Beratus-ratus tahun yang lalu, Century Egg telah ditetaskan di sebuah kawasan luar bandar China. Nak dijadikan cerita, seorang petani menemui telur itik yang diawet secara semula jadi di dalam kolam air berlumpur dan batu kapur. Lepas dia makan telur tu, dia cuba buat balik telur tu secara manual, menghasilkan makanan istimewa yang akan bertahan selama berabad-abad di Hong Kong, China dan sebahagian Asia Tenggara.

Walaupun butiran penemuan Telur Seabad ni tak didokumentasikan, sarjana menganggarkan bahawa ia bermula lebih 500 tahun dulu sejak Dinasti Ming. Beberapa teknik yang digunakan untuk pengeluaran berskala besar dan proses pengawetan telur masih kekal hingga kini.

Untuk membuat telur seabad, tong diisi dengan gabungan teh hitam pekat, kapur, garam dan abu kayu yang baru dibakar, dan dibiarkan sejuk semalaman. Keesokan harinya, telur itik, puyuh atau ayam ditambah ke dalam adunan, dan mereka berendam di mana-mana dari tujuh minggu hingga lima bulan. Ingat, bukannya selama satu abad seperti namanya.

Telur seabad ni ada banyak nama lain, seperti telur seratus tahun, telur seribu tahun atau telur milenium. Telur ni mudah didapati di kedai runcit, restoran Cina dan kedai bubur di China dan Hong Kong.

Telur seabad yang ideal mempunyai kuning telur yang besar, masih berwarna kuning kehijauan, cair dan dikelilingi oleh cincin sepusat berwarna coklat, hijau dan biru laut. Warna menunjukkan tahap transformasi yang berbeza – dan lebih besar dan lebih kuning kuningnya, lebih baik.

Bau dia sangat tidak menyenangkan, tapi kemudiannya rasa dia sangat berbeza daripada jangkaan kita. Telur itu sangat berkrim, baldu dan berair mirip telur rebus yang kita makan selalu.

Walaupun telur seabad dibuat oleh petani dan penduduk kampung selama beratus-ratus tahun, ia mula muncul dalam menu di Hong Kong apabila segelintir chef Cina yang terkenal melarikan diri ke Hong Kong pada tahun 1940-an semasa Perang Saudara China dan membawa hidangan serantau bersama mereka.

Oleh: Azizul Farhan

Nak lagi kisah-kisah budaya Cina yang sangat menarik? Mudah sangat bila bersama KITAB TAMADUN CINA. Boleh beli dengan diskaun menarik Jualan Pasca PBAKL di: https://bit.ly/kitabtamaduncina


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply