Oleh: John J. Mearsheimer*

Bangsa menginginkan negara untuk dua sebab, yang pertama adalah penentuan nasib sendiri (self-determination). Seperti mana-mana kumpulan sosial yang besar, bangsa lebih suka menjalankan urusan mereka sendiri dan menentukan nasib diri mereka semampu yang mungkin.

Cara terbaik untuk mencapai matlamat tersebut ialah untuk bangsa mengawal institusi politik yang membentuk kehidupan sehariannya. Di dunia moden, ia diterjemahkan dengan memiliki negara sendiri.

Sudah tentu, bukan semua bangsa dapat memenuhi cita-cita ini, dan bangsa-bangsa yang tidak dapat memiliki negara sendiri tidak semestinya akan lenyap. Seperti mana yang dicatatkan oleh ahli falsafah politik Yael Tamir, “Hak untuk penentuan nasib sendiri boleh direalisasikan dalam pelbagai cara: autonomi budaya, autonomi wilayah, persekutuan, dan perikatan (confederation).”

Tetapi dia mengakui bahawa “negara-bangsa tidak dapat dipersoalkan dapat memastikan tahap autonomi nasional seluas yang mungkin dan jangkauan maksimum bagi kemungkinan untuk menikmati kehidupan nasional.”[1] Bangsa mendorong daripada bawah ke atas untuk menubuhkan negara yang mereka boleh kuasai dan jalankan.

Bangsa-bangsa juga mahukan negara mereka sendiri kerana ini adalah cara terbaik untuk memaksimumkan prospek survival mereka. Bangsa menghadapi pelbagai ancaman terhadap kewujudan mereka, bermula dengan sifat intrusif negara moden.

Negara dinasti tidak banyak campur tangan dalam kehidupan seharian orang-orang di dalam sempadannya.

Negara dinasti kebanyakannya mengutip cukai dan mencari sejumlah kecil orang muda yang mungkin akan berkhidmat dalam tentera. Jika tidak, orang-orang kebanyakannya ditinggalkan sendirian di bawah bidang kuasa kebudayaan dan institusi politik tempatan.

Tetapi, ketika mana negara semakin terlibat dalam kehidupan rakyatnya, ia berubah secara drastik. Negara mempunyai insentif yang kuat untuk membentuk rakyatnya ke dalam sebuah budaya tunggal dengan bahasa yang sama dan sejarah bersama.[2]

Dorongan untuk menyeragamkan budaya ini, yang sinonim dengan pembinaan bangsa (nation-building), memberikan bahaya besar kepada mana-mana kumpulan minoriti dalam negara multinasional, hanya kerana majoriti cenderung untuk memastikan budaya bersama (common culture) yang muncul adalah ditakrifkan oleh bahasa dan tradisi mereka sendiri. Budaya minoriti kemungkinan akan diketepikan dan mungkin juga lenyap.

Seperti yang dinyatakan oleh Walker Connor, negara yang terlibat dalam pembinaan bangsa (nation-building) adalah selalunya dalam urusan penghancuran bangsa (nation-breaking) juga.[3]

Cara terbaik bagi bangsa untuk mengelakkan nasib sedemikian adalah untuk memiliki negaranya sendiri. Logik ini menjelaskan mengapa begitu banyak negara multinasional telah pecah berkecai sejak dua abad yang lalu.[4]

Sebab lain mengapa ahli bangsa-bangsa minoriti bimbang mengenai survival mereka adalah bahawa mereka mungkin boleh terbvnuh dalam p3rang saudara. Satu contoh yang baik ialah penghapusan bangsa (genosid) oleh Hutu terhadap Tutsi di Rwanda pada tahun 1994.

Kempen pembvnuhan terhadap kumpulan minoriti mungkin berlaku untuk beberapa sebab. Ia mungkin didorong oleh kebencian terhadap pengaruh golongan minoriti yang tidak seimbang dalam ekonomi, atau minoriti mungkin dilihat sebagai musuh dalam selimut seperti orang Armenia di Turki semasa P3rang Dvnia P3rtama.[5]

Ia Iadalah sentiasa lebih selamat untuk memiliki negara sendiri daripada mendapat hasil buruk imbangan kuasa dalam sebuah negara multinasional yang tidak terkawal.

Akhirnya, survival nasional adalah perkara yang sangat membimbangkan bagi orang-orang jajahan semasa zaman imperialisme, dan ketakutan terhadap penaklukan memainkan peranan penting dalam menyebarkan sistem negara moden di luar Eropah.[6]

Di antara awal abad ke-16 dengan awal abad ke-20, kuasa dunia Eropah mencipta empayar yang meliputi sebahagian besar dunia. Orang pribumi yang ditakluki oleh empayar-empayar yang luas sekali ini sering melihat budaya mereka dirosak teruk oleh kuasa imperial, empayar yang sering membatasi pendidikan penduduk pribumi, memusnahkan ekonomi mereka, mengerahkan anak muda mereka, merampas tanah ladang mereka.,

Bahkan memaksa penduduk asal ke dalam perhambaan virtual (atau perhambaan sebenar). Penduduk tempatan yang didorong oleh golongan elit mereka akhirnya mula melihat diri mereka sebagai bangsa dan memikirkan mengenai penentuan nasib sendiri. Dalam kebanyakan kes, satu-satunya cara untuk mencapai matlamat tersebut adalah melepaskan diri daripada empayar dan menubuhkan negara-bangsa yang merdeka.

Sebab-sebab yang meyakinkan ini bagi sesebuah bangsa untuk menginginkan negara sendiri telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara-bangsa. Kebalikannya juga adalah benar: negara-negara dinasti mempunyai sebab yang kuat untuk mengubah diri mereka menjadi negara-bangsa, kerana negara mendapat manfaat besar apabila rakyat mereka diorganisasikan menjadi bangsa.

NOTA

[1] Yael Tamir, Liberal Nationalism (Princeton, NJ: Princeton University Press, 1993), hlm. xiv, 74.

[2] Eugen Weber, Peasants into Frenchmen (Stanford, CA: Stanford University Press, 1976).

[3] Walker Connor, “Nation-Building or Nation-Destroying?,” World Politics 24, no. 3 (April 1972): 319–55.

[4] Ianya adalah jelas daripada buku The Art of Not Being Governed oleh Scott bahawa logik yang sama teraplikasi kepada kelompok-kelompok yang tinggal di luar daripada negara dan berusaha untuk menghindari daripada dimasukkan ke dalamnya. Dia menulis: “Di mana mereka boleh. . . semua negara di rantau ini telah cuba membawa orang-orang seperti itu di bawah pentadbiran rutin mereka, untuk menggalakkan dan, lebih jarang lagi, untuk menegaskan penjajaran bahasa, budaya, dan agama dengan populasi majoriti di teras negara “(ms. 12). Jangkauan negara adalah sangat besar hari ini sehingga sangat sedikit kelompok yang terus hidup di luar daripada negara.

[5] Benjamin A. Valentino, Final Solutions: Mass Killing and Genocide in the 20th Century (Ithaca, NY: Cornell University Press, 2004), hlm. 157–66.

[6] Partha Chatterjee, The Nation and Its Fragments: Colonial and Postcolonial Histories (Princeton, NJ: Princeton University Press, 1993); Partha Chatterjee, The Black Hole of Empire: History of a Global Practice of Power (Princeton, NJ: Princeton University Press, 2012

*John Mearsheimer adalah profesor sains politik di University of Chicago dan pengarang buku The Tragedy of Great Power Politics (W.W Norton, 2001) dan The Great Delusion: Liberal Dreams and International Realities (New Haven, CT: Yale University Press, 2018)

Terjemahan: Muaz Malik

SUMBER:
Diolah daripada The Great Delusion (2018)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pelajar agama yang (entah macam mana) minat hubungan antarabangsa. Buat terjemahan berkaitan subjek IR sebagai hobi masa lapang.

Comments are closed.