Normallah orang buat pelbagai dakwaan tertentu pasal sejarah. Geng Chola asyik claim banyak benda mengarut termasuk dakwa Hagia Sophia dibina diorang. Geng Indonesia, dua kali lima sama saja. Tetapi minggu lepas, kecoh satu Indonesia disebabkan dakwaan pahlawan nasional mereka, Kapitan Pattimura bukan seorang Kristian tetapi seorang Muslim!

Tapi sebelum kita sentuh dakwaan tersebut, siapa Kapitan Pattimura ini sebenarnya? Pattimura atau nama sebenarnya Thomas Matulessy dilahirkan pada 8 Jun 1783 di selatan Pulau Seram, Kepulauan Maluku. Beliau merupakan anak kepada pasangan Kristian Maluku Frans Matulessia and Fransina Tilahoi.

27 tahun selepas kelahiran Pattimura, Pulau Maluku menjadi sebahagian daripada jajahan takluk British. Ini selepas pihak British mengusir wakil-wakil Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) yang mewakili Kingdom of Holland (Belanda yang dikawal Napoleon Bonaparte semasa Perang Napoleon tercetus). Kempen penaklukan ini mengambil masa selama tujuh bulan untuk diselesaikan.

Kempen penaklukan Kepulauan Maluku oleh British pada 1810.

Semasa tempoh pendudukan British di Pulau Maluku, Pattimura menunjukkan keinginan berkhidmat sebagai tentera di bawah mereka. Ini mendorongnya mendaftarkan diri sebagai tentera sehingga mendapat kenaikan pangkat sebagai sarjan mejar dalam pasukan. Jika dibandingkan dengan Belanda yang banyak menyusahkan orang Maluku, penduduk tempatan mempunyai hubungan baik dengan British.

Tetapi semuanya berubah dengan penguatkuasaan Perjanjian Inggeris-Belanda 1814 yang dimeterai di London. Menerusi perjanjian ini, semua kawasan yang pernah menjadi jajahan takluk Belanda dipulangkan semula oleh British. Ini termasuklah Pulau Maluku, satu isu yang amat mengganggu Pattimura dan rakan-rakan seperjuangannya.

Orang Maluku mempunyai sebab baik menolak kehadiran semula Belanda di situ. Sebelum mereka diusir keluar oleh British pada 1810, pihak VOC kerap mencabuli hak orang tempatan termasuk enggan membayar upah guru-guru Kristian Maluku. Selain itu, pengenalan wang kertas dijangka menjejaskan usaha pemberian bantuan yang digerakkan oleh gereja tempatan. Ini kerana satu-satunya wang yang diterima mereka ialah wang syiling. Tanpa wang jenis tersebut, ini sama sekali akan menjejaskan sokongan kewangan yang diterima gereja selama ini.

Kubu Duurstede. Sumber: Dani wid/CC BY-SA 3.0

Pada 16 Mei 1817, selepas dilantik sebagai Kapitan oleh penduduk tempatan, Pattimura mengetuai sekumpulan pejuang Maluku untuk menyerbu Kubu Duurstede. Serangan tersebut menyaksikan 25 orang terbunuh termasuk 19 askar Belanda dan Residen Belanda di Maluku, Johannes Rudolph van den Berg.

Empat hari kemudian, pihak Belanda cuba merampas semula Kubu Duurstede dengan menggerakkan 200 orang tentera diketuai Mejar Beetjes. Bagaimanapun, cubaan tersebut berjaya digagalkan oleh Pattimura. Akibatnya, Gabenor Jeneral Hindia Timur Belanda ketika itu, Godert van der Capellen bertindak memecat Gabenor Ambon, Jacobus A. van Middelkoop dan orang kanannya Nicolaus Engelhard.

Kejayaan kempen Pattimura disebarkan dari mulut ke mulut ke seluruh Kepulauan Maluku. Ini menyebabkan Belanda berdepan masalah besar kerana walaupun mereka berjaya menduduki semula Kubu Duurstede pada Ogos 1817, api pemberontakan tersebar luas di Maluku.

Dapatkan lebih banyak info tentang Tamadun Melayu menerusi pautan: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Hal ini berlaku kerana Pattimura menunjukkan kebijaksanaannya bukan saja sebagai komander perang tetapi juga sebagai pentadbir. Di sepanjang kawasan yang disyaki sebagai laluan tentera Belanda, mereka membina kubu-kubu pertahanan menggunakan batu karang. Pattimura juga berlaku adil kepada semua pemerintah tempatan yang bersekutu dengannya dengan mana-mana individu yang dianggap tidak cekap disingkirkan. Hal ini berlaku kepada pemerintah Siri-Sori, Raja Boi yang murka selepas disingkirkan Pattimura.

