Syeikh Ahmad Deedat dikenali sebagai pendebat yang ulung dalam sejarah bidang perbandingan agama. Anaknya Yousuf Deedat menggelarnya sebagai “lion of the stage”. Walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik di mana-mana universiti, itu tidak menghalang Deedat untuk menjadi pendebat yang paling tajam dan ber’style’. Yang mampu mematahkan hujah lawannya yang mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi daripadanya.

Jika kita menonton kembali video Deedat di alam maya, kita akan dapat melihat seorang lelaki tua sedang berpidato atau berdebat dihadapan ribuan hadirin dengan menggunakan lenggok suara yang memukau dan hujah-hujah yang mampu membuat kita terpaku dan terpesona. Deedat seorang pendebat yang lancar dan mampu berdialog dan bermonolog dengan sangat baik. Dalam pada usianya 77 tahun, beliau masih gagah bersuara lantang dan berdiri berjam-jam menjadikan beliau menguasai pentas dan menenggelamkan lawannya. Dengan gerak tangan, lontaran suara, cara menyemak rujukan hatta cara berdiri membuatkan dirinya menjadi jaguh orator terulung yang menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya.

Lawan debat Deedat bukanlah calang-calang orang. Antara debat yang popular dan masih lagi diingati sehingga sekarang ialah debatnya dengan Kristian ‘televengelist’, Jimmy Swaggart pada 1986. Dan debat ‘Is Jesus God?’ dengan Dr Anis Shorros yang dianjurkan di Royal Albert Hall London.

Nelson Mandella pernah menceritakan tentang kehebatan Deedat semasa hayatnya. Dimana-mana pun beliau pergi, Presiden Afrika Selatan itu akan dihujani dengan soalan berkenaan dengan Deedat. Yousuf Deedat pernah mengingati peristiwa tersebut. Katanya,

“When he met youngsters, they all used to ask him: Mr Mandela, how is Sheikh Deedat? And when he went on television interviews, the first question the presenter would ask is: How is Sheikh Deedat in South Africa?”

Kehidupan Awal

Deedat dilahirkan di Surat India pada tahun 1918. Bapanya seorang penjahit telah bermigrasi ke Durban, Afrika Selatan pada 1927. Pada usia mudanya, Deedat seorang yang cemerlang dalam pelajaran tetapi kesusahan hidupnya memaksa beliau berhenti Sekolah lalu bekerja seawal usia 16 tahun.

Semasa bekerja, beliau sering diganggu oleh mubaligh Kristian yang menyerang Islam dengan kata-kata kesat. Ini membuatkan timbul keinginan dan minat yang berputik dalam jiwa Deedat untuk mencari kebenaran untuk menjawab tohmahan yang pernah didengarinya.

Mendirikan As Salam dan IPCI

Dengan semangatnya untuk menyebarkan kebenaran Islam, Deedat  bersama dengan sekumpulan kawan-kawannya telah memimpin sebuah kelas mempelajari kitab Bible. Beliau telah mendirikan As-Salaam, sebuah institusi untuk para pendakwah membuat latihan. . Pada 1957,  Deedat mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan memimpinnya sehingga tahun 1996.

Izhar Ul Haq mengubah karier Deedat

Deedat telah membaca kita Izhar Ul Haq karangan Maulana Rahmatullah Kairanawi. Melalui kitab ini, beliau mendapat hala tuju dan matlamat hidupnya. Kitab ini memberi dorongan kepada Deedat untuk mengetahui dengan lebih mendalam dalam bidang ‘comparative religion’. Sejak itu, atas minat yang mendalam. Beliau mengambil masa 40 tahun mendalami pelbagai ilmu sehingga menjadi pemidato dan pendebat yang dijemput timur dan barat. Walaupun mempunyai latar belakang hidup yang miskin, itu langsung tidak memutuskan semangatnya untuk menimba ilmu atas semangat dan dorongan untuk menyebarkan kebenaran. Beliau pernah mendapat anugerah khas Raja Faisal pada 1986 atas sumbangannya dalam dunia dakwah selama 50 tahun.

Pendekatan yang ‘Keras’ dalam debat.

Sebahagian orang mungkin tidak selesa dengan pendekatan Deedat yang disifatkan terlalu keras. Bagi yang sering mengikuti ceramah dan debat oleh Deedat akan mendapati Deedat sering menggunakan perkataan seperti ‘monkeys’ dan selalu menggunakan nada suara yang tinggi. Deedat sedar akan hakikat itu telah menyatakan bahawa itu memang pendekatan yang digunakannya untuk menjawab tohmahan dan kritikan tidak berasas terhadap Islam.

Melahirkan Dr Zakir Naik

Dr Zakir Naik dalam ceramahnya tidak malu untuk mengakui bahawa jika tidak kerana Deedat, beliau tidak akan menjadi seperti dirinya sekarang. Zakir yang pernah menjadi pemandu kepada Deedat telah meninggalkan dunia perubatan yang diminatinya kerana terpengaruh dengan gerakan dakwah yang dipelopori oleh Deedat. Hasilnya, Dr Zakir Naik telah menjadi seorang pendakwah sepenuh masa yang tersohor kini dan digelar ‘Deedat Plus’ kerana tidak hanya berupaya berdebat dengan pendakwah Kristian tetapi mampu berdebat dengan agamawan Hindu dan golongan Ateis.

Kematian Deedat

Sejak tahun 1996, aktiviti dakwah Deedat terhenti apabila beliau telah menderita penyakit Strok. Beliau telah menghabiskan hayatnya di atas katil selama 9 tahun di kampung halamannya Afrika Selatan. Ketika itu, beliau menerima banyak sokongan dan lawatan daripada seluruh pelusuk dunia atas tanda terima kasih kepada gerakan dakwahnya. Pada usianya 85 tahun, Deedat menghembuskan nafas yang terakhir di kediamannya pada tanggal 8 Ogos 2005.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Faizal Bin Basir. Anak muda kelahiran Tanjong Malim Perak ini merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Comments are closed.