Fungsi pejabat kedutaan semasa waktu keamanan memang nampak remeh. Sebuah pejabat dan rangkaian konsulatnya dibuat hanya untuk menguruskan keluar masuk orang sahaja.

Tetapi risiko kesihatan seperti koronavirus akan membuatkan pejabat-pejabat kedutaan sangat sibuk. Mereka semestinya akan melaporkan kepada kementerian luar negeri masing-masing tentang perkembangan koronavirus supaya kerajaan mereka boleh mengambil tindakan susulan.

Asia Tengah telah banyak berdiam dalam mengendalikan koronavirus. Walaupun berada bersebelahan dengan China secara geografi, koronavirus dilihat telah melompat terus ke Itali sebelum memasuki Eropah (melalui sumber lain juga).

Ini membuktikan bahawa globalisasi telah memainkan peranan yang sangat besar dalam penularan koronavirus.

Satu perkara yang Malaysia gagal lakukan pada awal-awal penularan ialah penutupan sempadan. Mungkin kerajaan pada masa itu mementingkan ekonomi dengan prasangka positif bahawa koronavirus akan ditewaskan dengan perubahan cuaca.

Sebelum ini pun prasangka sedemikian menebal, bahawa musim bunga boleh menyelesaikan masalah dengan suhu lebih panas (Gibbens, 2020).

Sungguhpun begitu, menutup pintu terhadap China sahaja tidak mencukupi pada masa itu. Malang sekali bukan China yang menyebabkan lonjakan semasa sekarang ini. Sebaliknya, super-spreader ditakuti ialah pelajar Malaysia yang bekerja sambilan sebagai agen pelancongan dari Korea Selatan.

Ijtimak Tabligh tidak bersalah dalam hal ini (Reuters, 2020). Kerana kalau bukan perhimpunan di Masjid Sri Petaling, mungkin super-spreader tersebut boleh pergi ke mana pun – Solat Jumaat, Pasar Malam dan sebagainya.

Menyedari perkara ini, Kazakhstan terus menutup sempadan selepas menerima kes pertama (Reuters, 2020).

Hanya dengan satu kes sahaja Kassym-Jomart Tokayev mengisytiharkan darurat yang membenarkan pendaratan daripada warganegara, ahli diplomasi dan jemputan kerajaan sahaja. Warga-warga Kazakh pula tidak dibenarkan keluar daripada republik tersebut.

Selain daripada penutupan sedemikian, Presiden Tokayev juga bergerak pantas dan menutup institusi-institusi awam. Sekolah, kolej dan universiti ditutup selama tiga minggu.

Dan majlis-majlis awam terus dibatalkan. Dasar ini turut digunakan jiran sempadan iaitu Uzbekistan, dimana Presiden Shavkat Mirziyoyev (Reuters, 2020).

Kazakhstan juga telah mengharamkan Itali, Jerman, Perancis dan Sepanyol serta merta (Reuters, 2020). Sektor peruncitan dan hiburan juga diteliti habis dalam Kazakhstan.

Dan selain dua republik Asia Tengah disebut, Kyrgyzstan dan Turkmenistan juga telah mengumumkan dasar-dasar sekatan tersendiri. Hasil daripada ini Asia Tengah berjaya mengekang pertambahan kes baharu daripada punca perlu dikenalpasti. Kes-kes yang bertambahan berpunca daripada j4ngkitan daripada negara-negara Eropah.

Kes terkini ketika artikel ini ditulis:

Uzbekistan – 104 Kes
Kazakshtan – 150 Kes
Kyrgyzstan – 58 Kes

Sementara itu keadaan semakin kritikal di Eropah yang menjadi pusat penularan mengganti China. Itali pun telah memintas China dari segi angka kem4tian. Sementara China mencatatkan jumlah positif sebanyak 81,008, bilangan pes4kit disembuhkan pula ialah 71,740 orang.

Tetapi Itali pula menyaksikan jumlah positif 86,498 orang – jumlah sembuh hanya 10,950, suatu jurang yang besar.

Dari segi keluk penularan pula, Itali mungkin telah mengstabilkan (flatten the curve) selepas mengalami lonjakan besar. Asia Tengah telah mengatur segala langkah untuk memastikan perkara tersebut takkan berlaku.

RUJUKAN:

Gibbens, S. (2020, March 6). Will warming spring temperatures slow the coronavirus outbreak?. National Geographic. Retrieved from https://www.nationalgeographic.com/science/2020/02/what-happens-to-coronavirus-covid-19-in-warmer-spring-temperatures/

Reuters. (2020, March 10). Kazakhstan Adds Italy, France, Germany, Spain to Travel Ban List. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/reuters/2020/03/10/world/europe/10reuters-health-coronavirus-kazakhstan-travel.html

Reuters. (2020, March 15). Kazakhstan, Uzbekistan Close Borders After First Coronavirus Cases. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/reuters/2020/03/15/world/asia/15reuters-health-coronavirus-kazakhstan-emergency.html

Reuters. (2020, March 15). Uzbekistan Confirms First Coronavirus Case, Closes Schools, Borders. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/reuters/2020/03/15/world/asia/15reuters-health-coronavirus-uzbekistan.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.