Adakah anda pernah diejek, dihina dengan isyarat jari tengah oleh orang lain samada secara gurauan atau untuk mencetuskan perg4duhan? Atau anda sendiri pernah melakukan nya kepada orang lain? Tahukah anda sebenarnya isyarat yang anda lakukan itu memiliki istilahnya yang tersendiri iaitu dinamakan sebagai Digitus Impudicus. Namanya macam menarik, tapi tetap kurang ajar. Justeru, kurangkanlah atau jangan sesekali melakukan aksi yang boleh mengundang perbalahan sia-sia ini. Baiklah, selamat membaca!
Seperti yang kita semua tahu, menunjukkan isyarat jari tengah kepada orang lain adalah satu perbuatan b!adap yang boleh menyebabkan pergaduh4n kerana dianggap sebagai perbuatan yang mengh!na, tetapi dari mana bermulanya budaya negat!f sebegini? Sekiranya isyarat ibu jari adalah berasal dari tradisi perl4wanan Gladiator semasa era Rom Purba, adakah jari tengah juga dari tamadun yang sama?
Memang banyak teori dan versi mengenai asal usul simbol jari tengah yang lazimnya menjadi simbol pengh!naan di mana-mana sahaja pada zaman sekarang. namun rekod yang terawal ditemui adalah dari tamadun Yunani Purba.
Namun berdasarkan siasatan terperinci oleh BBC, manusia telah melakukan isyarat tidak sopan itu antara satu sama lain sejak awal kewujudan tamadun di Barat. Menurut lagenda sejarawan Rom, Tacitus menulis tentang suku kaum Jerman memberi isyarat jari tengah untuk melancarkan s3rangan terhadap tentera Rom. Dalam perspektif garis masa yang berbeza iaitu jauh lebih awal sebelum itu, orang Yunani menggunakan jari tengah sebagai simbol luc4h yang menggambarkan alat kelam!n lelaki.
Sehinggalah pada lewat zaman pertengahan, isyarat jari tengah dianggap perbuatan biad4p, mungkin kerana Gereja Katolik tidak setuju dengan pembawaan maksud s3ksualnya lalu ia secara tidak langsung menjadi sebuah isyarat tangan yang rahsia dan diamalkan secara tersembunyi samada untuk meny3rang mana-mana individu atau mencabar pihak lain untuk beradu kuasa.
Dengan pr0vokasi seperti itu, tidak syak lagi bahawa jari tengah tetap menjadi salah satu cara yang paling jelas dan paling k4sar untuk menyatakan rasa tidak puas hati atau sebagai cabaran terhadap orang lain. Berikut adalah beberapa teori lain yang masih wujud untuk menceritakan penggunaan isyarat jari tengah sejak awal ketamadunan manusia berdiri.
Tamadun Yunani Purba
Menurut ahli antropologi, isyarat ini telah wujud selama lebih dari 2000 tahun. Dari zaman Yunani purba terdapat rekod teks kuno yang dipercayai sebagai rekod terawal ditemui mengenainya. Ia menceritakan kisah seorang penulis drama bernama Aristophanes dalam karya berjudul The Clouds, terdapat frasa yang membuat perumpamaan k4sar menyamakan jari tengah dengan z4karnya. Sejak itu, dalam budaya Yunani, isyarat jari tengah dikenali sebagai pengh!naan paling kurang ajar, dan tidak boleh dipandang ringan.
Tamadun Rom
Tamadun Rom mengadaptasi gerakan luc4h ini dari orang Yunani. Maharaja Rom bernama Caligula merupakan seorang maharaja yang terkenal dengan sikap parano!d beliau. Gemar melakukan kezal!man dan sangat pelik bila melakukan sesuatu perkara, contohnya, dia pernah memerintahkan orang bawahan atau rakyat kelas rendah supaya mencium jari tengahnya dan bukan seperti kelaziman tradisi raja-raja lain yang perlu dicium samada di tangan, cincin di jari atau mencium bahagian paling bawah pakaian/mantel Raja.
Malahan, Caligula juga dikatakan dibvnuh oleh orang suruhannya sendiri yang bernama Cassius kerana dendam terhadap perbuatan Caligula itu yang dianggap telalu merendah-rendahkan dirinya. Oh ya, istilah ‘digitus impudicus’ juga sebenarnya datang dari tamadun Rom yang bermaksud jari yang tidak senon0h atau bi4dap.
Pert3mpuran Agincourt 1415
Beberapa sarjana dan ahli sejarawan yang masih berbeza pendapat dan membahaskan asal usul gerakan jari tengah mendakwa bahawa ia pertama kali dipaparkan semasa pert3mpuran Agincourt pada 1415, namun dakwaan ini dianggap sebagai mitos.
Kisah itu diceritakan bahawa tentera Inggeris mengangkat jari mereka sebagai tanda penghin4an kepada tentera Perancis yang telah mengancam untuk memot0ng dua jari pertama pemanah Inggeris sekiranya berjaya ditangk4p. Pertempvran Agincourt pada 1415 merupakan salah satu siri pert3mpuran kecil dalam P3rang 100 Tahun Anglo-French.
Epigrammata Abad Pertama
Dalam karya Epigrammata Abad Pertama oleh penyair Latin, terdapat satu karekter sampingan yang selalu bersikap sombong dan berbangga dengan kesihatan dirinya yang baik bertenaga. Kemudian diceritakan bahawa dia telah menunjukkan jari ‘yang tidak senonoh’ terhadap tiga orang doktor sebagai tanda penghinaan bahawa dia tidak memerlukan doktor untuk hidup.
Akhir Abad Ke-19 Di Amerika Syarikat
Thomas Conley, seorang profesor emeritus komunikasi dan klasik di University of Illinois, yang menulis tentang retorik penghinaan mengatakan budaya jari tengah mungkin tiba di Amerika Syarikat melalui pendatang yang bermigrasi daripada Itali.
Sebuah kisah telah didokumentasi kan di Amerika Syarikat seawal tahun 1886, ketika seorang ‘pitcher’ untuk pasukan besbol Boston Beaneaters yang bernama Charles Radbourn telah menunjukkan simbol tersebut semasa sesi mengambil gambar secara berkumpulan bersama pasukan lawan New York Giants.
Isyarat Jari Tengah Terawal Dalam Filem
Manakala, Harold Lloyd seorang pelakon ternama dalam filem bisu klasik, mungkin merupakan individu pertama yang menayangkan isyarat jari tengah di dalam sejarah industri perfileman dunia. Ia berlaku lebih kurang sekitar minit ke 24 di dalam filem yang ditayangkan pada tahun 1928 itu. Filem itu bertajuk “Speedy,” Lloyd menunjukkan isyarat lucah terhadap dirinya sendiri melalui sebuah cermin di Luna Park, Coney Island.
Halaman Wikipedia filem tersebut mendakwa bahawa babak itu adalah contoh yang paling awal kemunculan isyarat luc4h dalam gambar bergerak. Wikipedia tidak sertakan sebarang rujukan tetapi setakat ini masih tiada filem lain yang membuat klaim atau mencabar dakwaan tersebut untuk menjadi yang terawal.
Di dalam babak berkenaan, Lloyd memberikan isyarat jari tengah apabila mengetahui bahawa pakaiannya telah k0tor selepas dia bersandar pada pagar yang basah.
RUJUKAN:
Todayifoundout.com
Steemit.com
BBC
WIKIPEDIA (ya, sengaja ditulis huruf besar)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih