Jika menyusuri sejarah penerbitan novel di Malaysia, pengkaji banyak menjadikan novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ sebagai novel Melayu terawal yang diterbitkan. Tetapi kajian pada tahun awal 2000 mendapati terdapat karya lain berbentuk novel yang diterbitkan pada tahun 1876 di Kuching, Sarawak, bertajuk “Hikayat Panglima Nikosa” ( Dr Syed Othman Syed Omar ).

Tapi nanti dulu… tentu anda hairan. Aik! Tajuk hikayat. Bukannya novel! Penulis ingin menjelaskan adalah normal pada zaman tersebut hingga 1930 tajuk novel menggunakan judul hikayat. Novel ini ditulis dalam 29 halaman bertulisan jawi. Pengarangnya Ahmad Syawal Abdul Hamid. Dicetak di sebuah kilang di Kuching dan diedarkan.

Kisah ini mengenai Nikosa seorang pemuda yang gagah telah 300 pemuda untuk menentang gejala kecurian dan huru hara yang dilakukan oleh perompak. Wah! Sudah macam filem epik 300 sedangkan cerita ini ditulis pada tahun 1876! Keistimewaan novel ini adalah kepentingan memodenkan pertanian.

Kemudian diikuti novel Kecurian 5 Million Ringgit oleh Muhammad Muhammad Said pada tahun 1922. Diterbit dan dicetak di Kelantan. Kecurian Lima Million Ringgit mengisahkan kelicikan dan kepintaran John Sinclair sebagai pencuri, Jack Hocker seorang penipu yang banyak membuat jenayah melibatkan wang. Nicholes Carter seorang detektif  dan Mr. Baxter seorang pegawai polis yang mashyur kerana ketajamannya mencium dan memahami segala tipu helah penjahat. Penduduk di kota London dan Amerika bimbang kerana penipuan dan kecurian berleluasa. Bagaimanapun, tindakan bijak detektif Nicholes Carter Baxter menjadikan kawasan itu aman. Novel ini adalah novel saduran.

Kemudian barulah Hikayat Faridah Hanum yang popular tulisan Syed Sheikh Al-Hadi. Diterbitkan pada tahun 1926. Ia mendapat sambutan hangat masyarakat ketika itu kerana bertemakan cinta antara dua darjat dan ada sedikit kontroversi. Ianya mengisahkan percintaan Faridah Hanum dan Syafik Affandi. Jatuh cinta pada pandang pertama tetapi masalahnya Faridah Hanum anak saudagar kaya yang cantik dan berpelajaran tinggi. Syafik Affandi adalah seorang lelaki juga berkelulusan tetapi harta tiada. Pengarang mengarang cerita ini kerana mahu masyarakat berfikiran terbuka tentang pendidikan wanita yang sangat ketinggalan pada ketika itu terutama pelajaran.

Novel-novel lain yang diterbitkan selepas itu

Iakah Salmah ( 1929 ) – Ahmad Rashid Talu

Kawan Benar ( 1927 ) – Ahmad Rashid Talu

Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan ( 1927 ) – Ahmad Kotot

Melur Kuala Lumpur ( 1930 ) – Harun Aminurrashid

Putera Gunung Tahan ( 1937 ) – Ishak Haji Muhammad

Melati Kota Bharu ( 1939 ) – A Kadir Adabi

Agaknya ada tak salinan asal dan diterbitkan semula?

Sumber :

Syed Syeikh Al-Hadi, Sasterawan Progresif Melayu. Talib Samat. 1992. DBP

Sejarah Penulisan Novel Di Malaysia. Isu dan Cabaran. Hashim Ismail. 2007

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1201&sec=Sastera&pg=sa_01.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang penulis muda dengan salah sebuah syarikat terkemuka. Berpendidikan Sarjana Sains Sosial UKM. Seorang ulat buku dan sukakan sejarah

Leave A Reply