Semua sedia maklum tengah malam tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa w4bak Covid-19 kini berada di tahap pandemik lebih-lebih lagi dengan banyak negara melaporkan penemuan kes penyakit berkenaan. Tetapi apa beza pandemik, endemik dan epidemik yang selalunya digunakan untuk mengklasifikasi penyebaran sesebuah penyakit?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Endemik

Endemik ialah penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu, termasuklah dalam skop yang lebih besar seperti sebuah negara misalnya.

Endemik berasal dari perkataan Yunani in+demos yang bermaksud kepunyaan atau berasal daripada sekumpulan manusia di sesuatu tempat khas. Perkataan endemik mula direkodkan pada tahun 1650 sebagai perkataan Inggeris yang dipinjam daripada evolusi perkataan asal indemos yang ketika itu dieja sebagai endemos.

Memandangkan sifat w4bak endemik ialah menjadi ancaman komuniti-komuniti tertentu, hanya beberapa penyakit ketika ini yang dikategorikan sebagai kategori endemik. Contohnya, w4bak demam malaria yang menyerang di sesetengah tempat di benua Afrika.

Tiga negara dunia yang merekodkan w4bak endemik paling tinggi ialah Republik Demokratik Congo, Madagascar dan Peru. Congo diancam w4bak malaria dan demam kuning manakala Madagascar pula berdepan dengan w4bak bubonik. Sementara Peru pula perlu berdepan malaria, demam kuning dan demam denggi.

Epidemik

Epidemik bermaksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik berasal dari perkataan Yunani “epi” + “demos”. Epi bermaksud kelompok tertentu dan demos bererti orang ramai, komuniti, kumpulan.

Perkataan ini mula digunakan untuk merujuk kepada wabak yang melanda sesebuah komuniti oleh orang Yunani sebelum orang Perancis mengubah ejaannya kepada epidemique. Perkataan epidemique ini menjadi asas kepada ejaannya sekarang iaitu epidemik. Istilah ini mula digunakan pada 1600 dan terus digunakan sehingga hari ini.

Contoh epidemik ialah penularan w4bak virus nipah yang melanda beberapa negeri di Malaysia pada tahun 1998 dan 1999 yang membawa kepada 105 kem4tian.

Pandemik

Pandemik pula bermaksud w4bak yang menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

Sesebuah pandemik bermula dari w4bak peringkat epidemik yang merebak terlalu luas sehingga ke tahap tidak lagi terkawal.

Ingin ditegaskan di sini, sekiranya sesuatu w4bak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang satu negara misalnya tetapi berada dalam keadaan terkawal. Maka, w4bak tersebut tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik.

Pandemik berasal dari perkataan Yunani pan+demos yang bermaksud semua orang. Istilah Bahasa Inggeris untuk pandemik diambil dari istilah pinjaman Latin pandemus dengan penghujungnya digantikan dengan akhiran ic pada tahun 1660.

Antara contoh pandemik yang direkodkan dalam sejarah ialah w4bak Antonine/w4bak Galen, w4bak Justinian dan Black Death. Dalam kes wabak Antonine, sejarawan mengemukakan teori wabak tersebut berpunca daripada rubela atau cacar.

Manakala w4bak Justinian dan Black D3ath pula berkongsi punca pandemik yang sama iaitu bakteria Yersinia pestis yang dibawa oleh tikus.

SUMBER

Free Malaysia Today. (2020). Apakah perbezaan istilah wabak pandemik, endemik dan epidemik? https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/10/apakah-perbezaan-istilah-wabak-pandemik-endemik-dan-epidemik/

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.