Bumi Indonesia pernah dihuni manusia prasejarah jenis tersendiri. Dalam buku sains, ada banyak jenis manusia prasejarah yang sudah diketahui. Antaranya adalah Homo sapiens, iaitu manusia moden seperti kita. Selain daripada H. sapiens, ada manusia prasejarah lain seperti Homo neanderthalis misalnya.

Saintis masih berbelah bahagi tentang kepupusan H. neanderthalis tetapi bersetuju dengan faktor-faktor seperti populasi kecil, pembiakan mahram dan perubahan iklim (Bradtmoller, et al., 2012).

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Kalau tengok di bumi Indonesia terdahulu, manusia prasejarah ada dua jenis: 1) H. sapiens (sudah pastinya) dan 2) Homo floresiensis. Untuk memudahkan pembacaan, H. floresiensis dipanggil Hobbit kerana saiz mereka. Tengok pada fosil ditemui di Gua Liang Bua, ketinggian seorang Hobbit tidak sampai 1.2 meter pun (Morwood, et al., 2005).

Punca mereka rendah mungkin ada pada faktor genetik iaitu kekerdilan insular, iaitu apabila saiz badan bertambah kecil saban zaman kerana mereka hidup dalam Pulau Flores sahaja (Wahyu Saptomo, et al., 2008).

Kepala Hobbit dengan tangan Sapiens. (Emőke Dénes/ CC BY-SA 4.0 )

Badan yang kecil menyebabkan otak mereka turut kecil. Saiz otak mereka didapati hampir-hampir sama dengan saiz otak cimpanzi. Walau bagaimanapun, bahagian prefrontal cortex (senang cakap, bahagian akal) didapati sama saiz dengan H. sapiens (Falk, 2005). Itulah jurang utama antara Hobbit dengan beruk yang tiada akal. Manusia Hobbit terbukti sangat pandai menggunakan alat untuk menyembelih Gajah Stegodon misalnya… dan mereka juga pandai menggunakan api (Wasisto, et al., 2016).

Kejatuhan Manusia Hobbit

Saintis menggunakan rangka fosil dan peralatan batu sebagai sandaran untuk mengenal pasti usia manusia Hobbit. Dan mereka mendapati manusia jenis ini wujud sekitar 95,000 tahun yang lalu. Mungkin lagi lama. Tetapi inilah zaman paling asas.

Gua Liang Bua (Rosino/CC BY-SA 2.0)

Begitu lama Hobbit hidup di pulau ini… sampailah sekitar 60,000 tahun yang lalu, iaitu zaman tulang manusia paling muda ditemui. Namun tulang tidak boleh dijadikan faktor tunggal… atas faktor kerapuhannya. Mungkin ada tulang 55,000 tahun yang lalu – tetapi sudah patah dan reput habis.

Jadi mereka tengok faktor peralatan pula. Dan memang betul – peralatan batu kegunaan Hobbit paling terakhir boleh kata dalam lingkungan 50,000 tahun yang lalu, sezaman dengan kejatuhan H. neanderthalis di Eropah. Maksudnya? Hobbit tewas pada tangan H. sapiens yang berhijrah ke Pulau Flores. Selepas zaman 50,000 tahun yang lalu, semua tulang ditemui adalah milik jenis sapiens (Callaway, 2016).

Timbul Balik?

Saintis kira sudah mencapai konsensus bahawasanya Hobbit sudah pupus. Tetapi tiba-tiba, ada buku mendakwa mereka masih hidup. Ditulis seorang pakar antropologi pula. Dalam Between Ape and Human, penulis Gregory Forth bercerita macam mana lagenda “manusia mirip beruk hidup dalam gua” terbukti benar. Bumi Asia Tenggara sememangnya penuh lagenda. Katanya dalam hutan ada penunggu itu ini (sama macam Barat kecoh lebih katanya ada Bigfoot).

Selalunya rambut tidak sikat tepi boleh dipercayai.

Salah satu penunggu dikatakan menghuni di Gua Lio. Orang-orang kampung memanggil mereka Ebu Gogo. Tetapi kalangan orang kampung sendiri masih berbelah bahagi. Ada yang cakap Ebu Gogo sudah pupus kerana dibunuh kaum ‘Ua… tetapi sekitar 200 tahun yang lalu (bukan 50,000 tahun yang lalu). Ada yang cakap mereka masih hidup di dalam hutan tebal.

Yang kecohnya saintis lain seperti Mike Morwood daripada Australia juga mengaku pernah dengar pasal Ebu Gogo. Menurut Morwood, ciri-ciri fizikal Ebu Gogo amat berpadanan dengan H. floresiensis. Buat masa sekarang, hanya Forth sahaja yang betul-betul berkomited untuk mencari jawapan.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Dalam dunia sains, tiada apa yang mutlak. Sebelum ini, saintis sangka ikan Coelacanth sudah pupus 66 juta tahun yang lalu… tetapi tiba-tiba semua pakat tergamam apabila Coelacanth ditemui pada tahun 1938.

Cuma itulah – kalau ada yang klaim Tyrannosaurus Rex masih hidup, benda pertama kena tengok adalah air warna apa diminum semasa buka puasa. Kalau hijau, mesti bukan tebu jawabnya.

RUJUKAN:

Bradtmoller, M, et al. (2012). The repeated replacement model – Rapid climate change and population dynamics in Late Pleistocene Europe. Quaternary International. 247: 38-49.

Callaway, E. (2016, September 21). Human remains found in Hobbit cave. Nature.

Falk, D., et al. (2005, April 8). The Brain of LB1, Homo floresiensis. Science. 385 (5719): 242-245.

Morwood, M., et al. (2005). Further evidence for small-bodied hominins from the Late Pleistocene of Flores, Indonesia. Nature. 437 (7061): 1012-1017.

Wahyu Saptomo, E., et al. (2008). The youngest Stegodon remains in Southeast Asia from the Late Pleistocene archaeological site Liang Bua, Flores, Indonesia. Quaternary International. 182 (1): 16-48.

Wasisto, S., et al. (2016). Initial micromorphological results from Liang Bua, Flores (Indonesia): Site formation processes and hominin activities at the type locality of Homo floresiensis. Journal of Archaeological Science.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply