Mantan presiden Mesir, Mohamed Morsi telah meninggal dunia semalam (17 Jun 2019) semasa prosiding mahkamah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Yang ironiknya, 17 Jun juga merupakan tarikh Morsi memenangi pilihanraya presiden Mesir pada tahun 2012. Morsi ialah presiden Mesir selama 369 hari dari 30 Jun 2012 hingga 3 Julai 2013, sebelum digulingkan oleh tentera pimpinan Abdul Fatah al-Sisi yang menjadi presiden Mesir sekarang.

Kejatuhan Morsi ialah tragedi yang boleh dielakkan. Morsi ialah tokoh mujahid yang baik, tapi dia bukan seorang ahli politik yang baik, dan tak sampai hasrat nak jadi negarawan yang ulung.

Kesilapan terbesar Morsi ialah beliau melakukan pembaharuan dan rombakan drastik sebaik saja memegang kuasa, walhal “power base” beliau tak kuat: beliau hanya menewaskan lawannya Ahmed Shafik dengan undian 51.7%. 

Meskipun Ahmed Shafik ialah orang rejim Mubarak yang cukup tak popular, Morsi pun gagal untuk merai sokongan “supermajority” (lebih 60-70%). Itu menunjukkan Morsi kena berhati-hati dan wajib bekerjasama dengan segmen-segmen lain dalam politik Mesir. 

Segmen-segmen utama yang ada ialah tentera, golongan liberal-sekular-nasionalis dan golongan Islamis. Islamis di sini bermaksud mereka yang pro Ikhwanul Muslimin atau “Muslim Brotherhood” (parti Morsi). Tak semua Muslim konservatif sokong Ikhwan.

Sejak kudeta tahun 1952, tahun monarki Mesir digulingkan dan republik ditubuhkan, kestabilan sesebuah rejim amat bergantung kepada sokongan tentera dan sekular-nasionalis.

Kesemua presiden/pemimpin tertinggi Mesir adalah dari tentera: Mohamed Naguib (1952-1954), Gamal Abdel Nasser (1954-1970), Anwar Sadat (1970-1981) dan Hosni Mubarak (1981-2011). Nak tak nak, tentera Mesir dah jadi institusi autonomi (“deep state”) yang memonopoli kekerasan dan mereka mempunyai “code of conduct” tersendiri, bebas daripada kawalan civilian seperti Morsi. 

Tapi apa yang Morsi buat sebaik saja menjadi presiden ialah kacau tentera. Tak sampai 2 bulan jadi presiden, Morsi dah memecat Panglima Hussein Tantawi yang mainkan peranan utama dalam kejatuhan Mubarak, sekali gus dengan timbalannya Sami Anan. 

Kalau dibandingkan dengan seorang lagi pemimpin demokratik-Islamis yang berdepan dengan ancaman “deep state” tentera iaitu Erdogan, Erdogan lebih bijak dan penyabar. Erdogan tunggu 5 tahun baru mencabar tentera Kemalis dengan kes Ergenekon (2008) dan Sledgehmmer (2010), dan 5 tahun lagi untuk menyingkirkan “parallel state” Gulenis.

Lama, tapi berbaloi, lebih-lebih lagi kalau kita tidak mempunyai sokongan kukuh. As-sobru yu’inu kulli amalin. Dalam politik, patience is a virtue. 

Kalau nak cabar tentera pun tak apa, tapi kesilapan kedua Morsi ialah melantik al-Sisi sebagai pengganti Tantawi. Al-Sisi tu orang dalam faction Tantawi. Tapi alasan Morsi memilih al-Sisi adalah sebab imej warak al-Sisi. Bini dan anak pakai tudung, hafal al-Quran. Walaupun al-Sisi dah banyak kali tunjuk tanda-tanda akan mengkhianati Morsi, tapi Morsi tak dapat membaca semua tu.

Punca utama rakyat menolak Mubarak ialah masalah ekonomi dan korupsi, tapi Morsi memilih untuk mengutamakan agenda pembaharuan undang-undang. Dan itu menyebabkan liberal-sekular-nasionalis dan minoriti kristian (Koptik) yang bimbang dengan pengaruh Islamis lebih nekad untuk menolak Morsi. 

Pada pertengahan Jun 2013, apabila Morsi memenuhi 11 daripada 27 jawatan gabenor di Mesir dengan ahli Ikhwan, golongan liberal-sekular-nasionalis ni akhirnya turun ke jalanan, menuntut Morsi meletak jawatan. Jumlah petunjuk perasaan di Dataran Tahrir tak kurang berbanding jumlah petunjuk perasaan semasa Januari-Februari 2011 yang menjatuhkan Mubarak. 

Dengan itu, al-Sisi keluarkan ultimatum 48-jam pada 1 Julai, dan Morsi ditahan pada 3 Julai. Tidak keterlaluan untuk kata, Morsi menjadi punca kepada kejatuhan beliau sendiri.

Aku tak minat soal debat pasal Morsi itu salafi ke tak salafi, haraki ke tak haraki. Yang aku lebih minat ialah apa pengajaran yang kita boleh belajar daripada kejatuhan Morsi dalam soal politik dan kenegaraan. Sebagai ketua negara Arab pertama yang dipilih secara demokratik, kejatuhan Morsi ialah satu tragedi yang mensia-siakan potensi untuk “transform” dunia Arab-Islam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.