Sejak akhir-akhir ni banyak betul lagu galau yang viral. Sampai satu tahap konsert pun dipenuhi lagu-lagu galau.

Apa yang pasti, kebanyakkan yang layan lagu galau ni adalah Gen Z.

Persoalannya mengapa Gen Z suka dengar lagu galau?

Mesti ramai yang cakap Gen Z ni lembik dan kerja nak broken heart je. Sebab tu sampai ke sudah dengar lagu galau dan pergi ke konsert yang main lagu galau.

Sebenarnya tak ada lah sampai macam gitu. Gen Z dengar lagu galau sebab deme mahu lepaskan elemen negatif dalam diri dan hanya mahu tenang.

Seperti yang kita tahu Gen Z hidup dalam dunia yang sangat pantas. Di mana deme perlu menguasai teknologi dengan segala kemahiran baru dengan cepat. Benda tu membuatkan deme agak tertekan.

Dengan adanya lagu galau, ia dapat membuatkan Gen Z berasa tenang. Ye lah kebanyakkan lagu galau pun memiliki tempo yang perlahan, melodi berintensiti rendah dimainkan secara major. Perkara tu membuatkan Gen Z dapat berehat seketika daripada kekejaman dunia.

Tapikan apa yang membuatkan lagu galau ni tenang?

Bila korang dengar lagu galau, mesti akan teringat kenangan lama. Tak kisahlah ex korang minta putus dan crush reject korang. Masa tu korang akan korang akan tarik nafas dan lepaskannya perlahan-lahan. Kadar denyutan jantung korang akan lebih perlahan dan korang akan rasa tenang sikit.

Ditambah lagi, Gen Z juga menjadikan lagu galau untuk mereka meluahkan perasaan. Ye lah kalau cerita dekat orang ni, bukannya nak dengar sangat. Paling teruk dia bahan korang balik. Ada juga yang tak nak nampak lemah di mata orang lain.

Jadi Gen Z pun dengarlah lagu-lagu macam Serana, Runtuh dan Aku Tenang untuk ekspresikan perasaan mereka. Tapi bukan bermakna deme betul-betul sedih.

Sebab Gen Z ni sangat mahukan diri deme diterima oleh ramai orang. Mendengar lagu galau adalah salah satunya. Sebab lagu galau ataupun muzik sedih ni dilayan oleh hampir semua orang dekat dunia.

Bermakna Gen Z tidak akan rasa berseorangan bila dengar lagu galau dan boleh buat kawan baru. Boleh tengok dekat konsert yang main lagu galau, macam gitu je deme buat kawan.

Senang cerita, Gen Z dengar lagu galau hanya untuk mencari ketenangan, luahkan perasaan dan merasa dekat dengan orang yang dengar benda sama.

Lepas ni janganlah sesekali anggap orang dengar lagu galau ni sedih dan tak move on. Ye lah tak kan lah orang yang layan punk dan metal sebab nak lawan pemerintah pulak kan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.