Bila mana kita sebut tentang buaya, kita dapat bayangkan nama Bujang Senang yang pernah mengganas di Sungai Batang Lupar, Sarawak satu masa dulu. Atau kita melihat betapa ganasnya mereka bila menyambar diet utama mereka seperti kancil, rusa, kuda belang dan antelop. Di sebalik imej ganasnya sebagai raja sungai, terdapat beberapa fakta yang kita tidak ketahui pasal buaya.

1. Ada berpandangan jika nak lepaskan diri daripada serangan buaya atau bertembung dengannya di darat, cara terbaik ialah lari secara bengkang-bengkok kerana menurut mereka bila lari dengan cara begitu, buaya tidak akan dapat mengejar kerana susah nak membelok dengan kaki pendek dan badan yang berat. Mitos ini diuji dalam Mythbusters di mana pasukan meletakkan robot yang dipasang dengan daging burung dan diri sendiri untuk menguji kesahihannya. Mitos ini adalah palsu kerana walaupun rekod menunjukkan buaya berlari agak perlahan (17 kilometer sejam), ia masih boleh mengejar dan berpusing secara perlahan. Dan buaya lebih menggunakan strategi serangan hendap untuk membaham mangsanya dan jika serangan kali pertama gagal, ia akan menanti mangsa yang lebih lemah untuk berjaya buat kali kedua, kadang-kadang dengan kelajuan yang pantas sekaligus memusnahkan terus mitos tersebut.

2. Siapa yang sangka buaya lembap dalam air seperti mana di darat patut malu kerana semasa berenang, kelajuannya boleh mencecah 25 kilometer sejam bergantung kepada spesis buaya itu sendiri. Buaya air masin boleh mencapai kelajuan 24-29 kilometer sejam semasa berenang, buaya Sungai Nil (30 kilometer) dan buaya Amerika (32 kilometer). Dengan ekor berperanan sebagai kemudi yang meningkatkan kelajuan, kaki yang boleh dilipat untuk mengurangkan rintangan semasa berenang dan paru-paru untuk kawal aliran udara semasa timbul atau tenggelam, ia boleh berenang laju dengan menggunakan sedikit saja tenaga.

3. Siapa yang biasa dokumentari David Attenborough terutama bahagian sungai pasti perasan buaya melepak di tebing sungai sambil membuka mulutnya. Menurut saintis, itu bukan tanda buaya tersebut agresif tetapi buaya itu cuba menyejukkan dirinya dengan berpeluh melalui mulutnya.

4. Panjang buaya yang diternak secara komersial di ladang buaya boleh mencecah sehingga 1.5 meter dalam masa setahun saja. Buaya-buaya ini diternak bukan saja untuk kegunaan komersial seperti bahan untuk barangan kulit tetapi juga untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan populasi buaya selain jadi tempat tarikan pelancong di sesetengah tempat.

5. Setiap rahang buaya ada 24 set gigi bertujuan untuk mencengkam dan menghancurkan daging, bukan untuk mengunyah. Jika ia hendak mengunyah mangsanya, ia akan menelan batu untuk memproses makanan dalam perutnya. Selain membantu memproses makanan, batu tersebut turut berperanan sebagai pemberat semasa ia berada dalam air.

6. 99% anak buaya akan dimakan pada tahun pertama selepas kelahiran mereka. Dan jangan terkejut sekiranya saya gelar buaya sebagai kanibal kerana buaya-buaya besar menjadikan anak-anak buaya ini sebagai hidangan makanan mereka. Kalau tidak dibaham spesis sendiri, ia akan dimakan ikan-ikan besar, burung pucung (heron) dan biawak monitor,

7. Kulit buaya dianggap yang terbaik kerana ia bersifat tahan lasak dan lembut. Dan bagi masyarakat orang asli, sesiapa yang memiliki kulit buaya dipandang tinggi dalam kalangan mereka.

8. Sesetengah puak orang asli terutama di New Guinea memandang tinggi buaya dan menjadikan kulit mereka berparut untuk mendapat kesan seperti kulit buaya. Mengikut mitos mereka, manusia itu berasal daripada buaya yang menghuni daratan selepas keluar dari Sungai Sepik. Proses sedemikian bertujuan mendidik generasi muda disiplin, fokus dan dedikasi di mana semasa ia dilakukan, perlu mengunyah sejenis tumbuhan yang dikatakan ada khasiat penyembuhan. Walaupun proses tersebut kadangkala boleh membawa maut, sesiapa yang bertahan semasa proses ini dilakukan, mereka akan jadi kuat pada tahun-tahun mendatang.

9. Buaya pertama kali muncul sejak 240 juta tahun yang lalu mampu mencecah usia 80 tahun. Tetapi jangan sangka buaya itu hidup selamanya seperti yang didakwa sesetengah orang kerana saintis menyatakan, buaya juga sebenarnya turut merasai perubahan usia sama seperti makhluk-makhluk lain.

10. Kita semua tahu maksud air mata buaya iaitu pura-pura bersedih. Tetapi tahukah anda, ia sebenarnya datang dari mitos buaya menangis bila membaham manusia? Sebab sebenar buaya tersebut menangis bukan menangis secara emosi ya tetapi lebih kepada membersihkan mata mereka yang berbuih semasa makan.

Sumber:

1. MacKinnon, Ian. (2011). Akhbar Daily Telegraph. Crocodile facts: ten things you don’t know about crocodiles. http://www.telegraph.co.uk/news/earth/wildlife/8831754/Crocodile-facts-ten-things-you-didnt-know-about-crocodiles.html

2. Cheer, Louise. (2014). Akhbar Daily Mail Australia. Agonising rites of the crocmen: Boys are cut so that the scars look like crocodile scales in tribal initiation into manhood. http://www.dailymail.co.uk/news/article-2722740/The-ancient-initiation-ritual-scars-boys-look-like-crocodiles.html

3. Moscato, David. (2016). Earth Touch News Network. No, crocodiles are not immortal. https://www.earthtouchnews.com/natural-world/natural-world/no-crocodiles-are-not-immortal/

4. MythBusters. (2007). Musim Kelima, Episod Satu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

2 Comments

  1. Mohon beri penjelasan berkaitan dengan ayat nombor 3 “Siapa yang biasa dokumentari …”. Adakah tertinggal perkataan ataupun memang sebegitu ayatnya. Terima kasih

  2. itu smua secret rhsia.. jika ingin juga thu pg smbyg tnya yg dsinun. Psti jwpn dbg dlm mimpi… asl tnh plg k tnh .. tkda tnh pokok tk mnjadi bru la bunganya timbul.. ada kpercayan org laen msing2xx bunga dlu tmbuh bru pokok.. dunia sdh trbalik tnsang brpusing mcm gasing.. gurau2xx bos jgn mrh ya

Leave A Reply