Kota Madinah kembali dikepung oleh pasukan pemberontak dari Mesir, Kufah dan Basrah. Khalifah Uthman terkejut dengan pengepungan ini sehingga beliau meminta Ali bin Abu Thalib menjadi orang tengah untuk berunding dalam keadaan yang tidak diduga ini. Ali keluar dari kota Madinah dan menuju ke kem perkhemahan pasukan pemberontak. Ali bin Abu Thalib menyelidiki surat mengenai perintah membunuh ke atas Muhammad bin Abu Bakar yang dikatakan milik Khalifah Uthman. Setelah dipastikan, surat ini merupakan tulisan tangan Marwan bin al-Hakam yang merupakan penasihat Khalifah Uthman. Pasukan pemberontak yang berang dengan perintah di dalam surat tersebut telah menyatakan beberapa syarat rundingan dengan Ali bin Abu Thalib, iaitu:
1) Khalifah Uthman diwajibkan turun dari jawatan khalifah sekiranya tidak mahu dibunuh.
2) Menyerahkan Marwan bin al-Hakam kepada pasukan pemberontak.
Tetapi Khalifah Uthman menolak sekeras-kerasnya kedua syarat tersebut kerana ianya dapat mengakibatkan lagi pertumpahan darah yang lebih besar dalam barisan umat Islam.
Setelah pasukan pemberontak mendapat jawapan muktamad dari Khalifah Uthman maka mereka terus menyerbu masuk kota Madinah dan mengepung rumah Khalifah Uthman. Pasukan sukarelawan yang terdiri daripada pemuda ( anak dari para sahabat ) melakukan tindakan yang pantas dengan melindungi nyawa Khalifah Uthman.
Di antara anak para sahabat yang dicatatkan di dalam sejarah bertindak sebagai pengawal keselamatan Khalifah Uthman ialah:
1) Hassan bin Ali.
2) Hussin bin Ali.
3) al-Mughirah bin Aknas.
( Terdapat ramai lagi pemuda yang berkawal di luar rumah Khalifah Uthman tetapi tidak dinyatakan ).
Abdullah bin Saba, ketua utama kesemua pasukan pemberontak ini mendengar khabar berita bahawasanya pasukan tentera dari Syam pimpinan gabenor Muawiyah bin Abu Sufian dalam perjalanan menuju ke kota Madinah untuk memadamkan api pemberontakan. Dengan segera, beliau cuba menghasut setiap ketua pasukan pemberontak untuk terus menyelesaikan masalah ini sebelum ketibaan bala bantuan dari Syam.
Rumah Khalifah Uthman diserbu oleh pasukan pemberontak pimpinan al-Ghafiqi dan Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq. Akhirnya misi Abdullah bin Saba berjaya dilaksanakannya. Fitnah yang dibawanya telah membuatkan nyawa Khalifah Uthman melayang pada hari tersebut.
18 Zulhijjah 35 H.
Pada hari Jumaat menjelang waktu Maghrib, pasukan pemberontak al-Sabaiyyun yang dipimpin oleh Abdullah bin Saba telah berjaya menerobos masuk kediaman Khalifah Uthman bin Affan.
Setelah Khalifah Uthman dibunuh oleh Qutairah, Sudan bin Humran dan al-Ghafiqi maka mereka menggeledah rumah Khalifah Uthman dan membawa lari beberapa harta miliknya. Pasukan pemberontak juga berjaya merampas kunci pintu Baitulmal dan menjarah sehabis mungkin segala harta yang tersimpan di dalam sana. Dicatatkan, jenazah Khalifah Uthman diuruskan oleh Hakim bin Hizam beserta 12 orang sahabatnya sahaja memandangkan pada ketika itu kota Madinah masih dalam keadaan huru-hara serta para penduduk kota Madinah tidak berani untuk campur tangan dalam fitnah ini. Jenazah Khalifah Uthman dikebumikan pada malam itu juga setelah solat Maghrib. Tujuan mereka pada masa itu hanya ingin membunuh khalifah dan mencetuskan huru-hara di kalangan umat Islam. Setelah pasukan pemberontak menyelesaikan misi membunuh Khalifah Uthman, maka mereka telah menguasai kota Madinah selama beberapa hari. Keadaan di kota Madinah menjadi kacau bilau. Pasukan pemberontak yang tidak mahu sistem pemerintahan Islam di kota Madinah tergendala akibat
perbuatan mereka terus menemui beberapa orang sahabat yang masih hidup untuk melantik salah seorang daripada mereka menjadi khalifah menggantikan Khalifah Uthman, diantaranya:
1) Ali bin Abu Thalib.
2) Sa’id bin Zayd.
3) Zubair al-Awwam.
4) Sa’ad bin Abu Waqqas.
5) Talhah bin Ubaidillah.
Tetapi kesemua sahabat ini menolak permintaan para pemberontak untuk menduduki kerusi Amirul Mukminin, malahan para sahabat tanpa perasaan takut mengutuk keras perbuatan para pemberontak yang menumpahkan darah seorang khalifah di atas muka bumi Madinah. Keadaan ini berlanjutan selama lima hari lamanya. Umat Islam yang tidak terlibat dalam fitnah ini, terus menemui Ali bin Abu Thalib dan ingin membai’ahnya sebagai khalifah yang sah menggantikan Khalifah Uthman. Ali bin Abu Thalib menolak keras perlantikan ini dan beliau mengajukan satu permintaan kepada umat Islam pada waktu itu iaitu, mengadakan Majlis Syura untuk proses penggantian khalifah yang baharu.
24 Zulhijjah 35 H.
Pasukan pemberontak al-Sabaiyyun yang muak dengan suasana ini, terus melakukan suatu perbuatan yang keji. Mereka memanggil kesemua penduduk kota Madinah dan berkumpul di dalam masjid Nabawi secara paksa. Para pemberontak mengumumkan ‘amaran’ di atas mimbar masjid di hadapan para penduduk Madinah :
“Jikalau pada hari esok, umat Islam dari penduduk kota Madinah tidak mengumumkan atau melantik khalifah yang baharu, maka kami (puak pemberontak) akan melaksanakan misi kami yang seterusnya, iaitu dengan membunuh Ali bin Abu Thalib, Zubair al-Awwam dan Talhah bin Ubaidillah! “.
Para penduduk kota Madinah yang tidak mahu kejadian pembunuhan para sahabat berulang kembali di tangan para pemberontak bergegas menemui Ali bin Abu Thalib di kediamannya. Mereka memohon kepada Ali untuk menerima bai’ah menduduki jawatan khalifah yang keempat. Ali bin Abu Thalib terpaksa menerima pemohonan penduduk kota Madinah ini dengan berat hati.
25 Zulhijjah.
Ali bin Abu Thalib dibai’ah oleh penduduk kota Madinah. Beberapa sahabat besar yang pada mulanya mengambil sikap mengecualikan diri dalam peristiwa fitnah ini juga menyatakan kekhalifahan Ali bin Abu Thalib. Pasukan pemberontak al-Sabaiyyun juga tidak melepaskan peluang untuk membai’ah Ali sebagai khalifah keempat yang baharu dan secara langsung mereka juga menumpahkan taat setia kepada Khalifah Ali dengan menyertai barisan sebagai pengikut setianya. Dalam kes ini, kita boleh melihat kelicikan Abdullah bin Saba memerintahkan pasukan pemberontak untuk mengesahkan Ali sebagai khalifah kerana:
1) Dengan penyertaan pasukan pemberontak ke dalam barisan pengikut Khalifah Ali maka mereka mendapat perlindungan secara langsung darinya.
2) Menggunakan nama Khalifah Ali untuk memusnahkan kekuasaan Islam di Syam pimpinan Muawiyah bin Abu Sufian – Kerana pada masa ini, pasukan pemberontak sahaja yang memandang Muawiyah boleh menjadi lawan politik kepada Khalifah Ali.
Apabila pasukan pemberontak menyerapkan kekuatan mereka ke dalam barisan Khalifah Ali maka mereka juga ingin melepas tangan dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan. Berita kewafatan Khalifah Uthman yang dibunuh oleh pasukan pemberontak dan perlantikan Ali sebagai khalifah yang baharu atas desakan pasukan pemberontak sampai ke pengetahuan Muawiyah bin Abu Sufian. Beliau tidak mengiktiraf kekhalifan Ali bin Abu Thalib pada masa itu kerana:
1) Muawiyah menuntut hukuman qisas daripada Khalifah Ali untuk menyerahkan kesemua anggota pasukan pemberontak yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman. Muawiyah memegang ijtihad untuk menuntut hukuman qisas ke atas para pembunuh Khalifah Uthman. Dianggarkan seramai 2,000 pasukan pemberontak yang berada di dalam barisan Khalifah Ali. Ijtihad ini juga disokong oleh beberapa sahabat besar lain seperti Zubair al-Awwam, Aishah bin Abu Bakar, Amru al-As dan Talhah bin Ubaidillah.
2) Khalifah Ali ingin memecat Muawiyah bin Abu Sufian dari jawatan gabenor Syam atas desakan permintaan pasukan pemberontak. Pemecatan ini membuatkan rakyat Syam juga tidak mengiktiraf kekhalifah Ali dan seterusnya mereka bersatu tenaga untuk mengekalkan kekuasaan Muawiyah sebagai gabenor Syam.
Berlawanan pula ijtihad Muawiyah dengan Khalifah Ali pada masa itu. Khalifah Ali memegang ijtihadnya untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan hukuman qisas ke atas para pembunuh Khalifah Uthman memandangkan keadaan dan suasana saf umat Islam pada masa itu retak sepenuhnya. Ijtihad Khalifah Ali tidak dipersetujui oleh Zubair dan Talhah maka mereka mengambil langkah untuk keluar dari kota Madinah untuk menuju ke kota Mekah dengan alasan menunaikan umrah. Tetapi sebenarnya, Zubair dan Talhah menuju ke Mekah untuk bertemu dengan Aishah binti Abu Bakar, Abdullah bin Amir, Marwan bin al-Hakam dan Ya’la bin Umayyah.
Ijtihad yang dibawa oleh Aishah menyerupai Muawiyah bin Abu Sufian. Aishah mencadangkan mereka untuk bergerak ke kota Damsyik dan bergabung bersama pasukan Muawiyah. Tetapi cadangan Aishah ditolak oleh Abdullah bin Amir kerana beliau berpendapat mereka harus bergerak ke kota Basrah untuk mendapatkan sokongan penduduk di sana.
Aishah, Zubair, Talhah, Abdullah, Marwan bersama pasukan tenteranya bergerak menuju ke kota Basrah. Mereka pergi dengan hanya memegang satu panji sahaja.
Mereka mahukan Khalifah Ali membawa kesemua para pesalah yang memberontak membunuh Khalifah Uthman.
Khalifah Ali dengan segera mengambil langkah untuk menghalang dan memerangi pasukan Aishah binti Abu Bakar dahulu sebelum memerangi Muawiyah bin Abu Sufian.
Penghujung bulan Rabiulakhir 36 H.
Seramai 20,000 tentera dari kota Kufah, Mekah dan Madinah menyertai barisan pasukan Khalifah Ali bin Abu Thalib beserta 2,000 orang pemberontak pimpinan Abdullah bin Saba menuju ke kota Basrah untuk menghadapi pasukan Aishah binti Abu Bakar yang seramai 30,000 tentera.
Pertempuran saudara akibat fitnah Abdullah bin Saba akan bermula.
Bersambung….
Link ke artikel pertama:
“Abdullah Bin Saba : Akar Sebuah Fitnah”
Sumber rujukan:
1) Mari Kenali Muawiyah bin Abu Sufian, Sahrul Azmi Sidek, Mazni Irfan, 2011.
2) Ali bin Abi Talib: Mutiara Ilmu Islam, Abdul Latip Talib, PTS, 2010.
3) Uthman Affan: Pengumpul al-Quran, Abdul Latip Talib, PTS, 2010.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
4 Comments
Perpecahan demi perpecahan berlaku, kena balik kepada quran dan sunnah
“ Adalah di hadapan hari kiamat itu banyak fitnah , laksana sepotong malam yang gelap gelita. Pagi-pagi orang beriman , sore-sore orang menjadi kafir. Sore beriman , pagi menjadi kafir pula. Suatu kaum menjual agamanya dengan laba dunia.
Lantaran itu maka peperangan – peperangan pun timbullah, Tiada istrehat. “ Tidaklah berdiri hari kiamat melainkan setelah banyak huru-hara”. Orang bertanya: “ Apakah huru-hara itu?. Rasulullah menjawab: Pembunuhan-pembunuhan ! ”.
Sampai kepada kaum wanita yang tidak tahu malu lagi. Dia lebih senang berkeliaran keluar rumahnya dengan pakaian ‘kasiatin ‘ ‘ariatin’ berbaju tetapi bertelanjang, zina menjadi-jadi.
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. 3:19
agama islam لا اله إلا الله محمد رسول اله
parti politik bukan agama.
na8330946@gmail.com