“Weh jom kita dua lepak masjid best malam ni, aku drive kau ikut je.”

Dialog di atas tidak menjadi masalah kalau kita bercakap dekat kawan kita yang sama jantina. Namun, realitinya ada manusia menggunakan dialog diatas untuk pasngan kekasih mereka yang belum berkahwin lagi.

Fuh! Lain macam orang zaman sekarang tunggang agama.

Kalau selalu kita lihat sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan Agama untuk kepentingan mereka. Kini, dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini ada juga yang mengambil kesempatan diatas ibadah yang mulia!

Ibadah yang suci kini disaluti dengan benda benda yang tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Budaya Masjid Hunting merupakan budaya yang baik khususnya dalam kalangan Gen. Z yang nak berjinak jinak dengan Agama.

Namun, akibat daripada tindakan ini akhirnya mencemarkan niat dan budaya yang baik ini.

Bila kita bahaskan isu ini, ada sebuah Hadis yang menceritakan tentang betapa berleluasanya budaya Zina pada masa akhir zaman kelak. Dan ini disabdakan oleh Rasulullah SAW 1400 Tahun yang lalu!

Nabi SAW bersabda: “Demi jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, tidak akan hancur umat ini sehinggalah lelaki datang kepada perempuan, lalu dia menggaulinya (melakukan zina) di jalan. Orang yang paling baik antara mereka ketika itu ialah orang yang berkata, ‘(Lebih baik) sekiranya kamu menutupinya di belakang tembok ini (daripada melakukannya secara terang-terangan begini).” (Riwayat Abu Ya’la al-Haitsami – Lihat juga Majma’ az-Zawa’id)

Nasihat ini bukanlah untuk menyinggung tetapi atas nasihat dari seorang sahabat kepada sahabat yang lain. Semoga Allah merahmati usaha kita semua dalam mengimarahkan Bulan Ramadan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.