Kita dimomokkan bahawa perubatan tradisional Melayu hanyalah semata-mata jampi serapah. Membaca mantera. Walaupun banyak kitab atau manuskrip Melayu yang mempunyai ilmu perubatan tanpa menggunakan jampi serapah, tetapi seperti biasa kajian sarjana barat tentang ilmu mantera telah lebih ditonjolkan. Sebagai contoh karya sarjana barat yang terkenal iaitu “Shaman, Saiva and Sufi: a study of the evolution of Malay magic, London: Constable, 1925 yang ditulis oleh RO Winstedt.

Sebenarnya banyak kitab Melayu lama yang menjadi panduan pengubat pada zaman dahulu. Antaranya Tajuk Muluk, Kitab Mujarabat, Kitab Rejab, Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah, Kitab Tib dan sebagainya. Tidak dinafikan ada jampi serapah dan ayat Al-Quran. Tetapi dimasukkan sekali cara perawatan dan herba yang sesuai untuk merawat. Perawat dipanggil tabib bukannya bomoh ataupun pawang.

Contoh dalam Kitab Tib Terengganu ada menyatakan cara rawatan dan herba untuk merawat sakit mata, penyakit perut seperti buasir dan sembelit, sakit dalam badan seperti lelah dan batuk, penyakit kulit dan juga sakit anggota seperti beguk. Sebagai contoh bagi merawat batuk diambil daun Gandarusa senggengam, lalu digiling dan ditanak patinya maka diminum. Ada kitab versi lain yang menyentuh tentang sakit puan, sakit tuan dan sakit batin. Contoh ilmu mengubat Angin Sanglar,

Sebagai lagi ubat angin sanglar pada seseorang manusia yang sakit pada waktu malam mula-mula sakitnya itu, maka datang sakitnya itu berasa sejuk seperti tiada terhingga lagi sejuknya itu, tiada dapat berbuka kain, atau datang ketar tiada berhingga lagi ketarnya itu; inilah alamatnya angin yang besar yang masuk pada peparu orang itu; maka apabila datang ketarnya yang seperti itu nescaya datanglah lemah segala anggotanya itu hingga jadilah mati sekalian tubuhnya atau kaki tangannya orang itu; maka inilah ubat yang diberi minum. Ambil lada sulah berat setahil dan halia berat setahil dan bawang putih berat setahil dan jintan kedua berat setahil dan kunyit tengah tahil dan temu kunci berat setahil dan kulit buah maja berat setahil dan cengkih berat setahil dan jadam berat lima emas. Sekalian itu rebus, airnya tiga cupak tinggal secupak maka beri minum pada orang itu. Sudah minum ubat itu, hendaklah kita damahkan sekalian tubuhnya itu; insya Allah Taala, afiat

Berdasarkan petikan di atas, tidak ada langsung jampi serapah atau mantera. Hanya menggunakan herba bagi merawat pesakit dan cara perawatannya. Penggunaan herba pada masa itu sangat sesuai dengan perawatan pada zaman tersebut yang mudah didapati atau perlu ke hutan. Herba bolehlah dianggap sebagai ubat pada zaman ini. Dalam kitab tib telah menyenaraikan hampir 1,500 herba yang boleh digunakan untuk pengubatan pelbagai jenis penyakit. Ianya terdiri daripada tumbuhan yang telah dikelaskan lebih spesifik kepada batang, daun, akar, bunga, pucuk atau keseluruhannya.

Sumber: 

Ilmu Perubatan Melayu Tradisional dari Naskhah-Naskhah Lama. Harun Mat Piah. 2015. Jurnal Malay world and Civilisation.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang penulis muda dengan salah sebuah syarikat terkemuka. Berpendidikan Sarjana Sains Sosial UKM. Seorang ulat buku dan sukakan sejarah

Leave A Reply