Dalam satu peristiwa semasa Per*ng Dunia Kedua, seorang juruterbang pengebom Amerika Syarikat bergelut dengan kem*tian bagi menyempurnakan tugasannya sebagai juruterbang pesawat pengebom di udara.
Dalam peristiwa itu, sebuah pesawat pejuang Jerman terbang tepat di sampingnya. Juruterbang Jerman tersebut melanggar kelaziman per*ng, dimana juruterbang itu memberikan tabik hormat kepada juruterbang pesawat Amerika itu.
47 tahun kemudian, kedua-dua lelaki yang pernah menjadi anggota tentera untuk dua pihak yang saling berseteru itu akhirnya saling dihubungkan antara satu sama lain.
KRONOLOGI
Pada tarikh 20 Disember 1943, seorang juruterbang Amerika Syarikat bernama Charlie Brown berada di suatu tempat di sekitar ruang udara Jerman, beliau dalam perjalanan pulang bersama krewnya selepas melaksanakan misi pengeboman yang menyasarkan sebuah kilang senjata Jerman.
Misi itu telah berjaya dari segi pengeboman, tetapi semasa dalam perjalanan pulang, pesawat pengebom itu menjadi sasaran ser*ngan lima belas buah pesawat pejuang Jerman.
Juruterbang itu berada dalam keadaan separuh sedar ketika pesawatnya nyaris terhempas setelah diser*ng bertali arus oleh Jerman, namun beliau berjaya sedar tepat pada waktunya untuk menaikkan kembali pesawatnya yang hampir terhempas secara ‘nose dive’. Krew dan pesawatnya berada dalam keadaan yang tidak begitu baik sekali.
Misi ini kelihatannya seperti misi yang pertama untuk anggota rookie tersebut, dan boleh jadi ia juga mungkin akan menjadi misinya yang terakhir.
Dengan seorang anggota telah m*ti dan enam lagi terced*ra, Brown menyedari bahawa dirinya terpaksa berjuang sendirian di kokpit, pembantunya, Pinky juga telah ced*ra. Dia bergelut untuk memastikan B-17 yang sedang rosak teruk di udara itu berjaya melepaskan diri.
Dari empat buah enjin, kini hanya sebuah sahaja yang masih berfungsi. Dalam situasi yang kritikal itu, mereka perlu memilih untuk membuat keputusan yang tepat. Mereka boleh melakukan penerjunan lalu mendarat di hutan Jerman.
Bagaimanapun, rakan-rakannya yang ced*ra tidak cukup kuat untuk melakukannya, mungkin Brown terpaksa terus menerbangkan pesawat dan sekurang-kurangnya berusaha untuk membawanya pulang ke England.
Mereka akhirnya mendapat keputusan, Pinky memasuki semula kokpit untuk memberitahu Brown bahawa mereka semua bersepakat untuk terus berjuang di udara.
Keadaan ketika itu digambarkan sudah amat mengerikan, tetapi masih ada lagi yang kejadian yang menakutkan berlaku sehingga Brown cepat-cepat memejamkan matanya dengan harapan apabila dia membuka matanya, segala yang berlaku itu tidak lebih dari sekadar khayalan sahaja.
Sebuah pesawat pejuang Jerman terbang di sisi pesawat B-17 itu, ia terbang dengan begitu dekat sehingga Brown dapat melihat juruterbangnya dengan jelas.
Brown mula panik, dia melihat juruterbang Jerman itu menunjuk-nunjuk sesuatu dengan tangannya sambil mulutnya bagai mengucapkan sesuatu namun pesawat yang dikendalinya semakin hampir tiba ke tembok Atlantik, Brown tahu mereka semakin hampir dengan selamat, tetapi pesawat Jerman itu masih terbang disisinya.
Masih terkejut dengan ser*ngan itu dan menyedari bahawa musuh berada di sebelahnya yang pasti akan menembak mereka, Brown menjerit kepada penembaknya supaya segeralah melepaskan tembakan.
Pada detik itu lah, juruterbang Jerman itu memandang tepat ke mata Brown sebelum beliau memberikan satu tabik hormat dan kemudian terus terbang berlalu pergi meninggalkan pesawat Brown.
Bagaikan satu keajaiban, Brown berjaya mendaratkan B-17 yang rosak teruk itu di England. Dia memberitahu pegawai komandannya tentang apa yang telah terjadi semasa di udara, tetapi diarahkan untuk diam.
BAGAIMANA MEREKA DITEMUKAN SEMULA
Brown meneruskan khidmatnya sehingga awal Per*ng Vietnam, sebelum bersara dan menetap di Miami. Dia dikatakan agak jarang berbicara tentang hari yang trauma pada tahun 1943 itu, tetapi setelah beberapa dekad, dia mula tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku hari itu. Dia memulakan pencarian maklumat tentang juruterbang pesawat pejuang Jerman tersebut.
Pada Januari 1990, setelah pencariannya melalui rekod daftar rasmi per*ng tidak memberikan jawapan, Brown mendedahkan pencariannya itu di ruang iklan, surat khabar dan buletin. Iklan tersebut dipaparkan seperti berikut : “mencari orang yang menyelamatkan nyawaku pada 20 Disember 1943”.
Dia juga turut meletakkan satu butiran terperinci iaitu lokasi di mana juruterbang Jerman tersebut meninggalkan pesawat pengebomnya itu.
Di Vancouver, seorang lelaki bernama Franz Stigler terlihat iklan tersebut. “Ini dia!” dia menjerit kepada isterinya. “Inilah orang yang saya tidak tembak di udara!”
Setelah bertahun-tahun hidup dalam persoalan samada adakah pesawat pengebom itu berjaya pulang, akhirnya dia juga mendapatkan jawapannya.
Stigler segera menulis surat kepada warga Amerika itu. Setelah menerima surat itu, Brown yang tidak sabar terus mencari namanya dan memanggil operator. Dia tidak sabar lagi untuk mendengar suara, dan kisah, tentang lelaki yang telah memastikan diri dan krewnya selamat.
“Ketika saya membiarkan saja kamu terbang menyeber*ngi laut, saya sangkakan anda tidak akan berjaya” adalah kata-kata pertama yang dilafazkan Stigler kepada Brown. Dia telah pun menjawab pertanyaan orang Amerika itu tanpa sempat diminta.
Franz Stigler, juruterbang syarikat penerbangan komersial, pernah menjadi anggota Luftwaffe pada tahun 1942 ketoka usianya 26 tahun.
Pada hari pertamanya, dia telah disingkirkan oleh pegawai komandannya, Leftenan Gustav Roedel. Roedel meninggalkan pengaruh yang mendalam terhadap pemuda itu. Dia memberi amaran kepadanya:
“Sekiranya saya melihat atau mendengar kamu menembak askar musuh yang sedang melakukan terjunan, saya sendiri akan menembak kamu. Kamu patuh peraturan per*ng untuk diri kamu sendiri, bukan untuk musuh kamu. Kamu berjuanglah dengan mengikut peraturan untuk menjaga nilai kemanusiaan.”
Semasa kejadian pada tahun 1943 tersebut, Stigler sudah menjadi juruterbang Luftwaffe bertaraf ‘ace’. Sekiranya dia berjaya menjatuhkan B-17 itu, dia layak dianugerahkan pingat Knight’s Cross. Ini adalah penghormatan tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang askar Jerman semasa Per*ng Dunia Kedua.
Ketika Stigler mendekati B-17, apa yang dilihatnya membuat dirinya terkesan. Pesawat itu telah rosak teruk. Senjata pada pesawat itu sendiri dilihat ada kesan darah yang memercik padanya.
Ketika dia terbang dari jauh, dia dapat melihat melalui tengah pesawat, di mana para krew yang panik berusaha untuk membantu rakan yang ced*ra. Hidung pesawat pengebom itu juga sudah hilang. Bagaimana pesawat itu masih mampu terbang di udara kekal menjadi misteri.
Wajarkah dia menembak jatuh pesawat itu yang sudah tentu tidak mampu untuk melawan? Jika dia menembak, maka tindakannya tiada beza dengan menembak seorang askar musuh yang melakukan terjunan dengan payung terjun.
Stigler terbang di sebelah Brown dengan mempertaruhkan nyawanya sendiri, dia memutuskan untuk membantu mengiringi pesawat musuhnya hingga tiba di zon selamat.
Beberapa dekad kemudian, Brown akhirnya mengemukakan soalan yang sudah lama ingin ditanya : “Apa yang kamu tunjuk?”
Stigler kemudian menjelaskan bahawa pada waktu itu Brown tidak menyedari betapa teruknya pesawat B-17 yang dipandunya telah rosak. Dia menunjuk isyarat ke tanah di bawah, sambil mengucapkan ‘Jerman’, lalu dia menunjuk isyarat agar pergi lebih jauh sambil meneriakkan perkataan ‘Sweden’.
Akhirnya Stigler menyedari Brown tidak memahami isyaratnya lalu memutuskan untuk berusaha mengiring mereka ke zon neutral di mana mereka boleh mendarat dan menerima rawatan perubatan.
Dia telah terbang sejauh mungkin dengan mereka untuk menolong mereka melepaskan diri dari ruang udara Jerman. Ketika dia melihat senjata Amerika yang rosak itu berayunan di sisi pesawat, dia berkata “Semoga berjaya. Kamu kini berada di dalam tangan Tuhan”, sebelum memberi tabik dan terbang pergi.
Stigler berkhidmat hingga tamat per*ng dengan menyimpan rahsianya. Sekiranya kejadian itu diketahui pegawai yang lain, dia boleh dikenakan hukuman m*ti. Pada tahun 1953, dia tidak lagi merasakan suasana ‘kampung halaman’ sendiri di Jerman, lantas berhijrah ke Kanada. Dia hanya memberitahu isterinya sahaja apa yang berlaku di udara pada hari itu.
Kedua lelaki itu, yang pernah menjadi musuh, akhirnya menjadi sahabat yang rapat. Pada tahun 2008, hanya berbeza tempoh enam bulan, kedua-duanya telah meninggal dunia akibat ser*ngan jantung. Ketika itu Stigler berusia 92 tahun, manakala Brown 87 tahun.
Mereka berdua disenaraikan dalam rekod senarai kem*tian sebagai “saudara istimewa”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih