Secara teorinya tidak, CPU mengekalkan kemampuan memproses data sehingga suatu hari pengguna memberhentikan pengunaannya dan dinyah aktifkan secara tetap.
Apa yang berlaku adalah keperluan perisian meningkat, sehinggakan satu tahap pembangun perisian mengambil kelebihan pada kemajuan teknologi pada CPU dan grafik. CPU yang ketinggalan zaman terpaksa bekerja keras untuk memproses maklumat untuk perisian yang lebih terbaru, sampaikanlah satu tahap kehendak perisian itu menjadi terlalu tinggi untuk ditampung CPU berkenaan.
Kebiasaannya, penggunaan CPU yang berpanjangan akan menyebabkan kerosakan pada skala atomik mahupun mikro. Kebiasaannya, jangka-hayat transistor silikon untuk CPU pengguna adalah 20 ke 30 tahun sebelum menemui kegagalan, dan bukanlah didalam masa 3 ke 4 tahun. Menjelang usia berkenaan, CPU itu telahpun ketinggalan zaman dan tidak mampu menampung beban pemprosesan data yang lebih moden (kerana ketinggalan zaman).
Sebagai contoh, CPU yang dicipta pada tahun 1970-an tidak berupaya memproses data maklumat pada zaman moden sepertimana CPU moden mampu lakukan). Tapi bagaimanakah kerosakan cip dapat diketahui walaupun tidak perlu di uji selama 30 tahun? Cip CPU diuji oleh pengilang CPU dengan dikenkan daya kerja yang tinggi dari keadaan normalnya.
(Kepanasan, tahap frekeunsi kira-kerja CPU berkenaan di uji ke tahap maksimum kemampuan CPU tersebut) dan segala pemboleh-ubah dan data kegagalan yang direkod dan dianggarkan untuk mengetahui kebarangkalian CPU itu mengalami kegagalan sewaktu ia di uji.
Di dalam wafer CPU yang dihasilkan terdapat berjuta hingga berbilion transistor yang teramat halus, dari mikrometer ke nanometer. Transistor ini dihasilkan di dalam sebuah kilang penghasilan cip yang persekitarannya yang jauh lebih bersih berbanding dewan bedah hospital. Ini kerana sekecil-kecil zarah habuk mampu merosakkan penghasilan sesebuah cip CPU yang mahal.
Keadaan steril ini menunjukkan begitu terperincinya kawalan kualiti persekitaran kilang penghasilan CPU penghasilan CPU untuk mengurangkan kerosakan pada cip sewaktu penghasilan. Wafer silikon yang menghasilkan CPU ini hendaklah bebas dari sebarang habuk yang bakal merosakkan dan menyebabkan penurunan prestasi apabila CPU telah siap dihasilkan dan dijual kepada pembeli. Ini adalah satu kaedah untuk mengurangkan kecacatan sewaktu penghasilan (manufacturing defect).
Setiap data yang diproses oleh mempunyai elektron yang halus berkelajuan tinggi yang akan berulang-alik melengkapkan kitaran kiraan kod binari. Sesetengah pengguna komputer pasti cuba akan menguji keupayaan CPU mereka dengan melakukan “Over-Clocking”.
Keadaan ini pasti meningkatkan penghasilan haba berlebihan kerana bilangan elektrik yang digunakan meningkat serta elektron didalam litar cip pemproses menjadi lebih pantas, ini akan merosakkan litar didalam cip CPU tersebut lama-kelamaan jika dibiarkan berfungsi melebihi had haba yang yang ditetapkan pengilang CPU.
Kerosakan akibat “electromigration” ini akan menyebabkan kerosakan sambungan litar didalam CPU jika CPU beroperasi pada suhu yang panas. Walaupun CPU tidak mempunyai bahagian yang bergerak, selain dari kipas penyejuk pada “heat-sink” CPU, CPU mempunyai litar halus yang boleh rosak akibat kepanasan dan peningkatan voltan serta perubahan suhu secara mendadak. Katakanlah, setahun pengunaan komputer yang sangat intensif lalu tahap “kesihatan” litar didalam CPU tersebut menjadi merosot dan hanya membenarkan sedikit elektron melaluinya memandangkan laluannya menjadi berkurangan akibat penguraian kualiti litar.
Malahan, Kipas penyejuk yang tidak diselenggara menyebabkan pengumpulan habuk pada bilah kipas, mengurangkan keberkesanan kipas penyejuk untuk menyejukkan CPU lalu mengurangkan prestasi CPU yang asal didalam usaha mengelakkan CPU menjadi terlalu panas. Ini memberi persepsi bahawa CPU telah tua dan makin perlahan.
Selain itu, antara salah satu penyebab kegagalan adalah cara pendawaian litar cip CPU dipakej sewaktu ia dikilangkan,mungkin terdapat beberapa bahagian yang mungkin terlepas pandang sewaktu cip dihasilkan. Namun, cip pemproses (CPU) moden mempunyai jangka-hayat selama 3 ke 4 tahun sebelum ia menjadi tidak praktikal untuk kegunaan perisian dan peranti masa akan datang mahupun kerana mengikut “Moore’s law”
Kelajuan asal CPU disetkan oleh pengilang itu sendiri, dan CPU yang disetkan kelajuannya oleh pengilang itu akan beroperasi selaju mana seperti yang ditetapkan oleh pengilang. Namun jangka-hayat mungkin berkurangan jika pengguna melakukan “over-clocking” dengan salah.
Ini akan menyebabkan CPU menjadi tidak stabil, dan menyebabkan perbezaan tinggi pada signal maklumat yang dihantar di dalam CPU yaang menjurus kepada masalah “crash” pada komputer pengguna, dengan begitu banyak sekali masa yang diambil untuk sesebuah Cip CPU melengkapkan kiraan maklumat dan algoritma, ini membawa kepada ketidak-stabilan CPU berkenaan.
Namun, sebelum sempat CPU itu rosak, terdapat komponen lain didalam komputer yang akan rosak dahulu sebelum CPU, selalunya pemacu keras (Hard Disk) kerana “Bad-Sectors” akibat cara menutup computer yang salah apabila pengguna terus menutup suis komputer dan unit bekalan kuasa (PSU) ataupun sambungan kapasitor yang rosak pada papan induk (motherboard) akibat panas melampau ataupun kerosakan sewaktu penghasilan papan induk itu sendiri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih