Tuan-puan,
Malam ini, kalau Tuan-puan buka radio, mesti akan dengar lagu dia.
Mungkin lagu “Perfect”. Mungkin lagu “Shape of You”.
Suaranya lunak. Liriknya menusuk kalbu.
Satu dunia kenal dia.
Satu dunia nyanyi lagu dia.
Tiket konsert dia di Stadium Wembley habis dijual dalam masa beberapa minit saja.
Tapi Tuan-puan,
Cuba undur masa ke belakang sikit. Pergi ke tahun
2009.
Di tengah-tengah kota London yang sejuk mencengkam tulang.
Di satu sudut gelap berhampiran Istana Buckingham, tempat tinggal Ratu England yang serba mewah, ada sekujur tubuh sedang menggigil kesejukan.
Dia bukan siapa-siapa.
Dia cuma seorang budak lelaki gempal.
Rambutnya merah serabai. Baju dia lusuh.
Di sisinya cuma ada sebuah gitar kecil yang dah calar-balar. Seumpama dirinya juga.
Malam itu, dia tak ada duit nak bayar sewa bilik.
Dia tak ada kawan yang sudi tumpangkan dia tidur di sofa.
Jadi, apa dia buat?
Dia cari satu heating duct (corong pemanas) di tepi bangunan stesen keretapi.
Itulah satu-satunya sumber haba yang ada.
Dia baring di atas besi keras tu. Dia peluk gitar dia kuat-kuat.
Dan dia tidur bertemankan bunyi bising kota London dan bau asap jalanan.
Tuan-puan,
Itulah Ed Sheeran.
Penyanyi yang hari ini kekayaannya mencecah ratusan juta rupanya pernah merempat di jalanan selama dua tahun setengah.
Kenapa dia jadi macam tu?
Adakah dia malas? Adakah dia tak ada bakat?
Tidak, Tuan-puan.
Dia jadi macam tu sebab dunia ni kejam. Dunia ni “menilai buku dari kulitnya”.
Masa dia pergi ketuk pintu syarikat rakaman, dia bawa demo lagu-lagu dia.
Dia nyanyi depan bos-bos besar industri muzik.
Tuan-puan tahu apa mereka cakap?
Mereka tak cakap suara dia sumbang. Mereka tahu dia boleh menyanyi.
Tapi mereka tengok dia atas bawah dengan pandangan jijik.
Seorang penerbit cakap depan muka dia:
“Kau takkan boleh jadi bintang, nak. Kau tengok cermin tak?”
“Kau gemuk (chubby).”
“Rambut kau merah (ginger).”
“Muka kau tak komersial. Orang nak tengok artis yang kacak, yang sado. Bukan macam kau.”
Pedih tak Tuan-puan? Agaknya macam mana kalau kena kat kita? Atau Tuan-puan pernah kena macam ni?
Bayangkan, bakat kita ditolak bukan sebab kualiti kerja kita, tapi sebab rupa paras yang Tuhan bagi.
Mereka suruh dia balik kampung.
Mereka suruh dia cari kerja lain.
Mereka kata dia tak ada “X-Factor”.
Kalau kita di tempat dia, mungkin kita dah patahkan gitar tu. Kita dah balik rumah mak, menangis bawah selimut dan terus putus asa.
Tapi Ed Sheeran ni spesies degil.
Dia kata, “Okay, korang tak nak bagi aku peluang sebab rupa aku? Tak apa.”
“Aku akan paksa satu dunia dengar suara aku sampai korang tak peduli dah rupa aku macam mana.”
Bermula dari tidur atas corong pemanas tu, dia bangkit.
Dia buat persembahan di mana-mana saja.
Di pub kecil yang busuk dengan bau arak.
Di stesen keretapi.
Di majlis hari jadi yang orang yang tak kenal pun dia.
Ada satu tahun, dia buat lebih 300 persembahan setahun!
Hampir setiap hari dia menyanyi.
Kadang-kadang, penonton cuma ada 5 orang.
Kadang-kadang, orang baling botol suruh dia diam.
Tapi dia tak berhenti.
Dia jual CD dari beg sandang dia.
Dia tidur dalam tren Circle Line London. Dia naik tren tu pusing satu bandar dari malam sampai pagi sebab itu je tempat selamat untuk tidur.
Pagi esok, dia bangun, basuh muka kat tandas awam dan dia menyanyi lagi.
Tuan-puan,
Tuhan itu Maha Adil.
Usaha tangga kejayaan, bukan rupa tangga kejayaan.
Sedikit demi sedikit, orang mula berhenti tengok rambut merah dia.
Orang mula tutup mata dan buka telinga.
Bila dia petik gitar dan mula menyanyi… bulu roma orang meremang.
Suara dia ada “roh”.
Lirik dia jujur. Cerita pasal kehidupan orang biasa, bukan pasal hidup mewah pura-pura.
Akhirnya, dinding industri muzik yang sombong tu runtuh juga.
Lagu “The A Team” meletup. Lagu yang dia tulis masa dia melawat pusat perlindungan gelandangan sebab dia faham rasa hidup susah.
Syarikat rakaman yang dulu hina dia gemuk?
Syarikat rakaman yang dulu gelakkan rambut merah dia?
Mereka inilah yang datang melutut merayu nak sign kontrak dengan dia.
Tapi masa tu, Ed Sheeran dah tak perlu ubah rupa dia.
Dia tak pergi buat pembedahan plastik.
Dia tak pergi gym semata-mata nak puaskan hati semua orang.
Dia naik pentas dunia dengan baju T-shirt lusuh, seluar jeans dan dengan rambut merah yang sama.
Dan berjuta orang menjerit nama dia.
Tuan-puan,
Apa yang kita boleh belajar dari kisah budak tidur atas corong pemanas ni?
Satu benda je.
Bakat tak kenal rupa paras.
Jangan sesekali rasa rendah diri kalau Tuan-puan tak kacak, tak cantik, tak kurus atau tak “perfect” macam orang lain.
Dunia mungkin akan hakimi kita pada mulanya.
Manusia mungkin akan tutup pintu sebab kita tak nampak “standard”.
Biarkan mereka!
Jangan buang masa cuba jadi orang lain.
Jangan buang masa sedih depan cermin.
Asah bakat Tuan-puan.
Tajamkan kemahiran Tuan-puan.
Kerja keras masa orang lain sedang tidur.
Biar kualiti kerja Tuan-puan yang bercakap, bukan rupa Tuan-puan.
Sebab akhirnya, rupa yang cantik akan kedut dimamah usia. Badan yang sado akan lendut dimakan masa.
Tapi bakat yang asli?
Jiwa yang kental?
Karya yang ikhlas?
Ia akan kekal bersinar walaupun tuannya dah tiada.
Kalau Tuan-puan rasa hidup Tuan-puan sekarang susah, rasa dihina, rasa dipandang sepi…
Ingatlah Ed Sheeran.
Ingatlah malam sejuk di London tu.
Ingatlah corong pemanas yang menjadi saksi bisu kebangkitan seorang legenda.
Kalau dia boleh bangkit dari jalanan ke puncak dunia, kenapa tidak kita?
Jalan terus. Jangan toleh belakang!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




