Seperti yang sedia maklum penularan wabak COVID-19 gelombang ke 2 amat membimbangkan. Daripada endemik yang hanya merangkumi wilayah wuhan yang menjangkiti penduduk di sana kenpada pandemik dimana penyakit global yang merebak ke seluruh dunia.
Para saintis seluruh dunia sedang berusaha mengkaji dan berusaha bagi menghasilkan vaksin untuk penyakit yang berjangkit ini. Sebelum ini pelbagai endermik dan pandemik penyebaran penyakit berjangkit seperti polio, small pox tersebar tetapi telah bejaya di kawal melalui vaksin.
Walaupun vaksin berjaya mengekang wabak berjangkit ini tetapi penyakit berjangkit ini masih menular di negara miskin. Vaksin sebenarnya telah berabad lamanya telah digunakan untuk menangani penyakit berjangkit ini melalui virus atau bakteria.
Antara penyakit yang popular dan telah lama wujud adalah penyebaran penyakit ‘small Pox’. Small pox atau cacar air ini dipercaya I telah wujud sejak zaman sebelum masihi lagi. Small pox telah merebak ke eropah antara abad ke lima dan enam.
Penyakit ini mejadi epidemic (wabak) pada kurun pertengahan. Antara empayar yang terkesan adalah Empayar Rom di mana wabak Antonine Plague yang dipercayaai penkaji merupakan wabak small pox yang merebak pada ketika itu.
Wabak tersebut telah telah menyebabkan kematian hampi tujuh juta orang. Ini berpunca dari pada pengluasan kuasa dan pen4klukan oleh tentera rom yang membawa pulang penyakit tersebut.
Sejarah penghasilan ubat atau vaksin untuk pelbagai penyakit sebenarnya telah beratus tahun dimulakan, Hal ini kerana wabak seperti small pox ini telah lama berjaya mer5gut jutaan dan masih belum dijumpai penawarnya.
Antara yang direkod kan sejarah orangorang yang Berjaya survive penyakit ini tidak akan dijangkiti lagi, dan mereka menjadi sukarelawan membantu merawang pesakit yang dijangkiti ini.
Cara awal yang diperkenalkan untuk merawat wabak seperti small pox ini adalah melalui cara variolation. Kaedah ini dipercayaai berasal dari negara Asia dan di gunakan pada zaman Uthmaniah. Kaedah Variolation adalah dengan cara mengambil sisa atau cairan dari small pox pesakit yang tidak kritikal dan dikeringkan dan dijadikan serbuk, lalu diletakkan kepada kulit, atau kawasan yang dilukakan orang yang tidak dijangkiti small pox dengan hrapan mereka dijangkiti oleh virus yang lemah dan sembuh.
Setelah itu mereka akan mengalami gajala small pox dalam beberapa miingu dan sembuh dari penyakit small pox. Jadi badan mereka akan menjadi imun kepada peyakit tersebut. Walau bagaimanapun risiko lain adalah sebanyak 3% akan mendapat penyakit small pox dan boleh menjangkiti orang lain di kawasan yang belum merebak small pox ini. Tetapi masih kurang jika dibandingkan dengan dengan penularan sebenar wabak ini.
Pada kurun ke-17 pengunaan kaedah Variolation telah di amalkan oleh di India, Afrika dan kerajaan Uthmaniyyah. Pada tahun 1717 pula, Lady Mary Wortley Montagu isteri kepada British Ambassador telah belajar kaedah Variolation di bandar Istanbul pada zaman kerajaan Uthmaniyyah.
Dia telah menggunakan kaedah tersebut pada anaknya ketika waktu epidemic penularan wabak small pox melanda pada zaman tersebut. Setelah terbukti berkesan, kaedah Variolation telah berkembang di eropah pada kuruh ke 17 dengan di experiment kan dahulu pada banduan di eropah.
Daripada Variolisation kepada Vaksin
Variolisation digunakan untuk menangani wabak small pox ini, tetapi masih mempunyai peritus dijangkiti dan tersebarnya wabak tersebut. Antara wabak lain yang menular selain small pox pada ketika itu adalah Cow Pox yang berjangkit daripada lembu ternakan.
Apa yang menarik seorang peladang Benjamin Jesty telah memerhatikan pekerjanya pemerah susu yang pernah kena penyakit cowpox ini tidak dijangkiti small pox walaupn berhubungan dengan pesakit small pox yang lebih merbahaya.
Dia telah membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang terkena cowpox akan immun pada small pox dan mengambil cowpox untuk dikenakan pada keluarga dan jiran beliau. Hanya seorang anak sahaja yang tidak dijangkiti cowpox. Dan anak tersebut telah dijangkiti small pox yang lebih merbahaya berbanding cowpox yang cepat sembuh dan tidak bahaya.
Dengan idea tersebut Edward jenner pada tahun mei 1796 telah menggunakan cowpox untuk eksperimen dan telah menulis prosedur untuk diformalkan dalam bidang perubatan. Cowpox dijadikan vaksin untuk penyakit small pox.
Dari situ berkembangnya dalam perubatan tentang vaksinisasi untuk mencegah penyakin epidemik. Edward Jenner telah membawa kaedah tersebut dalam dunia perubatan dan mengubah dunia perubatan dalam wabak penularan ini walaupun bukanlah orang yang pertama yang mewujudkan vaksin.
Walaupun permulaan vaksin ada risiko seperti demam dan cow pox tetapi vaksin berjaya berevolusi hingga ke hari ini untunk mengurangkan kesan sampingan vaksin. Sama sama kita doakan agar penularan pandemik COVID-19 ini dapat dibendung.
RUJUKAN:
Edward Jenner and the history of smallpox and vaccination Stefan Riedel, MD, PhD1
The origins of inoculation Arthur Boylston
Gross CP, Sepkowitz KA. The myth of the medical breakthrough: smallpox, vaccination, and Jenner reconsidered. Int J Infect Dis. 1998;3:54–60. [PubMed] [Google Scholar]
Artikel dikirimkan oleh Rukaini untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih