Sayyidina Uthman Ibn Affan merupakan antara sahabat yang bersama dalam perjuangan dakwah Baginda Nabi SAW dari Kota Mekah dan seterusnya berhijrah ke Kota Madinah. Di kota ini, beliau telah bersama dengan perjuangan baginda SAW dengan menyumbangkan hartanya demi menegakkan syiar Agama Allah SWT.
Terdapat sebuah kisah yang menyebutlan Sayyidina Uthman Ibn Affan telah menyumbangkan hasil perniagaan dan untungnya untuk membiayai dakwah Nabi SAW untuk siri siri Ghazwah Nabi SAW. Kehebatannya dalam berniaga turut menjadi perhatian apabila setibanya Sayyidina Uthman di pasar Madinah, beliau terus membuka perniagaannya bersama sama dengan sahabat sahabat yang lain seperti Sayyidina Abdurrahman Ibn Auf.
Beliau juga dikenal sebagai seorang yang berperwatakan seorang yang sangat lembut dan pemalu. Menurut sejarawan Islam, sebahagian besar pemberontakan ini berpunca dari sifat Sayyidina Uthman ini. Para pemberontak memanfaatkan sifat pemaaf Sayyidina Uthman untuk menjatuhkan dirinya.
Sayyidina Uthman menjawat jawatan sebagai Khalifah Islam yang ketiga pada era Khulafa Al-Rasyidin hasil dari musyawarah bersama dengan para sahabat yang telah dipilih oleh Sayyidina Umar Al-Khattab selepas daripada peristiwa pembunuhan keatasnya. Sahabat sahabat tersebut adalah, Sayyidina Abdurrahman Ibn Auf, Sayyidina Zubayr Ibn Awwam, Sayyidina Uthman Ibn Affan, Sayyidina Ali Ibn Abi Talib, Sayyidina Saad Ibn Abi Waqqas dan Sayyidina Thalhah Ibn Ubaydillah.
Beliau telah memerintah Khulafa Al-Rasyidin selama 12 tahun. Dalam era enam tahun pertama, beliau telah membuat pelbagai pembaharuan dalam Negara Islam. Antaranya, pembangunan armada laut pertama Islam.
Armada ini menjadi saksi bahawa umat Islam mampu membangun pasukan armada meskipun masih setahun jagung dalam dunia perlautan. Kemenangan pertama Islam di Pertempuran Zat Al-Sawary telah menjadi saksi kekuatan armada ini.
Enam tahun kedua menyaksikan kerajaan yang dipimpin oleh Sayyidina Uthman ini mulai goyah dek kerana timbulnya fitnah demi fitnah untuk menjatuhkannya. Antara fitnah yang dimainkan ke atas dirinya adalah, beliau menyalahgunakan kedudukannya untuk dirinya, beliau membakar Al-Quran dan pelbagai tohmahan ke atas dirinya. Kesemua fitnah ini dijawab oleh Sayyidina Uthman Ibn Affan. Namun, pemberontak ini tetap kekal dengan keangkuhan mereka dan kekal dengan kenyataan fitnah mereka.
Kemuncaknya, pemberontak ini kemudiannya mengangkat senjata untuk menuntut Sayyidina Uthman Ibn Affan meletakkan jawatannya. Sayyidina Uthman tetap sehaja kekal dengan pendiriannya dan tidak mengikut kehendak pemberontak ini. Akhirnya, pemberontak ini kemudiannya memutuskan untuk memecahkan rumah Khalifah dan akhirnya membunuh Khalifah Uthman Ibn Affan.
Peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman ini telah pun disebut oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, ketika Baginda menyebut tentang fitnah yang akan berlaku. Lalu Baginda s.a.w bersabda kepada ‘Uthman: “Orang ini akan dibunuh pada hari tersebut secara dizalimi”. (Riwayat al-Tirmizhi dan Ahmad, kata al-Tirmizhi “Hadis ini Hasan Gharib.
Pembunuhan Sayyidina Uthman ini juga menjadi kunci permulaan kepada fitnah fitnah yang lainnya. Selepas peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman Ibn Affan, maka bermulalah fitnah dan mehnah yang lainnya tiba dalam dunia Islam. Fitnah ini berlanjutan dengan pertempuran saudara Islam seperti Siffin dan Jamal. Fitnah ini kemudiannya tamat apabila berlakunya kesepakatan di Peristiwa Tahkim.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




