Dalam dunia hari ini, telefon bimbit dan manusia tidak boleh dipisahkan, ibarat irama dan lagu. Dan bila kita jumpa jenis telefon bimbit yang kita suka, sukar untuk kita melepaskannya walaupun selepas ia mencapai tahap ‘peak phone’ iaitu telefon tersebut sudah mencapai kemampuan maksimum yang ditetapkan. Apa guna berbelanja lebih untuk membeli telefon baru yang mempunyai kualiti pemproses atau kamera yang lebih baik berbanding telefon kita sekarang? Ya, telefon bimbit lama ada banyak isu untuk mendorong kita menggantikannya seperti isu bateri dan ruang memori. Ada juga yang menggunakan alasan estetik di mana mereka sudah bosan dengan telefon dimiliki dan mahu telefon baru. Jangan risau, saya ada beberapa tips untuk menjadikan telefon lama anda nampak baru dan lebih baik dari sebelumnya.

  • Gantikan bateri lama dengan bateri baru.

Sesebuah telefon akan menunjukkan usianya menerusi kapasiti bateri. Kenapa? Sebab ada sesetengah masa, kita perlu kerap mengecas bateri dan bagi telefon bimbit yang berusia lebih dari setahun, ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Lambat-laun bateri tersebut akan hilang kapasitinya dan tidak ada jalan singkat untuk atasi perkara ini.

Makanya, penggantian bateri lama dengan bateri baru dilihat dapat menjadikan telefon bimbit tersebut nampak baru walaupun ada sesetengah bateri dipateri terus pada telefon. Tiada masalah melakukannya secara bersendirian tetapi nasihat saya, minta bantuan profesional. Hantar ke mana-mana kedai yang membaiki telefon bimbit yang punya reputasi bagus dan ada bateri yang boleh diharapkan untuk menggantikan bateri tersebut. Beberapa pakar menceritakan kos penggantian bateri sebenarnya jauh lebih murah daripada membeli telefon baru.

  • Beli sarung telefon bimbit baru.

Saya tahu ramai akan kata mustahil sesebuah sarung telefon bimbit akan mengubah persepsi kita berkenaan telefon lama tetapi hakikatnya, ia boleh. Selain dapat melindungi telefon kita daripada rosak, ia sebenarnya mengubah rupa telefon tersebut kepada lebih baik. Ya, ada kata ia takkan ubah hakikat telefon tersebut telefon lama tetapi sekurang-kurangnya, anda tidak akan rasa bosan setiap kali melihatnya. Malah, anda boleh saja bagi sentuhan peribadi dengan menggunakan logo-logo tertentu seperti kelab bola sepak atau pasukan besbal pada sarung tersebut.

  • Tukar pelancar telefon.

Kita pasti rasa bosan tengok pelancar sama setiap kali kita menggunakan telefon bimbit. Jangan risau, ada solusi kosmetik untuk menyegarkan kembali pelancar anda. Bagi pengguna Android, terdapat banyak tema dan pelancar bagus untuk menyegarkan antara muka pengguna (user interface). Contoh, jika anda peminat rupa Windows Mobile, anda boleh saja menggunakan aplikasi SquareHome 2 untuk mendapat rupa tersebut. Sementara aplikasi Nova Launcher pula menawarkan beribu-ribu tema dan ikon untuk jenis user interface yang anda mahukan.

Bagi pengguna iPhone, agak sukar untuk melakukan perkara tersebut melainkan anda melakukan ‘jailbreak’. Sekurang-kurangnya, anda boleh memilih tema dan wallpaper berbeza selain menyusun semua ikon dalam fail, sebarang perkara yang boleh membuatkan telefon tersebut kelihatan baru.

  • Tambah aksesori baru.

Salah satu cara untuk menjadikan sesebuah telefon itu baru ialah menambah aksesori pada telefon. Anda boleh saja ubah cara memegang telefon dengan meletakkan kulit atau getah dengan aksesori seperti Ninja Loop. Atau anda boleh juga meletak pemegang telefon pada papan pemuka kereta di mana ia boleh dilihat dari paras mata.

  • Tambah storan baru.

Antara alasan yang kita selalu dengar ialah kehabisan ruang stor untuk memori. Jangan bimbang, anda boleh saja gunakan storan secara luar. Anda boleh saja menggunakan hub media tanpa wayar untuk melayari muzik, video dan sebagainya menggunakan telefon tanpa perlu bimbang akan kehabisan ruang memori telefon. Hub sebegini boleh didapati dalam bentuk kad SD, flash drive atau hard drive dan sesetengah daripadanya turut dilengkapi dengan pengecas telefon sekiranya masih berhadapan dengan isu bateri.

  • Cuba ciri lama yang dilupakan.

Ada satu masa bila kita beli telefon baru, ada beberapa ciri yang ditawarkan pengeluar yang tidak sesuai dengan citarasa kita. Maka pada ketika itu, kita mematikan fungsi ciri tersebut dan melupakannya. Tetapi tahukah anda, ciri-ciri ini sebenarnya boleh membuatkan telefon tersebut seperti telefon model baru. Ada sesetengah telefon menawarkan ciri menjejak tahap kecergasan anda seperti FitBit. Ada juga menawarkan kemudahan membayar seperti Android Pay atau Apple Pay. Ciri kemudahan pembayaran ini mungkin agak leceh dan masih baru di Malaysia tetapi jika dapat dikuasai dengan baik, ia boleh membantu poket anda untuk jangka masa panjang. Pendek cerita, cuba aktifkan semula ciri telefon yang dimatikan dan bereksperimen. Tengok ciri mana yang sesuai dengan citarasa anda. Siapa tahu, ia sebenarnya menjadikan telefon anda nampak baru seperti mana yang anda beli tidak lama dahulu.

Semak kemaskini dalam  telefon bimbit anda.

Kadang-kadang kita rasa terganggu dengan pesanan dari telefon bimbit untuk menaiktaraf perisian kepada versi baru. Tetapi penaiktarafan ini sebenarnya membantu telefon kita jadi lebih bagus daripada sebelumnya. Antara item yang boleh dinaiktaraf ialah firmware bagi Android atau iOS. Mengapa kita perlu melakukannya? Ada kalanya kita tidak sedar peranti kita masih menggunakan versi ‘firmware’ yang lama, contohnya Android versi 4.2.2 Jellybean(lama) boleh dinaiktaraf ke versi 5.1.1 Lollipop yang lebih baru dan membuatkan peranti anda lebih lancar. Setiap peranti berbeza sokongan naiktaraf jadi anda harus periksa sendiri apa versi Android yang disokong peranti anda.Pergi ke Settings> About Device> Check Updates untuk mendapatkan kemaskini peranti anda.

Sumber: 

Broida, Rick. (2017). CNET.com. 6 ways to make your old phone feel like new. https://www.cnet.com/how-to/make-your-old-phone-feel-like-new/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply