Hari ini, ketika artikel ini ditulis Amerika Syarikat (US) telah menjadi negara tertinggi kadar kes Covid-19 dengan 121,066 kes dengan jumlah kematian mencecah 2,020 orang. US berjaya mengatasi Itali dan China dalam jumlah jangkitan.

Gabenor New York, Andrew Cuomo dalam satu sidang media live pada 24 Mac mengatakan ‘the worse is yet to come’, dan New York (negeri paling teruk wabak) akan mencapai kemuncak kes dalam masa 2 minggu lagi [1]

New York hari ini mempunyai 52, 318 kes positif. Wilayah kedua tertinggi selepas Wuhan (67,800 kes) [2]

Bagaimana ia boleh berlaku? Bagaimana sebuah negara yang paling kuat, paling moden dan paling berkuasa menjadi sebegitu lemah dan bangang apabila berhadapan dengan virus sekecil ini?

Jawapannya kerana politik.

US sebenarnya sedang berada di ambang Pemilihan Presiden yang dijangka berlaku pada November 2020. Sebelum berlakunya wabak, Donald Trump dianggap tiada masalah untuk mengekalkan kuasa bagi penggal kedua.

Polisi Trump adalah populis. Politiknya adalah politik perut. Dalam situasi hari ini, perut adalah agenda terpenting manusia. Dan Trump tahu begitu. Atas sebab itu sebarang ucapan politiknya akan terarah kepada pembaikian ekonomi, pekerjaan tempatan dan pendapatan rakyat. Retorik tak retorik itu no 2. Trump adalah superhero yang US dambakan.

Demokrat pula cuma ada 2 calon yang berpotensi. Bernie Sanders dan Joe Biden. Dua-dua orang tua. Bernie Sanders dengan ideologi anti establishment dan Biden yang pernah jadi Naib Presiden tapi tiada jasa signifikan.

Jadi Trump sangat selesa. Tak ada penganalisis yang kata Trump akan kalah. Tak ada pengulas yang berani bertaruh Demokrat akan menang

Sehinggalah berlakunya COVID-19

Bagi orang politik, kesan besar virus ini bukannya nyawa, tetapi kemelesetan ekonomi. Trump terpaksa downplay ancaman COVID-19, bagitahu benda ni tidak serius dan akan ‘go away’. Semuanya bagi mengelakkan lockdown yang boleh membawa kesan serius kepada ekonomi. [3]

Bab downplay tu mungkin kita semua boleh ingat isu travel ban pelancong China, tuduhan coronapalatau kepada rakyat yang prihatin kepada keseriusan wabak atau gurauan nak letak pelancong dalam kandang lembu.

Dan nak cerita, pada 16 Mac 2020, bekas Menteri Kesihatan yang dianggap doktor paling power atas dunia oleh sesetengah orang cuma cadang social distancing dan tak perlu buat lockdown macam sesetengah negara [4]

Ini adalah hari yang sama PM TSMY isytihar partial lockdown di seluruh tanah air kita. Jadi boleh bayang apa yang akan berlaku kalau cadangan bekas Menteri itu diikuti?

Sambung balik. Trump terlalu yakin dengan kemampuan sistem perubatan US sedangkan akhirnya sistem sedia ada gagal melakukan pengujian yang tepat, kekurangan peralatan berdepan wabak serta kos yang terlalu tinggi.

Sistem perubatan US yang pernah cuba ditiru kerajaan lama adalah penyumbang kepada ketidakmampuan warganya untuk mendapatkan rawatan dan ujian segera. Kos rawatan awal termasuk pengujian bagi kes COVID-19 adalah USD3200 – kritikal bagi sebuah negara yang majoriti penduduk sebenarnya hanya mempunyai simpanan purata USD 4,500 [5]

Sebab itulah tuan-tuan, kami marah benar dahulu dengan idea penswastaan hospital, langgan MySalam daripada syarikat luar dan jual fasiliti kesihatan milik GLC kepada korporat asing.

Sedangkan dulu elok sahaja duk langgan Takaful Ikhlas untuk penerima BR1M (Disclaimer: saya bukan agen insuran/takaful)

Akhirnya apabila berlakunya kesan serius, maka barulah US melaksanakn lockdown bertahap. Malah sesetengah negeri dahpun mendahului Trump untuk mengunci wilayah mereka sebab Presiden dilihat terlalu lambat (Negeri US ada autonomi untuk buat lockdown sendiri)

Apa kesannya? 3.28 juta warga US hari ini jobless dan terpaksa bergantung kepada bantuan berkala [6].

Malahan terdapat laporan bagaimana ada trak sejuk beku yang menunggu diluar hospital-hospital US bagi menyimpan mayat yang berlebihan [7]

US merana hari ini kerana pemimpin yang meletakkan kepentingan politik melebihi nyawa rakyat sendiri. Dan semua di sana akan membayar harganya dengan darah dan air mata mereka

Letakkan kepercayaan kepada kerajaan. Patuhi larangan. Bertenang.

Kerana peperangan ini kita akan menang

Kita mesti menang

Hanya kepada Allah tempat kami meletakkan pergantungan

RUJUKAN:

[1] https://mobile.twitter.com/NYGovCuomo/status/1242476864586706946

[2] http://www.nhc.gov.cn/xcs/yqtb/202003/e644c2fc18b4448db7ed4b30f68b91a6.shtml

[3] https://www.nytimes.com/2020/03/19/opinion/trump-coronavirus-us.html

[4] https://m.malaysiakini.com/news/514921

[5] https://www.businessinsider.com/coronavirus-treatment-costs-americans-health-care-broke-2020-2

[6] https://www.wsj.com/articles/the-long-run-of-american-job-growth-has-ended-11585215000

[7] https://www.nytimes.com/2020/03/25/nyregion/nyc-coronavirus-hospitals.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.