Negara-negara penceroboh akan selamanya dipandang hina. Ambil contoh Amerika Syarikat sendiri. Sampai hari ini negara tersebut dikutuk kerana berperang di Vietnam. Kalau macam bab Afghanistan dan Iraq, bibit-bibit kecaman semakin lantang sekarang.
Hari ini ada banyak filem Hollywood yang mempamerkan elemen negatif tentang Perang Vietnam (contoh, filem The Post arahan Steven Spielberg yang dibintangi Tom Hanks dan Meryl Streep).
Pentadbiran George W. Bush meninggalkan legasi buruk terhadap kuasa diplomatik Amerika Syarikat. Asal jumpa minyak, mesti kena bom. Sindir memang sindir. Tetapi kesannya menyeluruh. Sekarang ada kajian mendedahkan bahawa Amerika Syarikat pernah ada rancangan untuk mengebom Bulan. Kalau tanya pada orang ramai, apa jawapan agak-agak?
“Haaa. Ada minyak lah tu!”
Program Captain America
Apabila bercakap pasal kerajaan, ada satu benda yang lucu. Negara-negara Asia Tenggara buang duit rakyat buat benda entah apa-apa. Ada yang entah macam mana masuk dalam akaun peribadi. Tetapi Amerika Syarikat lain sikit konsepnya – mereka buang duit tetapi guna nama “penyelidikan”. Semasa pentadbiran Barack Obama, kerajaan Amerika Syarikat menumpahkan dana besar untuk Program Pengenal pastian Ancaman Aeroangkasa (AATIP).
Intipati penyelidikan mereka adalah untuk sistem baju halimunan, alat anti-graviti, wormhole mudah akses dan terowong ke Bulan guna bom nuklear (Merlan, 2022).
Dengan kata mudah, selidik sampai babi pun boleh terbang. Kalau berjaya, memang Amerika Syarikat maju gila nanti. Kalau gagal, anggap sajalah macam sedekah. Macam statement penyedap hati: “urusan kita dah selesai. Dia salah guna, itu antara dia dengan Dia.”
Macam Mana Boleh Tahu?
Penyelidikan AATIP asalnya menjadi rahsia kerajaan. Tiada siapa boleh tahu. Kalau maklumat bocor, boleh kena dakwa macam-macam. Tengok filem The Post boleh tahu proses pendakwaan macam mana. Walau bagaimanapun, program ini berjalan antara 2007 hingga 2012. Apabila pengarah Luis Elizondo letak jawatan daripada Pentagon pada tahun 2017, banyak benda pasal program AATIP didedahkan.
Pendedahan Elizondo pula tidak salah disisi undang-undang kerana Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) sudah mengizinkannya. Hasil kajian AATIP inilah yang merencanakan perbualan media sosial katanya ternampak kapal UFO bagai (Pappas, 2018). Padahal bukan alien. Obama punya kerja.
Dalam banyak-banyak benda dikaji AATIP, pengeboman Bulan yang paling dahsyat. Bagi saintis, permukaan Bulan boleh kata menandingi kekuatan logam.
Untuk tebuk masuk ke bahagian kerak, mereka sedang mengkaji potensi penggerudian supaya dapat buat sebuah terowong. Penggerudian ini pula adalah dengan menggunakan bom termonuklear. Bukan macam Armageddon yang kena hantar dua pesawat bagai.
Misi ini adalah untuk mengkaji Bulan itu sendiri. Pendaratan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin telah membuka jalan untuk saintis kaji pasal permukaan Bulan. Namun sampai hari ini mereka belum tahu apa yang ada di bahagian kerak. Maka inilah caranya. Cuma kegilaan mereka tersangkut dalam ruangan “penyelidikan”. Mereka belum ada rancangan untuk melaksanakannya. Memandangkan AATIP sudah dihentikan, semua boleh menghela nafas lega yang program ini takkan dilaksanakan.
Rata-ratanya sekarang ramai mempertikai kebenaran Misi Apollo walaupun fakta sudah jelas. Mereka bertanya kenapa tidak kembali. Nampaknya NASA akan memenuhi kehendak mereka. Tidak lama lagi, misi Artemis akan dilaksanakan iaitu untuk mengembalikan manusia ke Bulan. Kita tengok penafi nak menggelupur apa pula lepas ini. Yang pasti, misi Artemis adalah bukti program AATIP hanyalah teori. Cuma itulah – boleh tahan gila juga ingin bom Bulan.
RUJUKAN:
Merlan, A. (2022, April 19). Newly-released documents shed light on government-funded research into worm holes, anti-gravity and invisibility cloaks. Vice.
Pappas, S. (2018, Mac 13). Declassified Military Video Shows ‘UFO’ off East Coast. Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih