Pada abad ke-20, seorang arkitek dari Jerman bernama Herman Sorgel muncul ke gelanggang dunia antarabangsa membawa sebuah idea baharu untuk menghubungkan dua buah benua, Eropah dan Afrika ke dalam sebuah benua yang baharu di dalam Projek Atlantropa dengan mengeringkan sebahagian laut Mediterranean.
1. Herman mula mempromosikan ideanya ini sejak tahun 1929, dalam sebuah buku tulisannya yang bertajuk ‘The Panropa Project, Lowering The Mediterranean, Irrigating the Sahara’. Pada tahun 1932, Herman telah menukarkan nama projek tersebut dalam sebuah buku baharunya iaitu Atlantropa. Projek Herman ini mendapat perhatian media dan umum sehingga ada yang mengatakan ini sebuah kerja yang gila.
2. Setelah tamatnya PD I, Herman semakin rancak menyebarkan idea Atlantropa dan beliau menyakini projek ciptaannya ini mampu menghalang konflik berdarah yang kemungkinan akan berlaku lagi di Eropah.
Tetapi hasratnya terbungkam setelah meletusnya PD II. Ketika berlakunya PD II, Herman cuba mengambil kesempatan untuk menjual ideanya ini kepada Adolf Hitler. Seiring impian Hitler untuk mewujudkan sebuah wilayah Lebensraum (penguasa tunggal Eropah), projek Atlantropa juga menjadi salah satu sebab Hitler untuk meluaskan kawasan jajahannya di negara-negara yang berada di persisiran Laut Mediterranean.
3. Baik, antara tujuan utama rancangan gergasi Atlantropa adalah untuk membina empangan lautan hidroelektrik yang luas dan membekalkan tenaga elektrik ke seluruh Afrika-Eropah. Kedua, membangunkan sebuah penempatan koloni baharu di persisiran pantai Mediterranean.
4. Projek pembinaan empangan lautan ini akan dibina di tiga buah kawasan yang berbeza yang mana ketiga-tiga kawasan ini masih berada di wilayah Mediterranean iaitu:
a. Empangan utama di Selat Gibraltar, Sepanyol.
b. Empangan kedua di Selat Dardanelles, Turki.
c. Empangan ketiga di Sicily, Itali.
5. Empangan utama di Selat Gibraltar dibina untuk memisahkan Lautan Atlantik dengan Lautan Mediterranean.
6. Empangan kedua di Dardanelles pula dibina untuk mengehadkan aliran air Laut Hitam ke Laut Mediterranean.
7. Empangan ketiga di Sicily yang dibina diantara negara Itali dan Tunisia akan berfungsi sebagai sebuah empangan pemisah diantara lautan Mediterranean barat dan timur.
8. Jadi, apabila empangan Gibraltar dibina, ia akan menyekat aliran air laut dari Lautan Atlantik memasuki Mediterranean. Apabila ia disekat, Herman menjangkakan air lautan kawasan barat Mediterranean akan dikurangkan ke paras 100 meter.
9. Empangan kedua di Sicily-Tunisia pula bertindak sebagai tembok pemisah diantara Mediterranean barat dan timur.
Tenaga elektrik yang akan dihasilkan daripada empangan Gibraltar dianggarkan setinggi 50,000 megawatt. Dua empangan lain, Dernelles dan Sicily pula dianggarkan setinggi 100,000 megawatt.
10. Empangan ketiga di Dardanalles akan menyekat aliran air laut dari Laut Hitam dan kawasan air laut di timur Mediterranean akan disurutkan sehingga ke paras 200 meter.
11. Setelah kedua buah kawasan laut Mediterranean ini disurutkan, maka akan timbulkan daratan baharu di sepanjang persisiran pantainya yang berada di benua Afrika dan Eropah. Daratan baharu inilah yang bertindak sebagai rancangan kolonisasi Eropah di Mediterranean. Daratan baharu ini berkeluasan 576,000 km persegi.
12. Tetapi, idea Herman hanya tinggal impian semata-mata kerana sehingga ke tahun 1952, tiada seorang pun yang mahu mewujudkan projek tersebut. Herman meninggal dunia bersama mimpinya ini pada usia 65 tahun pada tahun 1952, setelah mengalami kemalangan. Sepanjang hayatnya, Herman menghabiskan sisa hidupnya mempromosi idea Atlantropa.
13. Kenapa idea Herman ini tidak disambut baik dan dikuburkan begitu sahaja? Ada beberapa sebab mengapa projek Atlantropa tidak dilaksanakan iaitu:
a. Tiada bekalan konkrit pada waktu itu yang mampu dibekalkan untuk membina ketiga buah empangan gergasi tersebut.
b. Kos pembinaan yang terlampau mahal dan memakan tempoh waktu yang sangat lama. Bayangkan, untuk membina empangan Gibraltar sahaja, diperlukan tapak berkeluasan 2.5 km dan tinggi empangan mencapai 300 meter.
Diperlukan masa selama 10 tahun untuk dibina dengan menggunakan tenaga kerja manusia seramai 200 ribu orang yang mana ia dibahagikan kepada empat waktu bekerja tanpa henti.
Empangan Gibraltar akan dipantau oleh sebuah menara yang berketinggian 400 meter. Herman pula menjangkakan, projek ini akan mengambil masa selama 150 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
c. Kesan PD II yang menyebabkan beberapa negara yang terlibat dalam peperangan, sibuk memperbaiki kembali ekonomi yang merundum dan membangunkan aset pertahanan negara yang banyak musnah dalam PD II.
d. Bandar-bandar di Eropah dan Afrika yang bergantung kepada jalur Laut Mediterranean akan mengalami kesan yang buruk jikalau lautannya disurutkan. Bayangkan, bandar A berada 1 km di tepi pantai, secara tiba-tiba air lautnya disurutkan. Lalu setelah itu, jarak diantara bandar A ke persisiran pantai baharunya akan menjangkau jarak sehingga 10 km jauhnya.
e. Daratan baharu yang akan muncul di persisiran pantai Mediterranean tidak sesuai untuk aktiviti agrikultur kerana bekas tanahnya yang mengandungi kandungan garam yang terlalu tinggi.
f. Apabila ketiga empangan ini dibina, maka paras air laut di lautan lain akan meningkat mendadak lalu akan tenggelamnya beberapa kawasan dan persisiran pantai yang berada di lautan lain.
Apabila dilihat semula, kesan buruk lebih banyak daripada kesan baik di dalam projek Atlantropa. Sebab itulah, tiada siapa yang mahu mengambil bahagian di dalam projek gila Herman tersebut. Jikalau projek ini berjaya dilaksanakan, kemungkinan benua Eropah dan Afrika pada masa sekarang dikenali sebagai Atlantropa.
Projek Atlantropa ini menyamai seperti Projek Lautan Sahara. Tiada kebaikan, melainkan keburukan untuk menghancurkan tatanan alam semulajadi.
RUJUKAN:
1. The Bonkers Real-Life Plan to Drain the Mediterranean and Merge Africa and Europe, Atlas Obscura.
2. Atlantropa – One of the Missed Opportunities of the Future oleh Ricarda Vidal.
3. The Palgrave Dictionary of Transnational History: From the mid-19th century to the Present Day oleh Akira Iriye dan P. Saunier.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih