Di sebuah desa di dataran padang rumput, seorang gadis sedang mencuci tangan menggunakan paip air ketika tiga lelaki mengepungnya dari belakang. Mereka memegang dia beramai-ramai dan menariknya. Gadis itu menjerit, menendang, meronta-ronta dan menangis sambil diperhatikan oleh ‘bakal suaminya’.
Apa semua ni? Cuba mencvlik ke? Tak lah, perkara ini sebenarnya dianggap sebagai satu gaya romantik etnik Kyrgyz yang menjadi budaya mereka. Ternyata, tiada istilah “simp” dalam kamus hidup lelaki Kyrgyzstan, rasa suka je, cvlik terus.
Dalam satu video dokumentari, mangsa ditemubual dan menceritakan pengalamannya,”Ketika kami bertemu untuk pertama kalinya dia bertanya kepada saya, haruskah saya hantarkan orang tua saya atau haruskah saya mencvlik awak? Saya menjawab, jangan lah, saya sudah ada teman lelaki.”
Tetapi keengganan di pihak wanita bukanlah penghalang. “Kali kedua kami bertemu, mereka terus mencvlik saya”, wanita itu ditemubual sambil dia duduk di sebelah lelaki yang mencvliknya tetapi kini menjadi suaminya.
Ini bukan satu tradisi yang asing bagi mereka, majoriti perkahwinan suku-suku Turkik di kawasan luar bandar Kyrgyzstan mengamalkan tradisi ini. Namun dalam beberapa keadaan, ia secara teknikalnya menyalahi undang-undang, menjatuhkan maruah dan melibatkan kegan4san seperti dikurung dan dir0gol, maknanya ini bukan satu resipi kebahagiaan bagi insan normal seperti kita. Maka tidak hairanlah jika keg4nasan rumahtangga sangat tinggj dalam perkahwinan pencvlikan. Bahkan kadar perceraian lebih tinggi dalam perkahwinan sebegini.
Jika di Malaysia, rata-rata pasangan bercinta yang hubungannya tidak direstui oleh keluarga kebiasaannya akan memilih untuk kahwin lari dengan menaiki sampan menyeberang ke negara jiran di utara. Tetapi negara dan bangsa nun jauh di Asia Tengah itu dari dulu hingga kini masih mengamalkan amalan penjodohan yang agak pelik ini.
Namun, dikatakan di Bali, Indonesia, terdapat juga tradisi kuno yang serupa dengan tradisi Turkik ini, tetapi ia lebih seumpama sebuah pertandingan di mana syarat untuk mengahwini seorang wanita, lelaki Bali wajib mencvlik wanita itu dengan jayanya.
Ambil Dan Lari (Ala Kachuu)
Mengikut tradisi bangsa yang berbahasa Turkik berdasarkan budaya masing-masing, amalan ini dikenali sebagai Ala Kachuu oleh etnik Kyrgyz dan Kazakh, Qız Qaçırtma oleh etnik Azeri Turk di Azerbaijan dan Kız Kaçırma oleh orang Turki. Kesemua tradisi ini memang berbeza namanya tetapi hakikatnya mereka berkongsi budaya yang sama, apakah itu?
Ala Kachuu adalah sejenis budaya tradisi beberapa suku etnik dan bangsa dari Asia Tengah (Turkestan) dan Kaukasus yang berbahasa Turkik. Ia merupakan satu amalan di mana seorang lelaki akan mencvlik gadis yang ingin dikahwininya. Pencvlikan ‘nikah’ seperti ini boleh berlaku dalam keadaan samada wanita itu dipaksa atau pasangan yang saling mencintai.
Ia masih terus diamalkan secara konsensual iaitu secara ‘wayang’ semata-mata di kalangan bangsa Turkik Asia Tengah, orang-orang Kaukasia dan orang Turki Anatolia. Namun pencvlikan yang sebenar dan berdasarkan tradisi ini boleh berlaku terutamanya apabila:
- Ibu bapa seorang gadis tidak merestui perkahwinan anak mereka dengan kekasihnya. Oleh itu, pasangan kekasih ini nekad ‘berdrama’ dengan merancang satu pencvlikan palsu. Dalam keadaan ini, gadis itu memberi kerjasama kerana dia bersetuju dengan budak lelaki itu untuk “dicvlik”. Dan sememangnya dia juga mahu mengahwini pencvliknya.
- Menghadapi tekanan hidup dikalangan masyarakat yang miskin, keluarga pihak lelaki tidak mampu menanggung kos perbelanjaan perkahwinan. Oleh itu, lelaki itu melakukan pencvlikan untuk mengelakkan belanja yang tinggi.
- Sekiranya seorang gadis dicvlik tanpa kehendaknya, ia dianggap sebagai jenayah seksual di mana-mana negara sekali pun. Namun, di Azerbaijan, mentaliti mereka tidak mengambil kira sama ada pencvlikan itu ada berlaku pemerkosaan atau tidak, mangsa lazimnya terus dianggap sebagai tidak lagi suci oleh keluarganya, dan oleh itu suka atau tidak, mangsa akan dipaksa untuk menikahi pencvliknya.