Enggan membiarkan perkara itu berlalu begitu saja, Raja Boi mengadakan satu pertemuan rahsia dengan Belanda di mana baginda menjanjikan Pattimura kepada mereka. Ini membawa kepada penangkapan beliau pada 11 November 1817 semasa berada di Siri-Sori. Susulan itu, lebih ramai pejuang Maluku ditahan.

Selepas dibicarakan di mahkamah, hakim menjatuhkan hukuman mati ke atas semua pemimpin pejuang Maluku termasuk Pattimura. Sebulan selepas penahanan beliau, kesemua ketua pergerakan ini digantung sampai mati di sebuah dataran dalam Kubu Victoria. Pejuang-pejuang Maluku yang ditahan kemudiannya dibuang negeri ke Pulau Jawa dan bekerja sebagai buruh di kebun-kebun kopi. Hanya selepas beberapa tahun, barulah mereka dibenarkan kembali ke tanah air mereka.

Jadi, bagaimana nama Pattimura menjadi lebih terkenal daripada nama sebenarnya Matulessy? Itu berlaku terima kasih kepada seorang sejarawan dan pegawai Tentera Nasional Indonesia (TNI), Sapija. Bagi menghasilkan buku perjuangan Pattimura yang bertajuk Sedjarah Perdjuangan Pattimura (Sejarah Perjuangan Pattimura), beliau banyak membuat kajian termasuk mengkaji latar belakang pejuang Maluku itu.

Dapatannya mendapati datuknya merupakan seorang bangsawan yang diberi gelaran Pattimura. Pattimura merupakan gabungan perkataan patti/patih yang bermaksud putera dan mura/murah yang bermaksud pemurah/dermawan. Ini turut menjelaskan mengapa gelaran ini terus dipakai oleh beliau semasa menentang Belanda pada 1817.

Duit seribu rupiah yang menampilkan Pattimura.

Menjelang tahun 70-an, ramai sejarawan dan figura Maluku terkenal menggesa nama Pattimura dikelaskan sebagai pahlawan negara. Akhirnya, pada 1973, Presiden Suharto mengisytiharkan beliau sebagai Pahlawan Nasional Indonesia. Hari ini, wajah Pattimura menghiasi wang kertas seribu rupiah Indonesia.

Jadi, apa yang kecoh-kecoh kat sana pasal Pattimura minggu lepas? Seorang pendakwah bebas bernama Adi Hidayat mendakwa nama sebenar Pattimura bukan Thomas Matulessy tetapi Ahmad Lussy. Dakwaan ini bersandarkan kepada dakwaan yang ada dalam buku Api Sejarah yang dikarang Ahmad Mansur Suryanegara pada 2009. Walaupun diminta mengemukakan bukti berkenaan dakwaan ini, sampai sekarang tiada bukti ditampilkan.

Malah, dakwaan karut ini turut digelakkan waris-waris Pattimura yang berpandangan Ahmad Lussy dan Pattimura merupakan dua individu yang berbeza. Selain Ahmad Lussy, seorang lagi figura bernama Alim Pattimura turut didakwa sebagai identiti sebenar Matulessy. Tetapi semua ini tak guna kalau tiada bukti. Betul, ada kubur Ahmad Lussy di Hualoy, Pulau Seram dan seorang lagi bernama Alim Pattimura di Latu, Maluku.

Tetapi lebih molek untuk lebih banyak kajian dibuat bagi mengetahui perihal dua figura yang dikatakan itu. Tidak mustahil dua figura ini juga turut berjuang bersama-sama Pattimura di Maluku menentang Belanda pada 1817. Tetapi selagi tiada kajian, selagi itulah polemik Pattimura ini akan berterusan…

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Damarjati, D. (2022, 11 Julai). 3 Versi Kapitan Pattimura: Thomas Matulessy-Ahmad Lussy-Alim Pattimura. DetikNews.

Nugroho, J. (2022, 17 Julai). Was Indonesian freedom fighter Kapitan Pattimura actually a Muslim? Conspiracy highlights rising historical revisionism. South China Morning Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply