Pernah tak anda terbayang kalau dalam satu kapal ada tiga orang nakhoda yang masing-masing nak pegang stereng sendiri? Secara logiknya, kapal itu pasti karam.

Inilah yang pernah berlaku dalam sejarah Islam sekitar abad ke-10 (tahun 929M). Dunia Islam ketika itu menyaksikan tiga pemimpin hebat mengaku sebagai Khalifah secara serentak di tiga lokasi berbeza: Baghdad, Mesir dan Sepanyol.

Pertama sekali, kita ada Khalifah Abbasiyah di Baghdad. Mereka ini adalah pemegang takhta asal yang sudah lama berkuasa sejak zaman keemasan Harun al-Rashid. Masalahnya, pada waktu ini kuasa mereka mula merosot gila.

Khalifah Abbasiyah hanya tinggal simbolik sahaja kerana politik istana sebenarnya dikawal oleh jeneral-jeneral tentera Turki. Walaupun Baghdad masih gah dengan industri ilmunya, taring politiknya sudah mula goyang.

Kemudian muncul pencabar dari Afrika Utara (yang kemudiannya berpindah ke Mesir) iaitu Khalifah Fatimiyyah. Mereka ini beraliran Syiah dan secara terang-terangan tidak mengiktiraf kepimpinan Baghdad yang berpegang kepada aliran Sunnah.

Dengan dakwaan mempunyai pertalian darah dengan Saidina Ali dan Fatimah r.a, mereka rasa lebih berhak memimpin. Ini adalah cabaran paling serius buat Baghdad kerana Fatimiyyah membina empayar yang sangat sistematik dan kuat.

Tidak mahu kalah, Abd al-Rahman III di Andalusia (Sepanyol) pula buat keputusan berani mati dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah Umayyah pada tahun 929M.

Dia melihat Baghdad sudah terlalu lemah untuk menjaga kebajikan umat, manakala ancaman Fatimiyyah pula semakin menghampiri wilayahnya.

Jadi, bagi memastikan Andalusia mempunyai kedaulatan mutlak dan tidak perlu tunduk kepada sesiapa, dia pun “flex” gelaran Khalifah tersebut.

Walaupun nampak macam perang ego” antara tiga pemimpin, persaingan ini sebenarnya membawa kepada satu perkara yang sangat luar biasa: Perang Ilmu! Bila masing-masing nak tunjuk siapa paling hebat, mereka berlumba-lumba memajukan sains, sastera dan seni bina.

Baghdad tetap bertahan dengan Bayt al-Hikmah, manakala Cordoba di Sepanyol membina universiti paling maju di Eropah sehingga orang Kristian pun datang belajar di situ.

Di Mesir pula, Fatimiyyah membina Universiti Al-Azhar yang masih wujud sampai hari ini. Malah, ekonomi juga menjadi sangat kompetitif; setiap wilayah mengeluarkan dinar emas sendiri yang terukir cantik nama Khalifah masing-masing sebagai tanda kedaulatan ekonomi.

Bagi rakyat marhaen, keadaan ini mungkin agak mengelirukan terutama bab doa dalam khutbah Jumaat (nak sebut nama siapa?), namun kesannya, dunia Islam menjadi tumpuan intelektual dunia.

Demikianlah, ketika orang Eropah masih “mandi lumpur” dalam Zaman Gelap, bandar-bandar besar Islam sudah bersih, cantik dan maju gila hasil persaingan antara tiga blok kuasa ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.