- Di Kyrgyzstan, terdapat variasi kaedah kahwin paksa yang melibatkan pemuda mencvlik seorang gadis sama ada secara paksa atau dengan tipu muslihat, dan biasanya akan dibantu oleh rakan atau saudara lelaki. Mereka membawa mangsa ke rumah keluarga mereka, di mana dia akan dikurung di dalam sebuah bilik sehingga mana-mana saudara perempuan pemuda itu berjaya meyakinkan mangsa untuk mengenakan selendang wanita yang sudah berkahwin sebagai tanda penerimaan. Jika mangsa menolak pujukan itu dan bertegas mahu pulang, keluarga pemuda itu tidak akan berhenti berusaha memujuk mangsa agar bersetuju dengan perkahwinan itu.
- Juga di Kyrgyzstan, amalan ini pada asalnya hanyalah bermula dari budaya ‘kahwin lari’, bukan mencvlik pengantin perempuan. Kadang-kadang tindakan mencvlik itu hanyalah sekadar sebahagian daripada formaliti budaya perkahwinan bangsa Kyrgyz, di mana seorang gadis akan dicvlik dengan rela hati. Ini kerana menurut pemahaman beberapa suku-suku nomad Turkik, mereka menganggap menclik wanita untuk dikahwini adalah sebagai suatu bentuk penghormatan kepada wanita itu sendiri kerana ia membuktikan bahawa wanita itu amat layak untuk dijadikan isteri hingga lelaki sanggup mencvlik.
Kenapa Budaya Ini Masih Wujud Hari Ini?
Tradisi mencvlik perempuan untuk dijadikan pengantin atau Ala Kachuu Turkik mula diharamkan di Kyrgyzstan ketika Kesatuan Soviet berusaha untuk mengubah amalan perkahwinan yang membataskan kebebasan memilih kaum wanita, termasuklah majlis pertunangan anak, pernikahan yang diatut dan perkahwinan cvlik.
Walaupun undang-undang yang mengharamkan tradisi Ala Kachuu di Republik Kyrgyzstan masih dikekalkan hingga hari ini, peningkatan kes cvlik semakin tinggi setelah kejatuhan Kesatuan Soviet yang membentuk beberapa negara-negara baru yang merdeka, dan kes ini terus meningkat sebagai salah satu elemen kebudayaan Turkik dengan bersandarkan atas alasan cuba mengembalikan identiti bangsa Kyrgyz setelah bebas dari pemerintahan komunis Soviet.
Tak ada banyak bukti boleh dikemukakan bagj menunjukkan bahawa pesalah-pesalah yang dibicarakan dalam kes pencvlikan di Kyrgyzstan telah dihukum.
Pencvlikan pengantin perempuan dilaporkan berkisar dari peristiwa kahwin lari yang sengaja dirancang (konsensual) setelah pengantin lelaki dan wanita telah bercinta, maka mereka akan bersepakat melaksanakan rancangan pencvlikan itu kelihatan seperti satu peristiwa yang kejam dan kononnya wanita itu dipaksa berkahwin, biasanya drama kahwin lari begini akan dirancang oleh keluarga pengantin lelaki sepenuhnya.
Dianggarkan sekurang-kurangnya satu pertiga dari seluruh wanita etnik Kyrgyz di Kyrgyzstan berkemungkinan telah dikahwini melalui pencvlikan pengantin perempuan tanpa kehendak sendiri. (tidak konsensual)
Kajian terpilih menunjukkan bahawa pencvlikan pengantin perempuan berdasarkan tradisi yang sebenar lebih kerap berlaku di kawasan desa-desa di Kyrgyzstan berbanding daripada kawasan bandar, dan pencvlikan wanita yang berlaku di kawasan bandar kebanyakannya adalah lakonan kerana mereka bersepakat mahu kahwin lari.
Budaya mencvlik wanita untuk dijadikan pengantin di Asia Tengah juga telah direkodkan pernah berlaku di Kazakhstan, Turkmenistan dan Caucasus. Tradisi yang hampir serupa dengan bangsa-bangsa Turkik ini samada secara konsensual ataupun tidak konsensual, juga dikesan pernah berlaku dalam sebahagian kecil komuniti Jepun, China, Turki, Ethiopia dan Hmong.
Wanita Tidak Pernah Merdeka Di Kyrgyzstan Yang Merdeka Itu
Semasa era Kesatuan Soviet, kaum wanita di Kyrgyzstan lebih banyak memainkan peranan penting yang lebih terbuka lagi menonjol dalam struktur pentadbiran kerajaan berbanding di tempat lain di Asia Tengah, tetapi hak wanita nampaknya telah diabaikan sejak republik ini merdeka. Hari ini, kurang dari 7 peratus kerusi parlimen Kyrgyzstan dipegang oleh wanita, berbanding 34 peratus yang dipegang oleh kaum wanita sebelum merdeka pada tahun 1991.
