Cao Cao, Liu Bei dan Dong Zhuo hidup ketika penghujung era Dinasti Han. Ketiga-tiga ini dapat menjadi contoh terbaik untuk saya berkongsi tiga falsafah politik; Legalism (Cao Cao), Confucianism (Liu Bei) dan Diktator (Dong Zhuo).

Konsep Legalism lebih kurang seperti politik Machiavellianism. Malah, Legalism merupakan adik-beradik dengan Machiavellianism tetapi versi Timur. Legalism mengutamakan kestabilan negara (order) berbanding dengan kemanusiaan dan kebaikan (benevolence). 

Bagi Legalism, manusia secara lumrahnya jahat dan mementingkan diri sendiri (sama idea seperti Hobbes). Seterusnya hal ini menghasilkan lebih banyak jenayah dan meruntuhkan tatanan sosial. Salah satu cara untuk memastikan manusia menjadi bermoral adalah melalui undang-undang dan disiplin yang keras dan ketat.

Cao Cao merupakan contoh yang terbaik dalam mendemontrasi pemerintahan berbentuk Legalism dan juga Machiavellism. Jadi, apa saja polisi pemerintahan yang dia buat, dia mengetepikan moral dan kemanusiaan asalkan negara aman dan stabil.

Walaupun begitu, itu tidak bermakna Cao Cao seorang yang jahat. Malah, dia sangat disayangi oleh rakyanya dan orang bawahannya kerana dia tidak berlaku kejam pun ke atas rakyat dan orang bawahannya kecuali pada kesalahan yang mampu menghancurkan tatanan negara seperti pengkhianatan. Cao Cao hampir memancung anaknya sendiri kerana dituduh mengkhianat.

Cao Cao melayan orang bawahannya seperti adik beradik. Dia pernah meminta anaknya meminta maaf kepada seorang orang bahawannya kerana anaknya kurang ajar. Malah, dia pernah menampar anaknya kerana kurang ajar kepada menterinya walaupun menteri itu tidak bersetuju dengan ideal Cao Cao. Cao Cao menghormati musuhnya apabila musuh itu layak mendapat penghormatan.

Dia juga seorang yang licik dan penuh dengan tipu helah. Dia pernah membunuh seorang pegawainya sendiri supaya tenteranya tidak jatuh semangat ketika di medan peperangan. Dia pernah menipu bala tenteranya untuk memberikan bantuan sedangkan dia tidak bagi pun – tujuannya supaya bala tentera yang sedang berperang itu terus bersemangat untuk menyakiti musuh walaupun tewas. Hal itu akan memberikan kelebihan kepadanya.

Inilah Cao Cao, dia hanya bermoral dan baik ikut tempat. Kalau dia terpaksa menjadi jahat untuk mencapai kestabilan dan keamanan, dia akan jadi begitu. Tetapi memang Cao Cao sentiasa berkelakuan terhormat selagi mana negara terus stabil. Cao Cao bertindak mengikut situasi dan dia bukan penguasa buku teks. Dia tiada panduan falsafah. Dia pernah berpesan kepada anaknya, belajar panduan perang betul-betul, tetapi jangan terlalu sangkut dengan doktrinnya kerana sifat tabii perang dan politik sentiasa berubah.

Kata Machiavelli, “Jadilah penguasa yang dicintai dan ditakuti. Tetapi sekiranya tidak mampu mencapai kedua-duanya sekali, jadi penguasa yang ditakuti lebih baik.”

Mengikut sejarah, Liu Bei seorang Legalist, tetapi mempunyai semangat Confucianism. Walaubagaimanapun, gambaran Liu Bei dalam fiksyen sering jauh daripada seorang Legalist. Liu Bei adalah contoh pemimpin yang berperibadi baik, tetapi cetek dalam permainan politik. Cita-citanya besar iaitu mahu mengembalikan semula kegemilangan Dinasti Han. Sehingga umurnya hampir 50 tahun, Liu Bei sering tewas dalam pelbagai pertempuran. Dia hanya mampu memegang setiap kota yang dikuasai dalam waktu yang sangat singkat sehinggalah Zhuge Liang datang membantunya.

Conficius hidup ketika era peperangan di China. Pada masa itu China belum bersatu lagi. Bagi Confucius, peperangan pada ketika itu berlaku kerana penguasa dan rakyatnya kurang moral. Liu Bei juga mempunyai idea yang sama. Maka, penguasa yang mementingkan moral dan kebaikan adalah pemimpin yang ideal untuk mencapai keamanan. Confucius tidak mempunyai kaedah politik yang jelas, tetapi dia lebih cenderung kepada peribadi pemimpin ketika memerintah.

Zhuge Liang seorang Legalist, ketika memberikan cadangan kepada Liu Bei untuk menerima warisan kuasa daripada Liu Biao untuk memerintah wilayah Jing, Liu Bei menolak kerana dia orang luar dan tidak elok menerimanya – lebih elok kalau anak Liu Biao yang menerima kekuasaan. Liu Bei senaif ini sedangkan wilayah Jing mampu menjadi tapak pertamanya untuk mengembalikan kuasa Dinasti Han. Walau bagaimanapun, Liu Bei disayangi rakyat kerana dia memang pemerintah yang baik. Lumrahnya begitulah.

Liu Bei sendiri pernah mengalami dilema kerana matlamat utamanya untuk menjadi seorang penguasa yang baik (benevolence) dan soleh (righteous). Dan hal itu sentiasa bercanggah dengan setiap tindakan yang diambil untuk berkuasa. Dengan kata lain, ditelan mati emak, diluah mati ayah. Kalau dia tidak gadaikan moralitinya, dia akan hilang kekuasaan. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi keburukan yang banyak.

Dalam hal ini, suka saya petik kata-kata Machiavelli, “Apabila penguasa terus menjadi baik dalam menghadapi keburukan yang banyak, penguasa yang akan tumbang.”

Untuk berlaku baik dan bermoral dalam politik, rakyatnya perlu baik seperti Rasulullah – rakyatnya semua baik kerana terdiri dalam kalangan para sahabat. Muhammad al-Fateh membaikkan rakyatnya dulu supaya dia mampu melantik tentera yang baik dan mampu menjadi pemimpin yang baik. Rakyat yang baik memudahkan penguasa untuk memerintah tanpa perlu penguasa menggadaikan moralitinya untuk bertindak. Begitu sukar untuk menghadapi keburukan (sama ada situasi ataupun rakyat) tanpa menggadaikan prinsip dan moral.

Dong Zhuo adalah pemimpin yang berperibadi buruk dan tidak bijak memerintah. Kalau anda fikir perlu jadi jahat supaya pandai memerintah, anda silap. Dong Zhuo adalah contoh tokoh yang jahat, tetapi dia tidak pandai pun memerintah. Machiavelli lebih sukakan Liu Bei berbanding Dong Zhuo. Walaupun kedua-duanya tidak cekap memerintah, pemerintahan Liu Bei lebih stabil berbanding Dong Zhuo. Liu Bei pun disukai rakyat dan polisinya sentiasa menyokong rakyat.

Legalist dengan konsep ‘Will of Heaven’, Machiavellian dengan konsep ‘Fortuna’.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.