Dunia semakin hari semakin teruk, begitu juga adab, moral dan perangai penduduk utama dunia iaitu manusia. Kita dapat melihat saban hari semakin banyak isu melibatkan moraliti manusia diperdebatkan dan dibahaskan, namun semua itu dilakukan tanpa mengikut pertimbangan agama bahkan berlandaskan akal semata-mata.
Tidak cukup dengan isu perlanggaran hak manusia seperti serangan ISIS & rejim pemerintah terhadap rakyat sendiri di Syria, rejim Zionis menyerang, membunuh & menjarah penempatan serta nyawa penduduk Palestine saban hari, serangan pemerintah Myanmar terhadap penduduk Rohingya yang dinafikan kerakyatan, dan banyak lagi contoh lain.
Kita juga dihidangkan dengan pertambahan pengaruh golongan LGBT yang mempromosikan hubungan seksual songsang antara jantina sejenis, pemaksaan dunia untuk mengiktiraf golongan transgender yang berlawanan dengan fitrah manusia normal dan macam-macam lagi. Namun jika kita membelek berita dunia, akan didapati telah bertambah 3 isu terkini manusia yang berlapikkan hak asasi manusia tetapi mengikut isu akal dan nafsu sempit manusia semata-mata.
1. SAMAN IBU BAPA SENDIRI KERANA MELAHIRKAN
Kecuali anda baru keluar dari gua dan selama ini hidup secara primitif, ini adalah satu kes hak asasi manusia yang sangat tak masuk akal yang anda pasti sudah tahu. Seorang lelaki dari Mumbai, India telah menjadi tajuk berita utama di seluruh dunia kerana menyaman kedua ibu bapanya akibat melahirkannya tanpa keizinan. Raphael Samuel berusia 27 tahun merupakan pengikut golongan antinatalist, iaitu satu kumpulan manusia sesat yang menolak mereka dilahirkan di dunia.
Menurut kumpulan ini, mereka ada hak untuk memilih sama ada mahu dilahirkan ke dunia atau tidak. Dan lelaki bernama Raphael Samuel ini bertindak menyaman ibu bapa sendiri kerana terpengaruh dengan ajaran golongan antinatalist ini, macam lirik lagu “tidak ku pinta lahir ke dunia…” Menurut Rapahel, ibu bapa melahirkan dia untuk keseronokan mereka semata-mata tetapi tidak ‘mendapat restu dia terlebih dahulu sebelum dilahirkan’. Lebih teruk lagi, Raphael Samuel ini telah memberikan analogi bahawa melahirkan bayi tanpa consent bayi itu sendiri adalah seperti menculik dan perhambaan. Apa punya pemikiran manusia sekarang ini?
Sebenarnya golongan antinatalist atau anti-kelahiran ini adalah satu kumpulan sesat yang sangat tidak masuk akal. Sama ada kita hidup atau tidak adalah kekuasaan Tuhan, dan bukan daripada kita sendiri. Bahkan Muslim diajar supaya bersyukur dengan nyawa yang berikan Allah SWT serta rezeki yang dikurniakan kepada kita. Ini adalah satu ajaran yang bertopengkan nafsu dan akal sempit semata-mata. Nyawa, rezeki dan jodoh adalah aturan Allah SWT, manusia disuruh berusaha mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan dan bukan menolak semua yang diberi.
2. PERMOHONAN MENGURANGKAN UMUR SENDIRI
Tahukah anda, atas nama hak asasi manusia kita boleh meminta untuk dikurangkan umur sendiri? Isu ini telah berlaku di Belanda (Netherland) apabila seorang lelaki bernama Emile Ratelband yang berumur 69 tahun telah membuat permohonan undang-undang untuk mengurangkan umurnya sebanyak 20 tahun.
Alasannya? Memudahkannya untuk mendapat pasangan melalui aplikasi mencari jodoh Tinder. Emile Ratelband mengatakan adalah menjadi haknya selaku manusia (hak asasi manusia) untuk memilih umurnya sendiri. Dia telah mendakwa bahawa dengan umurnya 69 tahun, adalah sukar baginya untuk mencari pasangan perempuan kerana mereka akan lari apabila melihat umurnya yang seakan-akan ayah atau datuk kepada mereka.
