin fikir dengan ugutan, Iran akan tunduk. Tapi sejarah Iran menunjukkan sebaliknya. Mereka pernah hadapi sekatan berdekad. Pernah perang 8 tahun dengan Iraq. Dan masih berdiri.
Iran tak mudah tunduk kerana mereka tahu apa erti merdeka. Bila satu negara berdaulat mula berdikari, itu yang paling ditakuti oleh empayar lama seperti Amerika.
Jumlah nuklear AS bukan sahaja banyak, tapi moden. Mereka ada sistem peluru berpandu hipersonik, kepala peledak MIRV (yang satu roket boleh bawa banyak bom), dan kemampuan serang sasaran dari mana saja.
Ironinya, negara yang paling banyak nuklear inilah yang paling kerap cakap pasal keamanan. Tapi mereka juga yang jual senjata paling banyak, cetus perang paling besar, dan lindungi rejim paling kejam.
Ujian nuklear mereka sejak dulu tinggalkan kesan besar. Ribuan veteran tentera yang dihantar ke kawasan ujian menderita barah dan penyakit misteri. Tapi pampasan datang lewat, kalau datang pun.
AS juga pernah uji senjata di Alaska, di bawah tanah dan dalam laut. Bahkan mereka pernah rancang letupkan bom nuklear di bulan semata-mata nak tunjuk kuasa.
Dunia hari ini makin muak. Bila satu negara berani ugut negara lain hanya kerana teknologi yang sah di sisi undang-undang antarabangsa, itu tandanya dunia sedang dipimpin oleh keangkuhan.
Yesbiol terus bebas buat serangan ke Syria, Lebanon, bahkan Iran. Tapi dunia senyap. Bila Iran jawab balik, terus digelar ancaman global. Sedangkan yang mula bukan mereka.
Apa yang Iran minta cuma satu: keadilan. Jika negara lain boleh guna tenaga nuklear, kenapa mereka tak boleh? Jika audit dipatuhi, kenapa masih disekat?
Sebab itu rakyat dunia patut tahu. Bila kuasa besar menekan negara lain atas nama keamanan, itu sebenarnya helah untuk kekalkan dominasi.
Dalam dunia yang katanya bertamadun, masih ada bangsa yang takut pada keadilan. Mereka sembang demokrasi, tapi takut bila kuasa berubah tangan. Yang mereka mahu cuma tunduk, bukan runding.
Amerika simpan ribuan senjata nuklear dengan bangga, tapi pantas ugut negara lain yang baru mula bina reaktor. Iran belum pun capai tahap senjata, dah kena serang.
Yesbiol pula diam-diam duduk atas simpanan senjata haram, tapi hari-hari teriak konon mereka mangsa. Dunia terus dimomok oleh dua entiti yang paling takut pada keadilan.
Kita belajar satu benda besar: siapa yang pegang kuasa, dia yang tulis naratif. Tapi sejarah sentiasa simpan rekod siapa sebenarnya penjenayah dan siapa yang ditindas. Bila sistem antarabangsa tunduk pada ancaman, itu tandanya dunia perlukan keseimbangan baru.
Ibrah paling besar? Jangan pernah percaya pada slogan mereka. Di sebalik sembang demokrasi, ada peluru. Di sebalik retorik keamanan, ada tangan yang saban kali tekan butang perang. Kita sokong sesiapa yang lawan penjajah, walau datang dari Timur, walau tak ikut selera media Barat.
Dunia konon makin maju, tapi kuasa masih milik mereka yang ganas. Bila keadilan disamakan dengan kekuatan tentera, itu petanda tamadun sedang nazak. Moga Allah lindungi mereka yang tetap berdiri, walau seluruh dunia suruh tunduk.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.