Mahasiswa menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi ke-4 bererti penuntut (pelajar) di universiti. Namun jika diteliti secara harfiah, sebenarnya perkataan mahasiswa terdiri daripada dua suku kata. ‘Maha’ yang membawa maksud besar dan berkuasa, dan ‘siswa’ yang merujuk kepada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi.

Maka ia dilihat sebagai satu “kelompok” yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan peluang untuk menuntut di institusi pengajian tinggi tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berpaksikan kapasiti intelektual minda yang dimiliki oleh mereka.

Kalau direnung semula sejarah gerakan mahasiswa di Malaysia ia tidaklah terhad di kampus atau di bilik kuliah semata-mata. Namun, kemampuan untuk berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling sangatlah dituntut supaya sentiasa cakna dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Amat malang jika kehidupan seseorang mahasiswa itu seperti kera sumbang atau seperti katak di bawah tempurung sedangkan media sosial telah bergerak pantas melangkaui fikiran kita.

Kita sebagai mahasiswa di era Malaysia Baru wajar menjadikan idola Ummah kita iaitu ar- Rasul sebagai panduan utama kita. Oleh itu, jika terdapat sesuatu kejanggalan dalam masyarakat kita yang merobek kehidupan bermasyarakat serta tuntutan-Nya, dengan kekuatan intelektual yang ada serta kebebasan bersuara yang diperuntukkan maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengislahkannya sehingga menjadi perubahan positif.

Seterusnya, mahasiswa masa kini perlu menjadi benteng hadapan dalam mempertahankan hak hak agama serta bangsa kerana sudah maklum bahawa kita semua bakal memimpin tanah air tercinta ini sekaligus menjadi wadah untuk mahasiswa membuktikan jati diri serta perjuangan yang dimiliki sejak di alam menara gading. Kadang perlakuan mahasiswa di era sekarang agak melampau dek kerana terlalu mementingkan kebebasan bersuara sehingga menampakkan kebiadapan terhadap pengurusan universiti.

Baru baru ini, Malaysia dikejutkan dengan keberanian beberapa pimpinan mahasiswa bukan Melayu yang amat lantang dan vokal dalam membangkitkan isu isu yang agak sensitif seakan mahu menjolok sarang tebuan dengan cuba menganggu gugat keharmonian yang sedang kita nikmati sekarang. Mahasiswa Universiti Awam khususnya di universiti yang terkenal dengan kilang anak watan yang hebat sepatutnya bertindak matang dan bersikap rasional atas sesuatu isu.

Sebagai pimpinan mahasiswa, mereka sepatutnya menjadi orang tengah dalam memastikan kedamaian negara dan perpaduan kaum dapat dieratkan bukannya kelakuan jelek yang menunggang istilah kebebasan bersuara tetapi mencalarkan imej baik universiti itu sendiri. Semua rakyat Malaysia khususnya mahasiswa yang mempunyai daya intelektual yang tinggi sewajibnya menghormati Perlembagaan sebagai panduan beretika agar mahasiswa berbicara dengan berhemah serta berakhlak dalam mengulas sesuatu isu yang berbangkit.

Jelaslah, ilmu yang diperoleh oleh mahasiswa wajar dimanfaatkan sebaiknya untuk menjadi seorang mahasiswa yang berwibawa serta holisitik. Sememangnya mahasiswa merasakan kerajaan Pakatan Harapan ini bersifat bebas maka digunakan alasan sebegitu untuk memanifestasikan ketidakpuashatian dengan kaedah yang cukup tidak matang.

Mahasiswa jika mahu menjadi “rebel” sekalipun biarlah kena dengan gayanya seperti turun di jalan raya bukan di platform istiadat konvokesyen yang penuh dengan adat rasminya. Kadang ilmu yang ada perlulah diring dengan adab dan akhlak yang cantik agar ia menjadi kosmetik kepada mahasiswa yang kompeten.

Tegasnya, benar rasis itu tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke menara gading namun strategi penentangan biarlah cerdik setara dengan ilmu yang dibelajar dari bilik kuliah, para pensyarah dan aktiviti sekeliling. Mahasiswa zaman kini gemar melakukan sesuatu yang luar  dari kebiasaan. Namun, biarlah berpandukan adab dan moral agar masyarakat luar tidak memandang remeh tentang peranan mahasiswa. Peranan media patutnya dimanfaatkan sekaligus menjadi senjata utama dalam mengulas sesuatu isu selaras dengan kebijaksanaan mahasiswa.

Akhir kalam, zaman mahasiswa adalah zaman kita membina fikrah dan idea bagi merangsang idea idea segar supaya pembinaan sebuah negara bangsa dapat dikecapi, Diharapkan mahasiswa tanpa mengira warna kulit dan latar belakang fahaman politik usahlah membutakan mata serta hati tentang budaya dan tatatusila agar tiada lagi peristiwa kurang adab yang mencalarkan imej mahasiswa serta memalukan Universiti.

Artikel sumbangan Abrar Sadiq untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.