Nabi Musa AS yang telah mendapat Wahyu telah diutuskan oleh Allah SWT untuk mendakwahkan Firaun dan Pembesarnya serta penduduk Mesir. Nabi Musa AS tampil ke hadapan Firaun dan menyatakan Dakwahnya dan menyuarakan Firman Allah SWT di hadapan sang penguasa yang Zalim.

Firaun tetap sahaja dengan kesombongan dan keangkuhannya dalam mentaati Firman Allah SWT. Firaun berkata dengan angkuhnya, Firaun meminta agar diberikan bukti sebagai petanda kenabiannya.

Cabaran ini disambut oleh Nabi Musa AS yang sememangnya diutus oleh Allah SWT bersama dengan mukjizat yang dikurniakan kepadanya.

Nabi Musa AS mencampakkan tongkatnya dan bertukarlah ia menjadi seekor ular yang besar. Alangkah takutnya Firaun dan pembesarnya melihat hal ini.

Firaun berkata kepada pembesarnya bahawa inilah sihir yang nyata. Lantas, Firaun memanggil Ahli Sihir yang terulung Istana untuk mengalahkan mukjizat Nabi Musa AS ini.

Firaun mencabar Nabi Musa AS untuk diadakan sebuah sayembara bagi menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Nabi Musa AS menyahut seruan ini.

Tibalah hari yang dinanti. Kedua pihak berdiri bertentangan antara satu sama lain. Ahli Sihir Istana mengorak langkah pertama dengan melontarkan tali tali mereka dan tongkat mereka. Dan ternyata, tali temali mereka berubah menjadi ular.

Penonton mulai kagum akan kehebatan ahli sihir ini. Ternyata tali tali yang dilempar oleh ahli sihir ini merupakan silap mata semata mata bukanlah kejadian yang sebenar.

Nabi Musa AS membalas tipu daya ahli sihir ini dengan melempar semula Tongkat di tangannya. Dan ternyata, ular Nabi Musa AS bukanlah silap mata bahkan ular Nabi Musa AS menelan kesemua ular ulan Ahli Sihir ini.

Seraya itu, Ahli Sihir Istana berkata, Sungguh ini bukanlah sihir, tetapi mukjizat yang nyata. Bahkan, Ahli Sihir Istana ini lalu bersujud dan berkata.

“Kami Beriman kepada Tuhannya Sekalian Alam. Tuhannya Nabi Musa dan Harun.”

Firaun yang terpinga pinga akan hal ini seraya bertitah bahawa akan menghukum mereka. Bukan sekadar itu, tubuh mereka akan disalib dan akan digantung di khalayak ramai.

Namun, Imannya mereka ini tidak berubah pendirian dan akhirnya mereka telah disalib dan diperlakukan dengan kejam oleh Firaun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.