Lebih kurang 13.7 bilion tahun yang lalu, terdapat sebutir primordial-atom (Atom awal, atom kuno) sekecil noktah. Tak tahu nak panggil apa atom tersebut. Atom tersebut adalah gabungan semua daya asas (fundamental forces) iaitu daya graviti, daya elektromagnet, daya kuat nuklear dan daya lemah nuklear. Juga dalam atom itu mengandungi segala bentuk tenaga, ruang dan benda. Benda ini semua diselaputi oleh ruang dan masa. Masa tidak bergerak (t=0). Pada masa itu, suhu sangat panas. Lebih panas daripada matahari, mungkin berbilion kali ganda. Tentulah neraka lebih panas.

Hukum sains dan matematik pada peringkat ini tidak dapat diaplikasikan dan hancur, serta manusia tidak mampu jejak perkara yang berlaku pada waktu sebelum atom kuno tersebut. God’s power indeed.

Pada kondisi panas itu, atom kuno tersebut mula berkembang dan membentuk beberapa kumpulan ‘black hole’ hasil gabungan tenaga segala hukum sains dan matematik tersebut. Kondisi ini mempunyai spekulatif dan perdebatan dalam kalangan saintis mengenai ‘What really happened back then’. Pada masa ini juga dikatakan hukum relativiti dan kuantum tidak dapat dibezakan dan bersatu. Pada masa ini saintis cuba untuk menyatukan relativiti dan kuantum yang pernah bersatu.

Pada Era Inflasi, suhu panas itu mula menurun sikit. Ruang dan masa mula berkembang (membengkok, menarik keluar). Daya-daya asas yang asalnya bersatu, mula ‘berpisah’ sedikit demi sedikit. Alam berkembang dengan sangat pantas kerana pelepasan tenaga yang cukup tinggi. Pada waktu ini, suhu panas menjadikan foton (zarah cahaya) menukarkan tenaga mereka kepada matter-antimatter, seterusnya meletup antara satu sama lain.

Atas sebab yang tidak diketahui, simetri pembentukan matter-antimatter berkecai. Maksudnya terdapat foton yang menghasilkan pasangan matter-matter, bukan matter-antimatter. Tahukah anda, yang satu foton inilah yang menghasilkan alam semesta yang kita lihat sekarang. Kalau pembentukan anti-simetri ini tidak berlaku, alam ini hanyalah dipenuhi dengan cahaya untuk selama-lamanya.

Dalam tempoh masa tertentu, akhirnya neutron dan proton berkumpul antara satu sama lain lalu membentuk nukleus. Pada waktu panas itu, elektron bergerak laju melanggar nukleus tersebut. Apabila suhu mula sejuk, elektron semakin perlahan. Apabila ia menghampiri nuklues, ia membentuk atom moden. Atom ini telah membentuk elemen ringan seperti hidrogen, helium dan litium.

Pada berbilion tahun berikutnya, suhu semakin sejuk, zarah mula tertarik pada suatu kawasan yang mempunyai graviti yang tinggi. Pada masa itulah galaksi mula terbentuk. Setiap galaksi mempunyai berbilion bintang. Setiap bintang telah menjalani peroses gabungan termonuklear. Setiap bintang itu juga yang mencapai suhu dan tekanan lebih hebat daripada matahari telah membentuk elemen-elemen berat, termasuk elemen yang mencipta planet bumi serta kehidupannya.

Pada tempoh masa tertentu, terdapat bintang-bintang yang meletup lalu elemennya bertebaran dan membentuk galaksi baru. Seterusnya, terhasillah bumi yang ditakdirkan berada pada kedudukan yang stabil dengan matahari. Apabila ia hampir sedikit dengan matahari, laut akan tersejat, apabila jauh sedikit, bumi akan beku. Jadi, kita tahu, jarak yang dekat dan jauh dari matahari tidak sesuai untuk kehidupan. Maka, bumi pun tercipta.

Selepas itu, ini budak biologi dan genetik punya cerita. Tetapi, kalau dihabiskan cerita, kehidupan di bumi bermula dari sel tunggal gabungan beberapa elemen dari alam semesta. I know geneticist have their own debate regarding on this.

Ada soalan?
– Zamir Mohyedin –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply