Korang nyampah dengan pergelutan kuasa? Jijik dengan “realpolitik” yang berprinsipkan “tiada musuh/kawan yang kekal” dan “musuh kepada musuh saya ialah kawan”?

Hok aloh, macam lah korang tak praktik realpolitik dalam real life. Cuba korang tengok geng-geng korang kat office tu, korang berkawan tu sebab ikhlas berkawan ke, ke sebab berkongsi kebencian terhadap officemate yang sama? Korang tak suka anak buah korang sebab dia tak pandai buat kerja, ke sebab korang rasa dia threaten korang?

Politik ni sebenarnya cerminan sifat manusia. Bagaimana rupanya sifat kita, begitulah rupa politik kita.

Perkembangan geopolitik tergempak pada hujung minggu ni sekali lagi membuktikan kebenaran prinsip realpolitik. Malam semalam, US akhirnya memeterai perjanjian perdamaian dengan Taliban di Doha, Qatar bagi menamatkan P3rang Afghanistan, “p3rang terpanjang” dalam sejarah US yang dah berlangsung hampir 19 tahun (sejak Disember 2001).

P3rang Afghanistan ni menelan kos bertrilion-trilion dolar dan beribu-ribu nyawa askar US. So “menamatkan P3rang Afghanistan” menjadi salah satu manifesto Trump. Dulu orang ingat dia sembang je. Obama pun tak mampu, takkan dia mampu. Sekali Trump memang buat betul.

Nampak “surreal” sebab bagi kebanyakan orang, Taliban ialah musuh US yang “fanatik” dan tak boleh bawa bincang. Sekali tengok, dah shake hand dengan US dan sign perjanjian. Dan baru orang tau rupanya ramai anggota Taliban ni fasih Bahasa Inggeris.

Dalam geopolitik (dan juga apa-apa politik), definisi “musuh” ni berubah-ubah ikut keadaan dan keperluan. Pada zaman Bush, Taliban dan apa-apa gerakan “fundamentalis Islam” tu musuh besar US, tapi memasuki pertengahan 2010-an, Taliban dah kira mudarat kecil berbanding Rusia, China dan ISIS. Masuk ke zaman Trump, Taliban dah tak relevan lagi kepada game plan geopolitik US. Sebab tu Trump tak rasa berat hati pun nak menarik keluar tentera US dari Afghanistan.

Yang mewakili US menandatangani perjanjian ialah Zalmay Khalilzad yang lahir di Afghanistan dan merupakan seorang Pashtun (kaum majoriti Afghanistan), sama macam kebanyakan anggota Taliban. Pandai Trump pakai orang. Dengan adanya perjanjian ini, US akan mengundurkan 12,000-13,000 tenteranya di Afghanistan secara berfasa dalam masa 14 bulan, dan US akan tarik balik segala sekatan ke atas Taliban. Sebagai timbal balas, Taliban kena putuskan hubungan dengan Al-Qaeda.

Sanggup tak Taliban? Sanggup. Dulu Taliban dan Al-Qaeda kawan sehidup semati sebab kepentingan yang sama dan personal friendship antara Mullah Omar dan Osama bin Laden. Selepas kedua-dua tokoh ni meninggal (Osama pada 2011, Mullah Omar pada 2013), dua kumpulan ni pun mula membawa haluan masing-masing.

Taliban lebih kepada sebuah persatuan nasionalis Pashtun, bukan macam Al-Qaeda atau ISIS yang mahu melancarkan jihad di seluruh dunia, sebab tu diorang lebih fleksibel dalam hubungan perikatan.

Diorang bangkit sekitar tahun 1994 pun sebab nak menentang kerajaan Afghanistan yang diorang anggap sebagai kerajaan yang didominasi oleh kaum-kaum Tajik dan Uzbek. Selepas Taliban berkuasa pada tahun 1996, kumpulan Tajik dan Uzbek lari ke sebelah utara, sehingga tahun 2001 US datang menjatuhkan Taliban, dan kumpulan Tajik-Uzbek ni mula berkuasa semula.

Tapi kerajaan baharu ni tak mampu jaga kestabilan, tak lama kemudian, sekitar tahun 2006, Taliban pun buat comeback untuk “mempertahankan” hak orang Pashtun dengan melancarkan serangan terhadap kerajaan Afghanistan dan US.

Tapi selepas satu dekad, Taliban ni pun berfikir: daripada hari-hari fight US dan kerajaan Afghanistan, apa kata diorang berunding untuk masuk ke dalam kerajaan Afghanistan. So Taliban dan US deal siap-siap, US akan bertindak sebagai orang tengah bagi perundingan perkongsian kuasa antara kerajaan Afghanistan dan Taliban.

Jadi, tiada musuh atau kawan yang kekal dalam politik. Yang bermusuhan semalam (US dan Taliban), hari ni dah duduk semeja. Yang berjuang bahu-membahu semalam (Taliban dan Al-Qaeda), hari ni dah memutuskan hubungan.

Cuma jangan terlalu idealis, ingat “US undur, rakyat senang”. Orang Afghanistan yang anti-Taliban ni lihat tindakan US cuci tangan akan membolehkan Taliban berkuasa semula, menyebabkan kaum-kaum lain dan wanita hilang hak. Dan selepas US berundur, tiada jaminan bahawa kuasa-kuasa di sekeliling (Russia, China, India, Pakistan, Iran, Uzbekistan, Tajikistan) tak akan campur tangan dalam urusan Afghanistan dan mengucar-kacirkannya.

Daripada salah sebuah negara Muslim yang paling modernized, Afghanistan jadi kucar kacir sejak tahun 1973 apabila Mohammed Daoud Khan, mantan PM dan sepupu Raja Mohammed Zahir Shah menggulingkan raja akibat dendam peribadi.

Tindakan Daoud Khan membuka “Kotak Pandora” pergelutan kuasa yang akhirnya membawa kepada pencerobohan Soviet (1979-1989), p3rang saudara antara mujahideen dan kerajaan komunis (1989-1992), p3rang saudara di kalangan mujahideen (1992-1996), pemerintahan Taliban (1996-2001) dan “Afghanistan Baharu” yang tak pernah stabil (2001-kini).

Memahami realpolitik bukan nak suruh korang pergi join sekali merebut kuasa, tapi dengan memahami realiti politik, kita akan lebih berhati-hati dalam setiap pilihan demi memastikan maslahat yang lebih besar bagi negara dan masyarakat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.