Sebut pasal Imam Mahdi, pasti ada di antara kita yang teringat akan satu insiden kelakar dalam sebuah siaran langsung.

Ada satu acara di Peace TV, di mana dalam sebuah sesi Q&A, seorang lelaki tampil berdiri dan gigih pergi ke mikrofon semata-mata nak cakap bahawa dia ialah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.

Bahkan, dia sendiri klaim bahawa dia ada bawa satu “kebenaran” tentang Nabi Isa yang katanya, akan datang dalam masa terdekat.

Reaksi pengacara dan orang ramai? Hanya gelak sakan sahaja yang diterima lelaki itu.

Bukan itu sahaja, pengacara di hadapan itu suruh buktikan bahawa dia memang benar-benar Imam Mahdi, dengan bercakap dalam bahasa Arab.

Hasilnya? Lelaki itu baca Surah al-Fatihah dengan tajwid dan bacaan yang sangat lari!

Semudah itu sahaja dia dimalukan sebab mengaku sebagai Imam Mahdi.

Tapi ada satu persoalan, siapa sebenarnya yang disebut sebagai Imam Mahdi ini?

Perkataan “Imam al-Mahdi” itu kalau difahami sendiri, sebenarnya bermaksud “pemimpin yang dikurniakan petunjuk”.

Sebab itu jugalah, khalifah-khalifah Islam terawal yang empat, iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali disebut sebagai Khulafa’ al-Rashidin al-Mahdiyyin, kerana mereka telah mendapat petunjuk dari Allah.

Bagaimana perwatakan dan ciri-ciri Imam Mahdi? Terdapat banyak hadis daripada Nabi Muhammad dalam memberikan ciri-ciri untuk kita kenal Imam Mahdi yang digelar sebagai “al-Muntazar” kerana beliau telah ditunggu-tunggu oleh umat Islam.

Ada banyak riwayat telah mengatakan bahawa beliau merupakan seorang lelaki yang datang daripada Banu Quraish dan berdarah daripada keturunan Ahl al-Bayt yang bersambung nasab dengan Nabi.

Hal ini disokong seperti apa yang tercatat dalam riwayat Imam Abu Dawud, bahawa dari Umm Salamah, bahawa Rasulullah bersabda:

“Al-Mahdi dari itrah (keturunan)-ku dari anak Fatimah.”

Ada juga hadis lain daripada Imam Ibn Majah, yang tertulis dari Ali ibn Abi Talib bahawa Rasulullah bersabda:

“al-Mahdi dari kalangan kami — Ahl al-Bayt — yang Allah perbaiki dirinya pada satu malam.”

Banyak juga ciri-ciri lain yang disebut secara jelas daripada Nabi sendiri, bahawa Imam Mahdi akan dilahirkan di Madinah, akan memerintah dengan adil selama tujuh tahun, membebaskan Bayt al-Muqaddis dan menjadikan al-Aqsa sebagai pusat pemerintahannya.

Imam Mahdi juga digambarkan sebagai seorang sebagai seorang lelaki yang berdahi luas, bergigi teratur, berhidung mancung dan bercelak. Warna kulitnya macam orang Arab, tetapi tubuhnya lebih dekat dengan orang dari kalangan Bani Isra’il.

Bahkan, ciri-ciri paling jelas bahawa orang itu ialah Imam Mahdi adalah di mana nama lelaki itu sama seperti nama Nabi, iaitu Muhammad ibn Abdullah. Ciri-ciri ini juga disebut sendiri dalam hadis Nabi sendiri.

Dalam hadis riwayat Imam Abu Dawud, Abdullah ibn Mas’ud telah berkata bahawa Rasulullah bersabda:

“Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku — atau dari Ahl al-Bayt-ku — Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.”

Maka, jelaslah bahawa siapa itu Imam Mahdi yang sebenar.

Dan, kalau kita lihat dalam sejarah, terdapat lebih dari 100 orang mengaku sebagai Imam Mahdi, dan semuanya klaim dengan benda-benda merepek tanpa sandaran dari al-Qur’an dan Sunnah. Hatta, sebahagian daripada klaim-klaim itu datang dari Malaysia sendiri!

Jadi, janganlah rasa diri itu sibuk ingin mengaku sebagai Imam Mahdi. Sebab kalau tidak, korang bukan dapat pengikut, tetapi dapat malu yang sangat banyak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.