Jurang besar statistik peratusan pendapatan purata tahunan antara wanita dan lelaki di Republik Kyrgyz juga agak signifikan, kerana wanita meraih hanya sekitar 20–25% lebih sedikit daripada lelaki (Kementerian Ekonomi di Republik Kyrgyz 02.15.19).
Penyelidik British juga telah mengenal pasti perbezaan tahap penglibatan dalam kehidupan masyarakat secara ekonomi. Maksudnya, wanita dan lelaki mempunyai bidang tugas yang berbeza, terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi, namun berada di kedudukan yang berbeza dan mempunyai pendapatan yang berbeza.Walaupun wanita berupaya mempertahankan kedudukan mereka di dalam pasaran tenaga kerja, mereka tidak boleh bekerja bersama kaum lelaki.
Undang-undang Kyrgyzstan pada hari ini tidak melindungi hak pemilikan tanah untuk wanita dalam undang-undang perkahwinan sivil dan memberikan hak pengurusan tanah kepada suami, ini berdasarkan laporan tahun 2004 yang diserahkan kepada PBB oleh gabungan organisasi hak asasi wanita di Kyrgyzstan.
Berbeza dengan etnik Kazakh di Kazakhstan, saudara serumpun mereka itu hari ini mengadakan perkahwinan melalui pertunangan atau tradisi mencvlik pengantin perempuan yang sama tapi tak serupa seperti Kyrgyz.
Pemuda Kazakh mencvlik gadis dengan persetujuannya, dan adakalanya juga dengan persetujuan ibu bapanya sendiri. Pencvlikan kahwin tanpa kehendak adalah melanggar undang-undang awam pada era Soviet tetapi hari ini di Kazakhstan, ia mula meraih kesedaran di peringkat antarabangsa dan diiktiraf sebagai budaya tradisional negara mereka.
Berbeza dengan Kyrgyzstan, berdasarkan undang-undang, mencvlik walau untuk tujuan berkahwin adalah satu jenayah, tetapi apa yang menarik, sangat jarang dapat dilihat perbuatan ‘jenayah mencvlik wanita’ ini dikuatkuasakan dengan serius, kita akan terbiasa mendengar berita pencvlikan tetapi kita akan terkehyt apabila terdengar berita bahawa pesalah kes pencvlikan itu dijatuhi hukuman yang sepatutnya.
Dari sudut yang berbeza, di kebanyakan kawasan luar bandar, tradisi Ala Kachuu yang jika diterjemahkan akan membawa maksud “ambil dan lari” itu sebenarnya adalah cara yang diterima dan sangat biasa untuk perkahwinan. Tahu tak, mereka juga menyebut situasi begini menggunakan perkataan yang sama dengan kita, iaitu “adat”.
Budaya ini bagaimana pun dikelirukan dengan penggunaan istilah tempatan “mencvlik pengantin perempuan” untuk mencerminkan sejarah budaya ini di sepanjang kewujudan dan kesinambungannya, dari perbuatan cvlik paksa dan rog0l kemudian, membawa kepada perkahwinan hinggalah ia menjadi salah satu bentuk tradisi kahwn lari yang dirancang sekadar sebagai tema simbolik bagi bakal pengantin yang mahu melakukannya.
Walaupun amalan ini adalah satu bentuk jenayah di Kyrgyzstan, pencvlik pengantin perempuan amat jarang sekali melalui proses perbicaraan dan dihukum seadil-adilnya. Kesukaran untuk menguatkuasakan undang-undang ini asasnya adalah disebabkan oleh sistem perundangan pluralistik di Kyrgyszstan di mana kebanyakan desa diperintah secara de facto oleh majlis penatua dan dewan aqsaqal yang bertindak sebagai penasihat atau hakim, para penatua berperanan dalam politik dan sistem keadilan untuk negara dan etnik kesukuan, diikuti undang-undang adat, yang jauh dari jangkauan sistem perundangan negara.
Dewan Aqsaqal, yang ditugaskan untuk mengadili undang-undang keluarga, harta benda dan tuntutan hak, sering kali gagal menangani pencvlikan Ala Kachuu dengan serius. Dalam beberapa kes, terdapat pegawai aqsaqal dijemput ke majlis perkahwinan pengantin yang dicvlik dan pegawai itu sendiri memberi dorongan kepada keluarga pengantin perempuan untuk menerima perkahwinan tersebut.
Bayangkan jika orang Melayu amalkan budaya macam ni. Tiap harilah keluar berita lelaki bergaduh kerana kekasih dicvlik kemudian berkahwin dengan orang lain.
RUJUKAN:
Russ Kleinbach & Lilly Salimjanova, Kyz ala kachuu and adat: Non-consensual bride kidn4pping and tradition in Kyrgyzstan, Central Asian Survey, (June 2007)
Craig S. Smith, Abdvct!on, Often V!olent, a Kyrgyz Wedding Rite, Y. Times, April 30, 2005.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih