Bila tengok Lagi-Lagi Senario je, berdekah-dekah kita gelak. Ye lah banyak betul lawak yang sangat kelakar. Tapi tak ramai yang tahu filem tu sebenarnya dibikin berdasarkan krisis kewangan 1997.
Betul ke? Ye lah sebab tak kan nak buat filem ekonomi guna unsur komedi kan?
Cuba tengok watak Wahid. Dia ni kerja dah best tapi kena pecat. Dia cubalah cari kerja yang sama tapi tak dapat sebab krisis ekonomi. Terpaksalah dia downgrade jadi sesumpah. Itu pun tetap kena pecat.
Selepas itu, Wahid dapat kerja dekat Warung Azlee. Mula-mula dia macam pandang rendah tapi bila tengok Saiful boleh beli barang mewah terus Wahid terkejut.
Sebab dalam satu babak ni ada tunjuk Azlee hulur RM50 kepada Majid sebagai gaji harian. Tak mustahil gaji Saiful boleh mencecah RM1000 sebulan pada tahun 1997. Jadi janganlah pilih kerja. Asalkan dapat duit untuk makan pun dah ok.
Biarpun gaji Saiful agak besar, benda tu tak halang dia untuk berpindah ke Cafe Mazlan. Bagi sesetengah orang itu adalah pengkhianatan. Untuk sesetengah yang lain pulak, itu ialah career progression sebab dapat gaji lagi tinggi.
Kena fikir juga masa krisis kewangan 1997 dulu, ramai yang kena pecat. Kalau dapat tawaran menarik, lebih baik Saiful pergi.
Pemergian Saiful membuatkan Warung Azlee hampir lingkup. Sebab cuma dua orang sahaja yang masih bekerja iaitu pelayan dan tukang bancuh air. Tak kan lah pelanggan datang warung pagi-pagi sebab nak layan teh tarik je kan?
Dekat sini lah “hard time create strong man”. Waktu yang sukar memaksa Wahid cuba untuk menjadi penebar roti canai. Ye lah jika terus jadi pelayan je, memang lingkuplah Warung Azlee.
Secara tak sengaja, Wahid mendapat ilham untuk menebar baju kotor di bilik air. Setelah lama berlatih, dia dapat yakinkan Azlee untuk jadi penebar roti canai.
Apa yang Wahid buat ni berjaya dan pelanggan mula kembali ke Warung Azlee. Maknanya dekat sini, krisis ekonomi paksa kita semua keluar daripada comfort zone supaya dapat makan pada hari esok.
Kita kembali semula kepada tindakan Saiful. Macam biasa, mesti ramai yang anggap dia pengkhianat dan gila duit.
Tapi dalam dunia pekerjaan, tidak begitu. Sebab siapa yang mampu berikan tawaran lebih menarik, dia lah yang menang. Nak mudah faham, korang ingat tak dulu dalam bola sepak Malaysia, ada istilah curi pemain.
Dah pemain tu nak pergi ke pasukan lain kerana tawaran lebih besar. Ada pulak yang cakap pemain tu hanya kejar duit dan bukan demi lencana di dada. Tu lah tak kan nak makan nasi goreng kampung bayar guna lencana pulak kan.
Situasi yang sama korang boleh tengok dalam kalangan Gen Z. Deme sangat pentingkan career progression dan peningkatan gaji. Kalau benda tu tak ada dalam beberapa tahun dan ada tempat yang bagi lebih besar, memang deme blah.
Senang cerita, trend yang tengah berlaku sekarang ni, Saiful dan buat dulu dalam Lagi-Lagi Senario. Cuma nasib dia baik sikit sebab tak kena bedok macam Yasin.
Kepada korang semua kadang-kadang tu nak mencari makna dalam filem, tidak lah memerlukan korang tengok yang berat-berat pun. Orang cakap tak payah jauh-jauh nak mencari nilai dalam No Name kalau Hagemaru pun dah ada nilai.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




