Pada 22 Mei 2010 sejak mata wang digital bitcoin dilancarkan pada Januari 2009, seorang pengaturcara (programmer) bernama Laszlo Hanyecz telah berjaya membuat transaksi jual beli 2 keping pepperoni pizza Papa John dengan harga 10 000 BTC yang beliau sendiri lombong. (Ketik disini untuk ke artikel Cryptocurrency: Apa Itu Bitcoin?).

Ianya bermula di dalam sebuah forum laman sesawang Bitcoin Talk dimana Laszlo Hanyecz telah membuat satu tawaran kepada umum untuk membayar 10 000 BTC kepada sesiapa yang boleh menghantar 2 keping pizza pepperoni kepada beliau yang berasal dari Florida. Secara tepat tawaran ini dibuat pada 18 Mei 2010 pada pukul 12.35 pagi dan beliau telah menunggu sehingga 21 Mei 2010 dan tiada sesiapa pun yang berminat mengambil tawaran tersebut sehinggalah pada 22 Mei 2010 beliau telah berjaya melengkapkan transaksi jual beli 2 keping pizza Papa John dari seorang yang bernama Jercos dengan harga 10 000 BTC. Di bawah merupakan petikan tawaran dan maklum balas yang dibuat oleh Laszlo, diambil dari forum bitcointalk.org;

Pizza for bitcoins?

May 18, 2010, 12:35:20 AM

I’ll pay 10,000 bitcoins for a couple of pizzas.. like maybe 2 large ones so I have some left over for the next day. I like having left over pizza to nibble on later. You can make the pizza yourself and bring it to my house or order it for me from a delivery place, but what I’m aiming for is getting food delivered in exchange for bitcoins where I don’t have to order or prepare it myself, kind of like ordering a ‘breakfast platter’ at a hotel or something, they just bring you something to eat and you’re happy!

I like things like onions, peppers, sausage, mushrooms, tomatoes, pepperoni, etc.. just standard stuff no weird fish topping or anything like that. I also like regular cheese pizzas which may be cheaper to prepare or otherwise acquire.

If you’re interested please let me know and we can work out a deal.

Thanks,

Laszlo

 

Re: Pizza for bitcoins?

May 21, 2010, 07:06:58 PM

So nobody wants to buy me pizza?  Is the bitcoin amount I’m offering too low?

 

Re: Pizza for bitcoins?

May 22, 2010, 07:17:26 PM

I just want to report that I successfully traded 10,000 bitcoins for pizza.

Pictures: http://heliacal.net/~solar/bitcoin/pizza/

Thanks jercos!

Untuk baca lebih lanjut (jumlah semasa entri adalah sebanyak #1448) boleh ke laman sesawang forum Bitcoin Talk tersebut;

https://bitcointalk.org/index.php?topic=137.0

Hari ini semasa artikel ini di karang (31 May 2017), 2 keping pepperoni pizza itu telah pun berharga USD21.9 juta atau dalam tukaran ringgit sebanyak RM94.1 juta! (Ianya berdasarkan tukaran bitcoin semasa). Pada ketika transaksi jual beli itu dibuat pada 2010 mata wang digital bitcoin ini tiada nilai dalam pasaran mata wang dan tanpa beliau sedari transaksi itu telah pun menjadi antara detik bersejarah dalam dunia cryptocurrency kerana ia merupakan transaksi jual beli yang pertama melibatkan mata wang digital.

Kini tarikh 22 Mei telah diiktiraf dan disambut meluas oleh penggemar matawang digital dengan menggelar hari tersebut sebagai “Bitcoin Pizza Day”. Pada hari seperti ini, peminat mata wang digital akan menyambutnya dengan membeli pizza menggunakan mata wang digital. Sebagai contoh di negara Eropah, terdapat laman web seperti Takeaway.com yang menerima bitcoin sebagai bayaran untuk membeli makanan seperti pizza. Seperti di Jerman pula, syarikat perkhidmatan pembayaran berdasarkan teknologi blockchain iaitu Bitwala telah pun melancarkan kempen pada setiap 22 Mei supaya komuniti pengguna mata wang digital dapat menggunakan bitcoin untuk menderma makanan berupa pizza kepda anak-anak pelarian di Berlin.

Sambutan “Pizza Bitcoin Day” pada 22 Mei 2017 yang lepas.

Kini 8 tahun telah berlalu dan sekarang terdapat lebih kurang 100 ribu syarikat dan organisasi telah pun mengiktiraf penggunaan bitcoin sebagai matawang dan jumlah itu semakin berkembang dari semasa ke semasa. Diharap kita dapat melihat teknologi blockchain ini yang menjadi asas sistem mata wang digital dapat di terokai dengan lebih meluas terutama untuk perkembangan sistem kewangan negara.

Sumber:

  1. Jamie Redman (2017). “Bitcoin Pizza Day: Reliving the Memories and Forging New Ones”. News.bitcoin.com
  2. Eric Mack (2013). “The Bitcoin Pizza Purchase That’s Worth $7 Million Today”. Forbes.com
  3. org
  4. http://www.coindesk.com/bitcoin-pizza-day-celebrating-pizza-bought-10000-btc/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku masih lagi mencari identiti dalam disiplin penulisan ini dan berharap setiap penulisan aku ini dapat membuka benak pemikiran pembaca dan juga diri sendiri. InsyaAllah.

Leave A Reply