Kebanyakan orang lain hanya akan menipu berkaitan umur dan maklumat di dalam media sosial tetapi tidak bagi lelaki ini. Apabila ingin berbuat demikian, Emile Ratelband telah menggunakan saluran undang-undang dengan memohon kepada jabatan pendaftaran Belanda untuk mengubah umurnya sendiri. Namun selepas berbicara di dalam mahkamah, permohonan Emile ditolak oleh pihak pemerintah Belanda dengan alasan berikut:
“Mr Ratelband is at liberty to feel 20 years younger than his real age and to act accordingly,” said Arnhem court’s written ruling. “But amending his date of birth would cause 20 years of records to vanish from the register of births, deaths, marriages and registered partnerships. This would have a variety of undesirable legal and societal implications.”
Tindakan Emile Ratelband ini adalah satu lagi eksploitasi hak asasi manusia yang berpandukan akal & nafsu semata-mata, tanpa meletakkan ajaran agama di depan. Bukankah telah menjadi panduan bagi manusia melalui wahyu Allah SWT bahawa umur, hidup atau mati adalah rahsia Allah SWT semata-mata dan tiada manusia boleh mengubah walau sedikit pun takdir Ilahi.
3. TRANSGENDER MENGUASAI DAN MEROSAKKAN HAK WANITA
Bagi pendokong & penyokong LGBT, salah satu item dalam isu ini adalah menaikkan dan menjaga hak golongan transgender, termasuklah di Malaysia seperti penyokong dua orang usahawan transgender yang dikenali. Sebenarnya apa yang penulis lihat adalah bukannya golongan transgender ini diserang, dibunuh atau diseksa, tetapi yang berlaku adalah agama Islam & Muslim khususnya di Malaysia ingin mendidik & menyedarkan golongan transgender ini agar kembali ke pangkal jalan kerana mereka pun Muslim.
Itu isu di Malaysia, sekarang isu di dunia adalah ramai wanita (termasuk di Barat) yang kononnya dahulu menyokong golongan transgender ini sekarang menentang penglibatan mereka dalam aktiviti wanita. Kenapa boleh berubah? Ini kerana wanita-wanita ini melihat golongan transgender (khususnya lelaki yang bertukar kepada wanita) telah menguasai semua aktiviti melibatkan wanita seperti sukan dan aktiviti komuniti dan mengancam hak wanita.
Contoh yang boleh dilihat adalah kisah Laurel Hubbard, seorang transgender dari Australia yang memenangi pertandingan angkat berat wanita. Kemenangan Hubbard telah menimbulkan persoalan kerana peserta wanita lain menganggap Hubbard boleh menang kerana dia (pernah) menjadi lelaki dan mempunyai keupayaan lelaki. Namun ramai peserta wanita melihat Hubbard merampas hak wanita dalam sukan. Sama seperti kes penunggang basikal transgender Jillian Bearden dari Colorado yang dianggap terlalu ‘kuat’ untuk bertanding dalam kategori basikal.
Sama juga seperti kes transgender Rachel McKinnon yang memenangi pertandingan basikal UCI Masters Track World Championship pada Oktober 2018. Kemenangan Rachel telah disangkal dan dianggap tidak adil oleh peserta wanita lain kerana transgender ini adalah ‘lelaki berpakaian wanita’ dan dianggap mengancam hak wanita sendiri. COnoth lain adalah tentang Karen White, seorang banduan transgender ‘wanita’ yang telah dikenakan hukuman akibat menyerang dan melakukan keganasan seksual kepada banduan wanita lain.
Ironinya adalah sebelum menjadi wanita, Karen White telah ditahan dan dipenjaran kerana kesalahan serangan seksual kepada wanita juga. Akhirnya menimbulkan masalah kepada warden penjara wanita untuk mengawasi dan menjaga ‘wanita’ seperti Karen White ini.
‘Sebenarnya jika dilihat dari sudut agama, Islam telah meletakkan pembahagiaan khas antara lelaki & wanita. Setiap jantina dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing, jika manusia mencampur adukkan urusan jantina ini dalam kehidupan, membuat keputusan berlandaskan akal & nafsu semata-mata atas nama hak asasi manusia tanpa mengikut ajaran agama melalui panduan & ajaran Rasul yang diutus oleh Allah SWT, maka kita dilihat telah melanggar fitrah asal manusia yang dicipta oleh Allah SWT, lantas menimbulkan kekeliruan dan masalah kepada manusia itu sendiri akhirnya.
Contoh-contoh di atas dan banyak lagi adalah bukti dangkalnya pemikiran manusia yang cetek & masih terhad ilmu terhadap sifat kemanusiaan, dan masih memerlukan panduan agama dalam kehidupan. Semoga setiap perkara kita lakukan mendapat panduan dan rahmat Allah SWT agar tidak tersasar dan sesat daripada ajaran Islam berlandaskan al-Quran & Hadis.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih