Alang-alang di FB banyak cerita tentang liwat, jadi saya ingin membuat perkongsian tentang jenayah liwat dan prosedur perbicaraannya berdasarkan Hukum Kanun Melaka.

Hukum Kanun Melaka adalah satu sumber primer tentang Melaka yang sangat menarik perhatian saya. Apabila menelusuri Hukum Kanun Melaka, maka saya menolak mentah-mentah banyak gambaran salah yang dipaparkan dalam filem-filem dan beberapa buku sejarah tentang suasana zaman Kesultanan Melaka.

Sebagai contoh, golongan wanita di Kota Melaka digambarkan dalam filem dan beberapa buah buku sebagai tidak menutup aurat dan berkemban.

Gambaran ni jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang dalam Hukum Kanun Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka jelas sekali Kesultanan Melaka mengamalkan hukum hudud, qisas dan takzir dalam jenayah. Riba jelas sekali diharamkan dalam seluruh urusan perniagaan. Perbicaraan juga mengamalkan sistem perbicaraan Islam dengan sedikit campuran unsur adat.

Baik, sekarang nyatakan pada saya mana negara atau kerajaan yang mengamalkan undang-undang jenayah Islam, mengharamkan riba, melaksanakan prosedur mahkamah bersandarkan hukum Islam, tetapi dalam masa yang sama kaum wanitanya berkemban ke sana ke mari?. Bukankah hal ini sangat tidak logik?

Baik, sekarang kita fokus pada jenayah liwat dan prosedur perbicaraannya dalam Hukum Kanun Melaka.

1) Adakah liwat satu jenayah dalam Kesultanan Melaka?

Ya. Fasal 45 menyatakan “Bermula hukum liwat dan menyertai (menyetubuhi) binatang (hukumnya) seperti dalam zina juga.”

2) Di manakah perbicaraan dijalankan?

Perbicaraan dijalankan di masjid jumaat (jamik). Fasal 43 menyatakan “Peri sumpah yang diperbesar sekehendak hati yang menyumpahi masjid Jumaat atas Mimbar.”

3) Siapakah hakim yang mengadili perbicaraan?

Hakim yang mengadili perbicaraan dipanggil Kadi. Fasal 43 menyatakan “Saksi pada orang yang menuntut, sumpah atas yang mungkir, tidak dapat tiada beracara (mesti dibicarakan) kepada kadi.”

4) Bagaimana prosedur perbicaraan?

Prosedur perbicaraan mengikut kaedah Islam. Fasal 43 menyatakan “Peri yang menuntut (mendakwa) dan yang dituntut (tertuduh). Dan daripada Rasulullah SAW “البينة على المدعي واليمين على من أنكر , Saksi pada orang yang menuntut, sumpah atas yang mungkir.”

5) Bagaimana sekiranya terdapat pengakuan meliwat?

Pengakuan atau ikrar orang yang meliwat diterima sekiranya diikrarkan di hadapan hakim (kadi). Fasal 40 menyatakan “Peri ikrar dua perkara. Seperkara pada hak Allah seperti minum (arak) dan zina (termasuk liwat) dan kedua pada hak manusia.”

6) Adakah wujudnya garis panduan etika hakim (kadi) zaman Kesultanan Melaka?

Ya sudah tentu. Fasal 43 menyatakan “Tiada bagi hakim (kadi) menghukumkan pada ketika amat panas dan pada ketika amat dingin dan pada ketika amat lapar dan pada ketika amat kenyang dan pada ketika hendak tidur (mengantuk). Dan haram pada hakim menerima hadiah orang yang membawa hadiah kepadanya…”

Sesungguhnya Hukum Kanun Melaka ini sangat istimewa kerana ianya antara bukti ketinggian tamadun Kesultanan Melaka. Jika kita mengukur kemajuan itu pada teknologi berbanding kita hari ini, ya mereka jauh ketinggalan. Tetapi jika kita mengukur kemajuan itu dari segi rohani, adab dan kesungguhan melaksanakan hukum Allah, maka jelas sekali kita jauh mundur berbanding mereka.

Gambar : Petikan peruntukan jenayah liwat dalam Hukum Kanun Melaka.

Hasanuddin Yusof 
Maktab Penyelidikan 
Tamadun Alam Melayu dan Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.