“Bahawa Ahmad Dawjee Dadabhoy telah mewujudkan satu wakaf di sisi agama Islam. Ini berdasarkan kepada lafaz yang dibuat dalam Surat Ikatan Pengisytiharan Wakaf dan pengakuan bertulis saksinya Syed Mustapha bin Syed Wazir.” Fatwa Wilayah Persekutuan.

 

Siapa Ahmad Dawjee ini? Dan apa kekayaaannya sehingga hartanya ke perinkat Fatwa dikeluarkan untuknya?

Memperkenalkan, Ahmad Dawjee Dadabhoy. Beliau merupakan seorang pedagang dari Gujerat, India. Pada masa kehidupannya, langsung tiada siapa pun mengenalinya sehingga ke akhir hayatnya. Bahkan, ketika hayatnya beliau merupakan seorang yang sangat sederhana dalam kehidupannya.

Kehidupannya yang sederhana sehinggakan tiada siapa yang tahu siapa beliau sebenarnya. Beliau sehingga ke akhir hayatnya tinggal di sekitar rumah flat di Masjid India yang mana rumahnya hanya dipenuhi dengan buku dan majalah. Tiada siapa menyangka bahawa beliau merupakan seorang jutawan.

Beliau dalam diam telah menginfaqkan hartanya sejak kehidupannya lagi kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 1970. Tiada siapa yang tahu berkenaan hartanya. Sehinggalah beliau pulang ke Rahmatullah pada 1987 tanpa meninggalkan waris.

Justeru hartanya kemudiannya diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dan tahukah anda nilai kekayaanya yang sebenar? Ahmad Dawjee mempunyai tanah di sekitar Jalan Perak, Kuala Lumpur yang kita kenali sebagai segi tiga emas Kuala Lumpur kini.

Kekayaannya kini menjangkau sehingga RM34 Juta berdasarkan nilai komersial tanah tersebut. Pihak Majlis Agama kemudiannya mengambil tanggungjawab tersebut menguruskan harta wakaf tersebut dengan baik seperti membangunkan tanah tersebut menjadi sebuah tempat yang bermanfaat dan hasilnya dipulangkan kepada pihak Baitulmal.

Namanya kini diabadikan sebagai sebuah surau di Menara Bank Islam, iaitu Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, Kuala Lumpur.

Al-Fatihah buatnya. Semoga Allah melipat gandakan pahalanya dalam menginfaqkan hartanya buat Ummah.

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply