Ia dianggap hidangan rahsia bagi mereka yang mahukan sesuatu yang luar biasa. Malah, sebelum ia diharamkan pada 1962, ia dianggap sajian tradisional dan produk tempatan istimewa Pulau Sardinia, Itali.

Memperkenalkan, casu marzu, yang bermaksud keju busuk dalam bahasa Itali. Casu marzu adalah keju daripada susu biri-biri yang sengaja dijangkiti dengan larva serangga.

Ia dianggap keju paling bahaya di dunia kerana ulat-ulat hidup yang merayap di dalamnya. Malah, Kesatuan Eropah sendiri mengharamkan penjualan keju ini secara komersil.

Berdasarkan sejarah, keju ini dahulunya dihasilkan kerana kemiskinan yang menghimpit masyarakat di kepulauan itu. Desakan hidup memaksa mereka untuk makan apa sahaja yang ada ketika itu, termasuklah keju busuk yang penuh ulat ini!

Bertahun-tahun kemudian, masyarakat kemudiannya menikmati casu marzu atas dasar ia adalah sajian tradisional, dengan mengingati sejarah perit penduduk pada zaman dahulu.

Proses pembuatan casu marzu ini adalah satu proses yang panjang. Ia melangkaui proses penapaian yang biasa, kerana susu biri-biri ini ‘dipaksa’ untuk mencapai tahap penguraian dalam penapaian.

Lubang dibuat pada keju ini, bertujuan untuk membolehkan lalat datang dan menggali ke dalam keju, meletakkan larvanya untuk mengeram. Asid daripada sistem pencernaan ulat memecahkan lemak keju, menjadikan tekstur keju sangat lembut; pada waktu ia sedia untuk dimakan, casu marzu akan mengandungi beribu-ribu ulat ini.

Meskipun diharamkan untuk dijual oleh Kesatuan Eropah, keju berkrim ini dikatakan paling sesuai dinikmati di atas roti rata Sardinia (pane carasau) diiringi dengan segelas wain merah yang lengkap. Casu marzu – terkenal dengan tekstur dan rasa sedikit menyengat dan dikategorikan sebagai afrodisiak.

Pelbagai usaha dilakukan oleh para pengusaha keju ini serta pusat penyelidikan di Sardinia, agar ia dibenarkan untuk dijual serta dimakan dengan selamat oleh para pengguna. Ini berkemungkinan kerana masyarakat di situ masih menganggap casu marzu sebagai sajian tradisional dan tak mahu ia luput begitu sahaja.

Kerjasama antara penternak biri-biri dan penyelidik di Universiti Sassari telah membangunkan kaedah pengeluaran yang bersih pada tahun 2005, bertujuan untuk membenarkan penjualan keju yang sah.

Namun, kerana proses penapaiannya, Rekod Dunia Guinness telah menyenaraikan casu martzu sebagai keju paling berbahaya di dunia pada tahun 2009.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.