Kalau kita bercakap pasal kisah pengkhianatan dalam bola sepak, nama Luis Figo hampir pasti muncul paling awal.

Perpindahannya dari Barcelona ke Real Madrid pada tahun 2000 telah menjadi satu kejutan budaya dalam dunia bola sepak.

Masakan tidak, ianya berlaku antara dua musuh tradisi yang berkongsi sejarah permusuhan lebih 100 tahun.

Sebelum episod hitam itu, Figo adalah idola mutlak yang dijunjung di Camp Nou. Beliau menyertai Barcelona dari Sporting Lisbon pada 1995 dan perlahan lahan menjadi pemain utama pasukan.

Figo membantu Barca memenangi dua gelaran La Liga, dua Copa del Rey, dan dikenali sebagai pemain sayap paling kreatif di Sepanyol ketika itu.

Menariknya, Figo juga pernah mengatakan secara terbuka bahawa beliau tidak akan menyertai Real Madrid.

Dalam satu sidang media, beliau malah menyatakan perpindahan itu mustahil berlaku. Kenyataan ini kemudian menjadi bahan ejekan dan kemarahan apabila realiti berkata sebaliknya.

Segalanya bermula dengan langkah berani Florentino Perez dalam pilihan raya presiden Real Madrid.

Perez berkempen dengan janji yang kedengarannya sangat mustahil, iaitu membawa Figo yang disayangi penyokong Barcelona ke Bernabeu jika beliau menang.

Jika gagal, beliau berjanji untuk membayar balik yuran keahlian kepada ahli kelab Real Madrid.

Namun, dibelakang tabir, ejen Figo telah pun menandatangani perjanjian awal dengan Perez.

Kontrak itu mempunyai klausa penalti besar bernilai puluhan juta Euro jika Figo menarik diri. Apabila Perez menang pilihan raya, Figo berada dalam situasi yang hampir tiada jalan keluar.

Real Madrid kemudian membayar klausa untuk membeli Figo sekitar €62 juta, menjadikannya pemain termahal dunia pada waktu itu.

Perpindahan ini berlaku dalam era sebelum inflasi besar bola sepak moden, menjadikan jumlah tersebut sangat luar biasa.

Perpindahan Figo juga boleh dilihat sebagai salah satu realisasi projek Galacticos dari Perez sendiri, yang menjadi nadi kelab Real Madrid pada tahun 2000-an.

Bahkan, ramai yang terlupa bahawa Figo juga memenangi Ballon d’Or pada tahun yang sama beliau berpindah ke Madrid.

Di Barcelona, reaksi penyokong sangat ekstrem. Jersi Figo dibakar di luar Camp Nou, namanya dipadam dari mural kelab, dan beliau dianggap sebagai pengkhianat terbesar.

Bahkan, Figo juga dijuluki dengan gelaran “Judas” atas pengkhianatannya dari kelab Barcelona. Ada juga penyokong yang mengaku lebih marah dengan Figo berbanding kekalahan besar dalam El Clasico.

Kedatangan kembali Figo ke Camp Nou sebagai pemain Real Madrid dalam perlawanan menentang Barcelona pada tahun 2000 menjadi detik paling ikonik. Setiap kali beliau mengambil sepakan sudut, objek yang banyak telah dilontar ke arahnya di atas padang.

Insiden kepala khinzir yang dilempar ke kawasan sepakan sudut menjadi simbol kebencian paling terkenal dalam sejarah bola sepak.

Walaupun dibenci di Barcelona, karier Figo di Real Madrid sangat berjaya.

Beliau telah memenangi dua La Liga, satu Liga Juara Juara Eropah, dan menjadi tunjang era Galacticos bersama Zidane, Ronaldo, dan Beckham. Dari sudut profesional, perpindahan itu mengangkat statusnya sebagai legenda dunia.

Namun, itu masih tidak menjadi penafian bahawa inilah sejarah pengkhianatan terbesar dalam bola sepak, di mana laungan “Visca Barca” dari Figo menjadi sebuah pisau yang menusuk penyokongnya sendiri apabila beliau tanpa segan silu memegang slogan “Hala Madrid” selepasnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.